Showing posts with label upsr. Show all posts
Showing posts with label upsr. Show all posts

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 Darjah Enam

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 Peperiksaan Bertulis. Perhatian buat pelajar-pelajar Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2017 (UPSR). Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPSR 2017 yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Semoga jadual yang dikeluarkan ini mampu memberikan semangat buat pelajar semua untuk mendapatkan keputusan UPSR yang cemerlang nanti.

jadual upsr 2017

Tarikh Peperiksaan UPSR 2017

Untuk makluman, peperiksaan bertulis UPSR 2017 akan diadakan pada 11 hingga 14 September dan 18 September 2017. Walaupun adik-adik masih mempunyai masa beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan, bermulalah dengan mengulangkaji pelajaran dari sekarang dengan tekun supaya keputusan peperiksaan adik nanti sungguh cemerlang.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPSR 2017

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPSR 2017 yang mengandungi tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

Isnin, 11 September 2017

upsr 11 september

Selasa, 12 September 2017

upsr 12 sept

Rabu, 13 September 2017

upsr 13 sept

Khamis, 14 September 2017

upsr 14 sept

Isnin, 18 September 2017  

upsr 18 sept


* Untuk kemudahan pelajar, sila download atau muat turun jadual peperiksaan UPSR 2017 ini dalam PDF di LP UPSR 2017. Semoga calon semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan upsr 2017 ini nanti. Ingat, usaha itu tangga kejayaan.

Semak Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS

Semak Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS. Untuk makluman, calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 tarikh keputusan peperiksaan UPSR 2016 telah diumumkan secara rasmi. Pelajar boleh membuat Semakan keputusan UPSR 2016 pada minggu ketiga bulan November 2016 iaitu pada 17 November 2016 - hari Khamis. Tarikh rasmi keputusan peperiksaan telah diumumkan di Portal Rasmi KPM. 

Semakan Keputusan UPSR 2016

Semakan Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS

Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan UPSR 2016 iaitu seperti berikut:-

1) Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing bermula jam10 pagi, pada hari keputusan UPSR 2016 diumumkan (Khamis, 17 November 2016)

2) Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2016 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.
Contoh Semakan Melalui SMS

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Semak Keputusan UPSR 2016 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada (17 November 2016).


  • Semakan keputusan UPSR 2016 secara online atau atas talian akan dikongsikan jika ada.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR kali ini.

Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2017 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA) di ruangan terkini dan pengumuman, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2017 (Maktab Rendah Sains MARA : Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 13 September 2016 untuk pelajar Darjah 6 (UPSR) tahun 2016

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2017 Online

Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online

  • Panduan permohonan kemasukan akan dikemaskini selepas applikasi permohonan di buka. Sebagai panduan, pelajar boleh merujuk kepada panduan permohonan tahun 2016 di bawah ini.

Pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015 dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2016 secara online.

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

  • Tarikh Permohonan ke MRSM 2016 Tingkatan 1 adalah dari 19 Oktober sehingga 8 November 2015
  • Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 - Klik MARA
  • * Maklumat Kemasukan :
[Iklan Permohonan] [Permohonan Semenanjung Ting.1] [Permohonan Kemasukan Sabah& Sarawak Ting.1] [Panduan Permohonan Ting.1]
  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di hantar ke alamat di bawah ini :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1 2016)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 20 November 2015

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR 2015. Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Nota 
  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2016 Tingkatan Empat (4) - Klik MARA Empat
  • Permohonan Kolej Vokasional Dan SM Teknik klik KV SMT 2016  
Selamat membuat Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online. Semoga anda berjaya.

Contoh Ulasan Piramid Makanan

Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan. Berikut dikongsikan contoh ulasan karangan mengenai Piramid Makanan untuk panduan pelajar semua. Ulasan karangan yang ditulis panjangnya hendaklah sekitar 80 hingga 100 patah perkataan.

Piramid Makanan

Soalan

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Contoh Jawapan 1:

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Nasi, mi, roti, bijirin dan ubi boleh diambil banyak kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan supaya mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran secara minimum 3 hingga 5 hidangan untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita disyorkan supaya makan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Seterusnya, pengambilan susu dan produk tenusu mestilah dikurangkan untuk mengelakkan risiko obesiti. Akhir sekali, penggunaan lemak minyak, gula dan garam mestilah dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Tegasnya, kita haruslah mematuhi piramid makanan agar kesihatan lebih terjamin.

Contoh jawapan 2

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Datang Sekolah. Berikut dikongsikan contoh Karangan UPSR Surat Kiriman Rasmi kerana Tidak Hadir Ke Sekolah. Untuk makluman, peperiksaan UPSR 2016 akan diadakan dari 1 September dan 5 hingga 8 September 2016. Adik-adik semua masih mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran dari sekarang dengan tekun agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti.

Surat Rasmi Tidak datang Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Soalan Karangan UPSR

Anda tidak dapat hadir ke sekolah semalam. Sila tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda dan maklumkan tentang ketidakhadiran anda ke sekolah. Sila berikan alasan yang munasabah.

Kelas 6 Bijak Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,

81300, Skudai,
Johor.



                                                                                                                      

Cikgu Amira Binti Karim
 
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,
81300, Skudai,
Johor.                                                                            14 April 2016

Cikgu,

PERKARA : Tidak Hadir Ke Sekolah

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya, saya Ali Bin Ahmad ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana menziarahi datuk yang sakit tenat di kampung.

2. Keluarga saya telah menerima panggilan telefon lewat malam semalam. Keluarga saya telah bertolak ke kampung di Batu Pahat sejurus selepas menerima panggilan itu. Masa yang sudah lewat malam menyebabkan saya tidak sempat untuk menghubungi dan memaklumkan cikgu atau rakan-rakan sekelas perkara ini.

3. Saya berharap penjelasan saya ini diterima dan berharap agar cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



--------------------------------
(ALI BIN AHMAD)

Kelas 6 Bijak Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka


Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah juga boleh dirujuk di Contoh surat rasmi. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar semua.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online. Berita baik buat pelajar UPSR apabila permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 boleh dimohon secara online bermula 1 April 2016. Pengambilan murid SSEM adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk Tingkatan 1 sahaja. Dimaklumkan bahawa, TIADA pengambilan untuk kemasukan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan Ssem 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online :-
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui applikasi permohonan berikut :-
  • Applikasi Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 : Klik eSSeM
  • Tarikh Buka : 1 April 2016
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2016

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kemasukan hanya untuk Tingkatan 1
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  5. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga
Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online, sila hubungi :-
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, 
Unit Pengurusan Sekolah Seni 
Talian No : 03-88721620 
Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my. 

Senarai Lokasi Dan Alamat Sekolah Seni Malaysia

Berikut adalah senarai lokasi dan alamat sekolah seni di Malaysia

1. SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

Jalan Persiaran,
Sinaran Ilmu Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor

Tel :07 3870215
Fax : 07 3860215
Web /Blog : http://sekolahsenijohorbahru.webs.com/
email : senijb@yahoo.com.my

2. SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK

Jalan Demak
93050 Kuching
Sarawak

Tel : 082-449586
Faks : 082-449605
Web / Blog : http://sskuching.blogspot.com/
E-Mel : sskuching@yahoo.com

3. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR

d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
Jalan Persiaran Anjung Seri
U8/80, Bukit Jelutong Timur
40000 Shah Alam
Selangor


Semoga berjaya buat pelajar yang membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online.

UPSR 2016 Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan

Format Baru UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan bermula tahun 2016. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016

UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru dengan penambahbaikan akan mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan format UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 

UPSR 2016 format baru akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.
upsr 2016 baru

Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

  • Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
  • UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016

format bahasa upsr 2016
  • Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

format sains upsr 2016
  •  Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016

format sains upsr 2016
INSTRUMEN CONTOH UPSR 2016

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015 Semua Negeri

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015 Semua Negeri. Berikut disertakan Koleksi Soalan Peperiksaan UPSR 2015 semua negeri untuk rujukan pelajar UPSR semua.

Negeri Johor
Negeri Kedah
Negeri Sembilan
Negeri Pahang
Negeri Perlis
Negeri Selangor
Negeri Terengganu

soalan UPSR 2015 Semua Negeri


Soalan Percubaan Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2015 Negeri Selangor

Soalan Percubaan Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2015 Negeri Selangor. Berikut disertakan Soalan Bahasa Melayu Penulisan Ujian Percubaan UPSR 2015 untuk Negeri Selangor bagi panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015.
Ujian Percubaan UPSR 2015 Negeri Selangor
Soalan Bahasa Melayu Penulisan Ujian Percubaan UPSR 2015 Negeri Selangor
kredit - sistem guru online

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2014

Koleksi Soalan Peperiksaan UPSR 2014. Berikut disertakan koleksi Soalan Peperiksaan UPSR 2014 untuk Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR
Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2014 Johor 
Untuk Daerah KulaiJaya UPSR 2014