Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Jadual Pembayaran Pencen 2017 Pesara Kerajaan

Jadual Dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 Untuk Pesara Kerajaan. Perhatian dan panduan buat pesara kerajaan yang ingin mengetahui tarikh bayaran pencen 2017. Berikut dikongsikan Jadual Pembayaran Pencen 2017 yang memaparkan tarikh pembayaran pencen bulanan kepada pesara kerajaan. Jadual pencen ini telah diumumkan oleh Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

tarikh bayaran pencen 2017

Jadual Pembayaran Pencen 2017 Pesara Kerajaan

Berikut dikongsikan jadual pembayaran pencen tahun 2017 untuk pesara kerajaan yang memaparkan maklumat  seperti tarikh, bulan dan hari. Untuk makluman, bayaran pencen bulanan akan dibayar lebih awal dari pembayaran gaji kakitangan awam 2017. Penyata bayaran pencen juga boleh di semak dan di print cetak di link Applikasi JPA Pencen.

  1.     Januari : Tarikh bayaran pada 18/01/2017, Hari Rabu
  2.     Februari : 21/02/2017 (Selasa)
  3.     Mac : 21/03/2017 (Selasa)
  4.     April : 20/04/2017 (Khamis)
  5.     Mei : 18/05/2017 (Khamis)
  6.     Jun : 14/06/2017 (Rabu)
  7.     Julai : 20/07/2017 (Khamis)
  8.     Ogos : 21/08/2017 (Isnin)
  9.     September : 20/09/2017 (Rabu)
  10.     Oktober : 10/10/2017 (Selasa)
  11.     November : 21/11/2017 (Selasa)
  12.     Disember : 20/12/2017 (Rabu)

Grafik Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2017


tarikh bayaran pencen 2017

Semoga Jadual Pembayaran Pencen 2017 ini bermanfaat buat pesara kerajaan. Moga ianya dapat digunakan dalam merancang perbelanjaan kewangan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.

Hari Kelepasan Am Johor 2017 Tarikh Cuti

Hari Kelepasan Am Dan Tarikh Cuti Umum Johor 2017. Negeri Johor Darul Takzim adalah salah sebuh negeri di Malaysia di mana cuti hujung minggu jatuh pada Hari Jumaat dan Sabtu. Pelaksanaan cuti Jumaat dan Sabtu di Johor telah mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2015. Selain Johor, negeri lain yang bercuti Jumaat dan Sabtu adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

jadual cuti umum Johor 2017
  • Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2017 di Malaysia sila rujuk di Panduan Malaysia.

Hari Kelepasan Am Johor 2017 Tarikh Cuti

Berikut adalah tarikh cuti hari kelepasan am Negeri Johor 2017 buat panduan semua rakyat Johor dalam merancang aktiviti seharian berkeluarga dan juga untuk merancang percutian.

Jadual Cuti Umum Johor 2017


Tarikh Hari
Tahun Baru Cina28 & 29 JanuariSabtu & Ahad
Hari Thaipusam **9 Februari Khamis
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor **23 MacKhamis
Hari Pekerja1 MeiIsnin
Hari Wesak10 MeiRabu
Awal Ramadhan *27 MeiSabtu
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong3 JunSabtu
Hari Raya Puasa *25 & 26 JunAhad & Isnin
Hari Kebangsaan31 OgosKhamis
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1438H *1 SeptemberJumaat
Hari Malaysia16 SeptemberSabtu
Awal Muharram (Maal Hijrah) 1439H21 SeptemberKhamis
Hari Deepavali *18 OktoberRabu
Hol Almarhum Sultan Iskandar **26 OktoberKhamis
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)1 DisemberJumaat
Hari Krismas25 DisemberIsnin
  1. * Tarikh tertakluk kepada perubahan
  2. ** Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  3. *** Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
Sumber

Semoga tarikh hari kelepasan am Negeri Johor tahun 2017 ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam merancang sebarang aktiviti anda pada tahun ini.

Syarat Kelayakan BR1M 2017

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017. Umum sedia maklum yang permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 kini dibuka dari 5 hingga 31 Disember 2016. Untuk pemohon baru, berikut dikongsikan syarat kelayakan BR1M 2017 untuk mereka yang ingin membuat permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat kelayakan BR1M sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan ditolak. 

Syarat mohon BR1M 2017

Syarat Kelayakan BR1M 2017

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M tahun 2017 yang dikongsikan dari e-BR1M, Laman Web Rasmi BR1M 2017. Pemohon  yang  layak untuk membuat permohonan perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal  serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan  jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika
berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan BR1M 2017 ini bermanfaat kepada mereka yang bercadang untuk membuat permohonan BR1M. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.

Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS

Semakan Daftar Pemilih SPR. Anda sudah bersiap sedia untuk mengundi di Pilihanraya (PRU) yang akan datang? Berikut adalah panduan cara membuat semakan daftar pemilih SPR secara online dan SMS buat mereka yang yang telah membuat pendaftaran pemilih. Kepada pengundi yang berdaftar juga, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara Online dan SMS.


Semakan Daftar Pemilih spr

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

Berikut dikongsikan beberapa langkah yang mudah dalam membuat semakan daftar pemilih SPR kepada pengundi yang ingin mengetahui lokasi tempat daerah mengundi (DUN dan PARLIMEN) :-

1. Semakan Secara Online

Terdapat beberapa kaedah semakan yang boleh dibuat :-
  1. Klik Semakan Daftar Pemilih SPR. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-” atau “space”). Nota : Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 1 Tahun 2016 yang diwartakan pada tarikh 6 September 2016.
  2. Semakan Bagi Isi Rumah. Klik ISI RUMAH. Untuk semakan lebih dari seorang pemilih yang telah disahkan secara serentak

2. Semakan Melalui SMS

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Daftar Pemilih spr

Pendaftaran Pemilih SPR

Buat mereka yang layak untuk mengundi tetapi masih belum membuat pendaftaran pemilih, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda hendaklah :-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sudah mencapai umur 21 tahun;
  3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Anda boleh membuat pendaftaran pemilih SPR di lokasi tempat berikut :-
  • (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya. No. Telefon: 03-88927000
  • (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
  • (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
Selamat membuat Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS. Kepada mereka yang layak untuk mengundi tetapi masih belum mendaftar, lekas-lekaslah membuat pendaftaran pemilih SPR secepat mungkin.

Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016

Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016. Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan atau PLUS yang ingin balik kampung/ kembali ke bandar dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Sehubungan itu, berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari/ waktu puncak (Peak hours) iaitu dari 1 Julai hingga 10 Julai 2016 ini. Hari Raya Aidilfitri dijadualkan disambut di Malaysia pada hari Rabu, 6 Julai 2016.

Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016

Berikut adalah cadangan jadual perjalanan TTA PLUS untuk perayaaan Hari Raya Aidlifitri 2016 :-

Jadual TTA PLUS Aidilfitri 2016

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016 berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang teruk.




Semoga Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016 ini bermanfaat untuk semua. Serlamat Hari Raya Maaf Zahor Dan Batin.

Faktor-Faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara

Jelaskan Faktor-Faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara. Berikut dikongsikan contoh cadangan jawapan isi dan huraian untuk soalan Sejarah Kertas 3 seperti berikut : 
Imperialisme Barat di Asia Tenggara sejak abad ke 16 didorong oleh keinginan untuk mengeksploitasi ekonomi. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diteladani oleh Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara
contoh isi dan huraian sejarah kertas 3 spm

Jelaskan faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Berikut adalah contoh isi dan huraian :
  1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik,
  2. Terletak antara China dan India
  3. Menjamin pasaran yang luas kerana penduduk ramai
  4. Tanahnya yang subur
  5. Kaya dengan bahan mentah
  6. Bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand
  7. Revolusi perindustrian
  8. Sektor industri di Eropah memerlukan bahan mentah secara konsisten
  9. Kemajuan dalam sistem pengangkutan
  10. Kapal berkuasa wap
  11. Membolehkan membawa muatan yang lebih banyak
  12. Mempercepatkan perjalanan timur dan barat
  13. Pembukaan Terusan Suez
  14. Memendekkan jarak perjalanan
  15. Perjalanan selamat
  16. Menjimatkan kos
  17. Perhubungan penciptaan telegraf
  18. Kuasa imperalis dapat memberi arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan
  19. Ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur
  20. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
  21. Persaingan kuasa-kuasa Barat
  22. Semakin luas tanah jajahan semakin tinggi sanjungan yang di peroleh
  23. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat
  24. Slogan “Beban orang putih dan Tugas menyebarkan tamadun”
  25. Penyebaran agama Kristian
 Sumber

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN

Senarai Perbelanjaan Individu Yang Diberikan Pelepasan Cukai. Berikut dikongsikan senarai terkini pelepasan cukai pendapatan individu atau senarai perbelanjaan individu yang diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Senarai pelepasan cukai ini mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda. Dengan syarat anda seorang individu pemastautin di Malaysia, anda layak menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di bawah ini. 

Senarai Perbelanjaan Individu Yang Diberikan Pelepasan Cukai

Untuk makluman, tarikh akhir untuk memfailkan borang cukai tahunan BE samada secara manual atau e-filling adalah seperti berikut :-
  • Penghantaran secara manual (Borang Nyata) : 30 April 2016
  • E-Filling : 15 Mei 2016

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai jenis pelepasan cukai pendapatan individu pemastautin di Malaysia yang mengandungi maklumat tentang dengan jenis potongan individu, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia.

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin : Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja.
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
12
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
13
Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)
500 (Terhad)
14
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
15
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
16
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
17
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
18
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
19
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)
20
Anak Kurang upaya



Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015


21
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
22
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021
1,000 (Terhad)

23
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
24
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

Selamat menghantar borang cukai pendapatan mengikut tarikh yang ditetapkan disamping merujuk kepada Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN sebagai panduan.
Sumber : LHDN

Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online

Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online Terkini (Check Traffic Summon Online ).  Berikut disertakan beberapa cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia untuk membuat semakan saman Trafik, PDRM, JPJ dan AES secara online dengan mudah dan pantas :

1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 atau
    POLIS SAMAN WWW1234

  • Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
    Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 jengo88@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.
Semak saman online

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi 

Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

1) Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773
2) Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
  • Contoh:
    JPJ SAMAN 881111122111 atau
    JPJ SAMAN WWW1234

5. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad


Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.


Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)


Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…

Kemudian anda boleh hantar

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)


Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan.

5. Untuk Pengguna Smartphone Android

Boleh download applikasi semakan saman di SINI

6. Melalui rilek.com

Boleh check saman free at RILEK website. RILEK stands for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan

Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda kenalah buat langkah-langkah membayar saman seperti di atas.


kredit Panduan Malaysia

Cuti Umum 2016 Selangor Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Negeri Selangor 2016 Hari Kelepasan Am. Anda ingin merancang bercuti pada tahun 2016 nanti? Berikut adalah cuti umum atau hari kelepasan am untuk Negeri Selangor Darul Ehsan tahun 2016. Sumber tarikh hari Kelepasan Am ini adalah dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Kalendar cuti umum Selangor ini memaparkan perayaan/ acara dan tarikh/ hari yang boleh dijadikan panduan buat semua dalam merancang aktiviti cuti dan sebagainya tahun 2016 ini.

Kalendar lengkap cuti umum dan cuti sekolah 2016 Malaysia boleh dirujuk di Kalendar Cuti 2016.

kalendar cuti umum 2016 selangor


HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI

1Tahun Baru 20161 Januari (Jumaat)
2Hari Thaipusam24 Januari (Ahad)
3Hari Nuzul Al-Quran22 Jun (Rabu)
4Hari Keputeraan Sultan Selangor11 Disember (Ahad)


HARI-HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN

1Tahun Baru Cina8  Februari (Isnin)

Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 9  Februari (Selasa)
2Hari Pekerja1 Mei (Ahad)
3Hari Wesak21 Mei (Sabtu)
4Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong4 Jun (Sabtu)
5Hari Raya Puasa *6   Julai (Rabu)

Hari Raya Puasa (Hari Kedua) 7   Julai (Khamis)
6Hari Kebangsaan31 Ogos (Rabu)
7Hari Raya Qurban 12 September (lsnin)
8Hari Malaysia16 September (Jumaat)
9Awal Muharam (Maal Hijrah) 2 Oktober (Ahad)
10Hari Deepavali *29 Oktober (Sabtu)
11Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW12 Disember (Isnin)
12Hari Krismas25 Disember (Ahad)

Semoga tarikh Cuti Umum 2016 Selangor Hari Kelepasan Am ini bermanfaat buat semua terutama rakyat Negeri Selangor.

Senarai No Talian Hotline Telcos

Senarai No Talian Hotline Telcos. Anda menghadapai masalah yang berkaitan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda? Berikut adalah senarai nombor telefon hotline Telcos atau syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Altel dan sebagainya meliputi informasi penting tentang alamat email dan nombor telefon yang boleh dihubungi. 

Talian Hotline Telcos


Nombor hotline telcos ini penting jika anda menghadapi masalah tentang bil, aduan mutu perkhidmatan, pembayaran dan perkhidmatan lain. Pengguna juga boleh membuat aduan ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia) jika menghadapi masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia seperti Caj Bil Tinggi, Kualiti Liputan, perkhidmatan tidak memuaskan dan sebagainya di
HOTLINE TELCOS
Penyedia Perkhidmatan (TELCOS)E-MELNO TELEFON
ALTELcustcare@cc.altel.my03 2613 3888/ 13388
CELCOM careline@celcom.com.my1300 111 000/ 1111
Digi help©digi.com.my016 2211800
MAXIS customercare@maxis.com.my Pascabayar. 123 Prabayar: 1300 820 120 24/7 Hotline: 1800 82 1123 Panggilan Antarabangsa: +603 7492 2123 Faks: 03 7492 2950
REDONE careline©redone.com.my1800 110800
TUNE TALK customer.care@tunetalk.com03 7949 0000/ 13100
U MOBILE customer.service@u.com.my018 388 1318
XOX enquiries@xox.com.my1300 888 010/ 12273

Semoga Senarai No Talian Hotline Telcos ini bermanfaat buat semua dalam menambanh baik mutu perkhidmatan telekomunikasi yang sangat penting di zaman masa kini. 
 

Jadual Caruman Perkeso Atau Socso

Jadual Caruman Perkeso Atau Socso. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk memberi perlindungan  keselamatan sosial melalui insurans sosial termasuk faedah  perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja   untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja.
Jadual jumlah Caruman Perkeso Atau Socso
Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta dan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. 

Berikut adalah Jadual/ Jumlah caruman yang perlu dibayar dan hendaklah berpandukan kepada Kadar Caruman (Rujuk Kadar Caruman).

JADUAL CARUMAN SOCSO
KADAR CARUMAN
BilGaji BulananJenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan)Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan)
Syer Majikan Syer PekerjaJumlah CarumanJumlah Caruman Oleh Majikan Sahaja
1Gaji hingga RM 3040 sen10 sen50 sen30 sen
2Apabila gaji melebihi RM30 tetapi tidak melebihi RM5070 sen20 sen90 sen50 sen
3Apabila gaji melebihi RM50 tetapi tidak melebihi RM70RM1.1030 senRM1.4080 sen
4Apabila gaji melebihi RM70 tetapi tidak melebihi RM100RM1.5040 senRM1.90RM1.10
5Apabila gaji melebihi RM100 tetapi tidak melebihi RM140RM2.1060 senRM2.70RM1.50
6Apabila gaji melebihi RM140 tetapi tidak melebihi RM200RM2.9585 senRM3.80RM2.10
7Apabila gaji melebihi RM200 tetapi tidak melebihi RM300RM4.35RM1.25RM5.60RM3.10
8Apabila gaji melebihi RM300 tetapi tidak melebihi RM400RM6.15RM1.75RM7.90RM4.40
9Apabila gaji melebihi RM400 tetapi tidak melebihi RM500RM7.85RM2.25RM10.10RM5.60
10Apabila gaji melebihi RM500 tetapi tidak melebihi RM600RM9.65RM2.75RM12.40RM6.90
11Apabila gaji melebihi RM600 tetapi tidak melebihi RM700RM11.35RM3.25RM14.60RM8.10
12Apabila gaji melebihi RM700 tetapi tidak melebihi RM800RM13.15RM3.75RM16.90RM9.40
13Apabila gaji melebihi RM800 tetapi tidak melebihi RM900RM14.85RM4.25RM19.10RM10.60
14Apabila gaji melebihi RM900 tetapi tidak melebihi RM1,000RM16.65RM4.75RM21.40RM11.90
15Apabila gaji melebihi RM1,000 tetapi tidak melebihi RM1,100RM18.35RM5.25RM23.60RM13.10
16Apabila gaji melebihi RM1,100 tetapi tidak melebihi RM1,200RM20.15RM5.75RM25.90RM14.40
17Apabila gaji melebihi RM1,200 tetapi tidak melebihi RM1,300RM21.85RM6.25RM28.10RM15.60
18Apabila gaji melebihi RM1,300 tetapi tidak melebihi RM1,400RM23.65RM6.75RM30.40RM16.90
19Apabila gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500RM25.35RM7.25RM32.60RM18.10
20Apabila gaji melebihi RM1,500 tetapi tidak melebihi RM1,600RM27.15RM7.75RM34.90RM19.40
21Apabila gaji melebihi RM1,600 tetapi tidak melebihi RM1,700RM28.85RM8.25RM37.10RM20.60
22Apabila gaji melebihi RM1,700 tetapi tidak melebihi RM1,800RM30.65RM8.75RM39.40RM21.90
23Apabila gaji melebihi RM1,800 tetapi tidak melebihi RM1,900RM32.35RM9.25RM41.60RM23.10
24Apabila gaji melebihi RM1,900 tetapi tidak melebihi RM2,000RM34.15RM9.75RM43.90RM24.40
25Apabila gaji melebihi RM2,000 tetapi tidak melebihi RM2,100RM35.85RM10.25RM46.10RM25.60
26Apabila gaji melebihi RM2,100 tetapi tidak melebihi RM2,200RM37.65RM10.75RM48.40RM26.90
27Apabila gaji melebihi RM2,200 tetapi tidak melebihi RM2,300RM39.35RM11.25RM50.60RM28.10
28Apabila gaji melebihi RM2,300 tetapi tidak melebihi RM2,400RM41.15RM11.75RM52.90RM29.40
29Apabila gaji melebihi RM2,400 tetapi tidak melebihi RM2,500RM42.85RM12.25RM55.10RM30.60
30Apabila gaji melebihi RM2,500 tetapi tidak melebihi RM2,600RM44.65RM12.75RM57.40RM31.90
31Apabila gaji melebihi RM2,600 tetapi tidak melebihi RM2,700RM46.35RM13.25RM59.60RM33.10
32Apabila gaji melebihi RM2,700 tetapi tidak melebihi RM2,800RM48.15RM13.75RM61.90RM34.40
33Apabila gaji melebihi RM2,800 tetapi tidak melebihi RM2,900RM49.85RM14.25RM64.10RM35.60
34Apabila gaji melebihi RM2,900RM51.65RM14.75RM66.40RM36.90
SUMBER : PERKESO

Kadar caruman adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO.

Semoga Jadual Caruman Perkeso Atau Socso ini bermanfaat kepada semua.