Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS. Berita baik buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU). Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, keputusan SPMU 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017. Semakan keputusan SPM 2017 boleh dibuat melalui kaedah semakan secara SMS. Link semakan secara online akan dikongsikan jika ada.

Seramai 12,589 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan di 22 pusat peperiksaan di seluruh negara. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.


Semakan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS

Untuk makluman, pelajar telah menduduki peperiksaan SPMU 2017 pada Jun yang lepas. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan keputusan SPMU 2017 melalui semakan secara SMS :-
  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888
Slip keputusan pelajar SPMU atau Transkript Result akan diposkan ke alamat calon setelah keputusan SPMU diumumkan atau dengan cara lain, calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU untuk mendapatkannya.

Kepada calon SPMU 2017, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan 2017 kali ini.

Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 Online

Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018 Online Dan SMS. Untuk makluman pelajar lepasan SPM, pelajar yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Pelajar hanya perlu membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan dijangka akan diumumkan pada minggu kedua April 2017.
Pelajar dinasihatkan untuk merujuk laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa kesemasa di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk tarikh sebenar semakan. Semua murid calon sekolah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016 disarankan membuat penyemakan pada tarikh yang dijadualkan.

Semakan Tingkatan 6 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017

Berikut dikongsikan tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018 yang boleh disemak secara online ataupun SMS.
  • Semakan Tawaran Kemasukan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 14 April 2016)
  • Semakan Keputusan Rayuan : Akan dikemaskini (14 Jun 2016)

1. Semakan Online

Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari (akan dikemaskini) di Semakan Tingkatan 6. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. 

Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

2) Semakan melalui SMS

Pelajar juga boleh menggunakan kaedah semakan melalui SMS :-
  1. Taip MOE T6 (No KP atau Angka Giliran)
  2. Hantar SMS ke 15888
Mereka yang gagal menerima tawaran ke Tingkatan 6 tahun 2017, pelajar boleh merayu secara online. Klik Rayuan Tingkatan 6
Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2017. Bagi mereka yang gagal, anda masih mempunyai peluang dengan membuat rayuan pada masa yang ditetapkan.

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2017

Tarikh semakan keputusan rayuan buat pelajar yang telah merayu kemasukan ke Tingkatan 6 adalah pada (jangkaan pada minggu pertama/ kedua Jun 2017) Tahun lepas adalah pada 14 Jun 2016. Sila klik applikasi semakan  untuk membuat semakan

Selamat membuat Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke Form 6 nanti.

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS. Kini tarikh rasmi keputusan SPM 2016 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perhatian dan panduan buat calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 yang ingin membuat semakan keputusan SPM 2016. Tarikh rasmi keputusan SPM 2016 diumumkan adalah pada hari Khamis, 16 Mac 2017 menerusi kenyataan media rasmi KPM. Result SPM yang cemerlang akan membolehkan pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UA melalui UPU dimana tarikh tutup adalah pada 31 Mac 2017.

Keputusan SPM 2016 tarikh rasmi

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Untuk makluman pelajar, ringkasan keputusan peperiksaan pelajar boleh disemak secara online dan melalui SMS. Keputusan penuh atau slip keputusan peperiksaan boleh didapati di sekolah masing-masing selepas jam 1000 pagi pada tarikh keputusan rasmi diumumkan (Khamis : 16 Mac 2017). Buat calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda mendaftar peperiksaan dulu.

Berikut adalah kenyataan media rasmi KPM mengenai tarikh rasmi keputusan SPM 2016 :-

tarikh rasmi Keputusan SPM 2016 diumumkan

Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online Dan SMS

Semakan online keputusan SPM 2016 boleh disemak secara online melalui appliaksi semakan di bawah ini bermula 1000 pagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

1. Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online

Applikasi Semakan Keputusan SPM 2016 - Klik LPM/ SPPAT

2. Kaedah SMS

Semakan boleh di buat melalui kaedah berikut :-
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semoga anda semua mendapat result yang terbaik untuk meneruskan pengajian tinggi di UA/ IPTA atau IPTS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2016.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Panduan untuk pelajar SPM 2016. Berikut adalah Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Menerusi makluman daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2016 telahpun diumumkan. Tema umum yang dikeluarkan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan nanti.  

Malaysia dan kerjasama masyarakat antarabangsa

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Berikut adalah Tema Umum Sejarah Kertas 3 tahun 2016 : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa


Dasar  luar  negara  tidak  statik.  Secara  asasnya, pembentukannya  ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

  • Download panduan dan arahan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 di LPM

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. 

Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Tema Tahun 2015

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan
pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
 
Semoga dengan makluman Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 ini membolehkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji dengan lebih gigih lagi.

Permohonan KKTM IKM Dan MJII 2017 Online

Permohonan KKTM IKM Dan MJII 2017 Online. Anda seorang pelajar lulusan SPM dan lulusan IKM/ ILKA? Berita baik buat anda semua apabila MARA menerusi makluman rasmi mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan secara online ke KKTM IKM Dan MJII untuk sesi pengambilan Januari 2017.

Permohonan ipma 2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke KKTM IKM Dan MJII 2017 Online

Pengambilan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) di buat 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan secara online boleh di buat seperti panduan berikut :-
  • Kemasukan sesi Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – Permohonan adalah percuma
  • Kemasukan sesi Julai melalui Permohonan UPU – Pemohon perlu membeli No. pin Unik BSN atau melalui www.ekemahiran.edu.my di mana permohonan adalah percuma

Untuk makluman, Permohonan kemasukan secara online ke IKM, KKTM dan MJII sesi pengambilan Januari 2017 telah di buka seperti tarikh berikut :-

Permohonan Sesi Januari 2017 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2017 akan di buka seperti tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka :  9 September 2016
  • Tarikh Tutup :  14 Oktober 2016
  • Applikasi Permohonan Online : Sila klik SPUPIM 2017 atau rujuk e-Kemahiran

Permohonan UPU Online (Lepasan SPM sahaja)

  • Permohonan adalah melalui UPU 2016 online : http://upu.mohe.gov.my
  • Tarikh Permohonan di buka adalah dari 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut berkenaan permohonan, pemohon boleh merujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605 Fax: 03-26914510 

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat memohon
dan semoga berjaya buat pemohon Permohonan KKTM IKM MJII 2017 secara online.

SPM 2016 Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2016. Buat pelajar-pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2016 yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2016 akan diadakan bermula 7 November hingga 6 Disember 2016. Anda mempunyai masa yang lama lagi dan bermulalah dengan mengulangkaij pelajaran dari sekarang dengan merujuk kepada koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM di Soalan Peperiksaan.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2016

Berikut adalah jadual lengkap perperiksaan SPM 2016 yang mengandungi tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.
jadual 1
jadual 2
jadual 3
jadual 4
jadual 5
jadual 6
* Untuk kemudahan pelajar, sila download atau muat turun jadual peperiksaan SPM 2016 ini dalam PDF di LP SPM 2016. Semoga calon semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016 ini nanti. Ingat, usaha itu tangga kejayaan.

Jadual Peperiksaan SPMU 2016

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2016. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2016 yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan SPMU 2016 yang melibatkan 3 kertas iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah akan bermula dari 13 hingga 15 Jun 2016 (Isnin hingga Rabu). Untuk pelajar SPM pula, anda boleh memuat turun Jadual lengkap peperiksaan SPM hujung tahun 2016 ini di Jadual SPM 2016.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2016

Berikut adalah jadual penuh perperiksaan SPMU 2016 selama 3 hari yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

Jadual waktu Peperiksaan SPMU 2016

* Untuk download atau muat turun jadual peperiksaan SPM 2016 ini dalam PDF, pelajar boleh klik di LP SPMU 2016. Semoga pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPMU 2016 ini nanti.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online

Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online. Model baru penajaan pendidikan JPA 2016 telah diumumkan pada 5 April 2016 dengan Program Dermasiswa B40 adalah salah satu program penajaan baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program Dermasiswa B40 2016 merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti.
Golongan B40 adalah terma yang digunapakai oleh Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.
Permohonan biasiswa Dermasiswa B40 2016 Online

Objektif Program Dermasiswa B40 2016

Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.
Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. 
Sebanyak 1,000 tempat akan diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program-program berikut:

A. Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam

Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Sebanyak 700 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

B. Program Diploma UNITEN & MMU

Program Diploma UNITEN & MMU merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma samada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau Multimedia University (MMU). Bidang pengajian yang ditaja adalah kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan dan pentadbiran perniagaan. Sebanyak 200 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

C. Program Sijil Profesional (PSP)

Program Sijil Profesional (PSP) adalah penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan. Pelajar yang dipilih akan ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur bagi Program sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan, dan Kolej Poly-Tech MARA bagi pengajian Certified Accounting Technician (CAT) . Sebanyak 100 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

Cara Buat Permohonan Program Dermasiswa B40 Online

Menurut Portal Rasmi e-Sila, permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my bermula dari 23 Mei hingga 30 Mei 2016. Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan
  7. Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).
Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi e-Sila untuk pengumuman dan tarikh terkini Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online. 

Senarai Tajuk Sejarah Tingkatan 5 SPM

Senarai Tajuk Penting Sejarah Tingkatan 5 SPM. Berikut disertakan senarai tajuk atau bab penting bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 SPM.Kepada pelajar SPM, sila buat ulangkaji dari sekarang menjelang peperiksaan SPM 2016 hujung tahun ini.

Nota Sejarah Tingkatan 5 SPM

BAB 1 TINGKATAN 5 - KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nota ringkas klik SINI
1.1 Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialis Barat
1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

1.2 Perubahan Sistem Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
Filipina / Indonesia / Burma / IndoChina / Tanah Melayu / Thailand

1.3 Nasionalisme Di Asia Tenggara
1.3.1 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme Tahap Pertama / Tahap Kedua

BAB 2 TINGKATAN 5 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Nota ringkas klik SINI
2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
2.1.1 Sebab-Sebab Penentangan
2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
2.2.1 Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme
2.2.2 Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa
2.2.3 Akhbar, Majalah & Novel Penggerak Kesedaran Kebangsaan
2.2.4 Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu
2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

BAB 3 TINGKATAN 5 - KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Nota ringkas klik SINI
3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara & Bangsa
3.1.1 Pembinaan Negara & Bangsa
3.1.2 Ciri-Ciri Negara & Bangsa

3.2 Kesultanan Melayu Melaka - Asas Pembentukan Negara & Bangsa
3.2.1 Ciri-Ciri Negara & Bangsa Dalam Kesultanan Melayu Melaka

3.3 Warisan Negeri-Negeri Melayu
3.3.1 Johor - Undang2 Tubuh Kerajaan Johor
3.3.2 Kelantan - Sistem Jemaah Menteri
3.3.3 Terengganu - Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan-ilmuluk-bi-ta'dil il-suluk)
3.3.4 Negeri Sembilan - Prinsip Demokrasi & Persekutuan

BAB 4 TINGKATAN 5 - PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

4.1 Malayan Union
4.1.1 Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union
4.1.2 Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946
4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union
4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

4.2 Persekutuan Tanah Melayu
4.2.1 Faktor2 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
4.2.2 Langkah2 Pembentukan PersekutuanTanah Melayu
4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
4.2.4 Tokoh2 Penggerak Persekutuan TanahMelayu 1948

4.3 Pergerakan Politik Di Sarawak & Sabah

BAB 5 TINGKATAN 5 - PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

5.1 Sistem Ahli
5.1.1 Ciri-Ciri Sistem Ahli
5.1.2 Proses Pelaksanaan & Kepentingan Sistem Ahli

5.2 Pakatan Murni
5.2.1 Pakatan Murni PraPerikatan
5.2.2 Perikatan Serta Pilihan Raya Bandaran Negeri & Majlis Perundangan Persekutuan 1955
5.2.3 Perikatan & Pakatan Murni Ke Arah Kemerdekaan

5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
5.3.1 Suruhanjaya Reid
5.3.2 Isi2 Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
5.3.3 Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
5.3.4 Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

BAB 6 TINGKATAN 5 - PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

6.1 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia
6.1.1 Faktor-Faktor Politik
6.1.2 Faktor-Faktor Ekonomi
6.1.3 Faktor-Faktor Sosial

6.2 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
6.2.1 Faktor-Faktor Politik
6.2.2 Faktor-Faktor Ekonomi
6.2.3 Faktor-Faktor Sosial

6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
6.3.1 Reaksi Dalam Negeri
6.3.2 Reaksi Negara Luar

6.4 Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

6.5 Perjanjian Malaysia 1963
6.5.1 Intipati Perjanjian Malaysia 1963

BAB 7 TINGKATAN 5 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

7.1 Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen
7.1.1 Perlembagaan
7.1.2 Raja Berperlembagaan
7.1.3 Kuasa Pemerintahan
7.1.4 Pilihan Raya
7.1.5 Parti Politik Di Malaysia SehinggaTahun 1963

7.2 Negara Persekutuan
7.2.1 Kerajaan Persekutuan
7.2.2 Kerajaan Negeri

7.3 Lambang-Lambang Negara
7.3.1 Jata Negara
7.3.2 Bendera Kebangsaan
7.3.3 Lagu Kebangsaan

BAB 8 TINGKATAN 5 - PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

8.1 Pembangunan Ekonomi
8.1.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun
8.1.2 Dasar Pembangunan Ekonomi

8.2 Pembangunan & Perpaduan Bangsa
8.2.1 Rukun Negara
8.2.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan & Falsafah Pendidikan Kebangsaan
8.2.3 Akta Bahasa Kebangsaan
8.2.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
8.2.5 Sukan Untuk Perpaduan

8.3 Malaysia Ke Arah Negara Maju
8.3.1 Wawasan 2020

BAB 9 TINGKATAN 5 - MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1 Konflik Antarabangsa
9.1.1 Perang Dunia Pertama & Perang Dunia Kedua
9.1.2 Kemunculan Blok Dunia & Perang Dingin

9.2 Peranan & Sumbangan Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
9.2.1 Dasar-Dasar Luar Malaysia
9.2.2 Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
9.2.3 Malaysia Dalam Pertubuhan Serantau
9.2.4 Cabaran Masa Depan

Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG. Buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPG 2016 dahulunya Maktab Perguruan, langkah seterusnya selepas memohon seperti tarikh penting permohonan IPG adalah untuk membuat semakan nama calon yang berjaya untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
Pemohon boleh membuat semakan UKCG secara online bermula dari 5 hingga 14 April 2016. Untuk makluman, UKCG akan dijalankan dari 10 hingga 15 April 2016. Contoh soalan UKCG boleh dirujuk di INSAK
Langkah seterusnya adalah semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian bermula dari 3 Mei hingga 19 Mei 2016. Pemohon yang berjaya di panggil temuduga dikehendaki untuk mencetak Surat Panggilan Temu Duga dan Borang butiran Diri di laman sesawang KPM. Pelaksanaan Sesi temuduga akan diadakan pada 9 Mei hingga 20 Mei 2016.

Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Untuk panduan pemohon semua, berikut adalah ringkasan cara membuat semakan nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG beserta tarikh penting dan link applikasi:-
  1. Tarikh Semakan UKCG : 5 April hingga 14 April 2016
  2.  
  3. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.  

Maklumat Penting UKCG

Berikut adalah maklumat penting mengenai UKCG yang dikongsikan dari Applikasi Permohonan PISMP 2016.  
1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.
2.  Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  1. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  2. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani. 
  3. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan

C. SESI UJIAN AMALI

Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3.  SESI TEMU DUGA

  1. Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  2. Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
4.  PEMILIHAN

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).  


Kepada pemohon, selamat membuat Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG dan semoga anda berjaya.

Permohonan Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC April 2016

Permohonan Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC 2016. Berita baik buat pelajar lepasan SPM, STPM dan SPMV seperti dikongsikan dari FB Insep Programme Course, Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus kemahiran secara percuma (Biasiswa) kepada mereka yang tidak mendapat tempat atau tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS seperti mandat yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dalam Bajet Baru 2016.

Untuk makluman kursus ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Tabung PTPk dan akan dijalankan di Mantin, Negeri Sembilan.
Permohonan Kursus Kemahiran NSSDC April 2016

Permohonan Kemasukan Ke NSSDC April 2016

Sesi kemasukan Terkini adalah pada April 2016.
Kouta Tajaan hanya 100 permohonan terawal sahaja

Syarat-syarat kemasukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur lingkungan 18-25 Tahun
  • Bujang
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Bahasa Malaysia - Wajib lulus sahaja
  • Sains atau Matematik - Salah satu matapelajaran lulus sahaja.

Kursus-Kursus Yang Di tawarkan (SKM)

  • Industrial Electronik (IE) Tahap 2 dan 3
  • Industrial Automation (MECHATRONICS) Tahap 2 dan 3
  • Automative Engineering (AUTO) Tahap 2 Sahaja

Kelebihan Kursus

  • Ditaja sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Malaysia
  • Tanpa Pinjaman PTPTN
  • Kemudahan Asrama / makan 3x sehari dan transport disediakan
  • Elaun sara diri sepanjang tempoh latihan (RM 300)
  • Sijil SKM tahap 2 dan 3 yg diiktiraf oleh JPK.
  • Tempoh belajar 12-18 bulan ( Bajet Baru 2016)
  • Tidak terikat sekiranya ditawarkan belajar dalm tempoh berkursus.
  • Ada hubungan baik dengan industri di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor

Cara Memohon

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Borang Permohonan kursus sila hubungi En. Saiful di talian 012-6580923 atau Whatsapp untuk tempahan tempat dan pengeluaran surat tawaran (Sekiranya Berkelayakan ).
Peg.Pengambilan Jabatan HEP NSSDC
SAIFULHAZLAN RAMDAN
012-6580923
Pejabat :06-7587404 sambungan 104
Email : saiful_nssdc@yahoo.com

Website : www.nssdc.org.my


Selamat memohon Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC April 2016 kepada mereka yang layak untuk masa depan yang cerah buat anda.

Ranking SBP MRSM Terbaik 2016 Keputusan SPM 2015

Senarai SBP Dan MRSM Terbaik 2016 Keputusan SPM 2015. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumumkan pada 3 Mac 2016 yang lalu dan sekolah manakah yang menjadi sekolah terbaik? Keputusan SPM 2015 yang telah diumumkan menunjukkan pencapaian keseluruhan adalah menurun sedikit jika berdasarkan kepada Indeks Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 5.15 mata pada tahun 2015 berbanding GPN 5.08 pada tahun 2014. Berikut adalah senarai ranking Sekolah berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terbaik tahun 2016 hasil daripada Keputusan SPM 2015.

SBP MRSM Terbaik 2016 Keputusan SPM 2015

Ranking SBP Terbaik 2016 Keputusan SPM 2015

Berikut adalah senarai SBP terbaik di Malaysia tahun 2016 daripada keputusan SPM 2015. Nampaknya kedudukan 3 teratas masih menjadi milik SASER, STF dan SSP :-
  1. SM Sains Tuanku Munawir (SASER)
  2. Sekolah Tun Fatimah (STF)
  3. Sekolah Seri Puteri (SSP)
  4. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
  5. SM Sains Perempuan Seremban
  6. SM Sains Alam Shah
  7. SM Sains Sultan Alam Shah
  8. SM Sains Kuching Utara
  9. SM Sains Seri Puteri
  10. Kolej Tunku Kurshah
  11. The Malay College Kuala Kangsar
  12. SBP Integrasi Gombak
  13. SBP Integrasi Rawang
  14. SM Sains Kuching
  15. SM Sains Muzaffar Shah
  16. SM Sains Jeli
  17. SM Agama Persekutuan Bentong
  18. SM Sains Hulu Selangor
  19. SBP Integrasi Batu Rakit
  20. SM Sains Kota Tinggi
  21. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
  22. SM Sains Kuala Selangor
  23. SM Sains Muar
  24. SM Sains Kuala Terengganu
  25. SM Sains Batu Pahat
  26. SM Sains Sultan Mahmud
  27. Sekolah Dato Abdul Razak
  28. SM Sains Miri
  29. SM Sains Banting
  30. SBP Integrasi Gopeng
  31. SM Sains Sultan Iskandar
  32. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
  33. SM Sains Rembau
  34. SBP Integrasi Jempol
  35. SM Sains Johor
  36. SM Sains Tapah
  37. SM Agama Persekutuan Labu
  38. SM Sains Hulu Terengganu
  39. SM Sains Machang
  40. SM Sains Dungun
  41. SM Sains Tungku Jaafar
  42. SM Sains Pasir Puteh
  43. SM Sultan Abdul Halim
  44. SM Sains Selangor
  45. SBP Integrasi Sabak Bernam
  46. SM Sains Kubang Pasu
  47. SM Sains Sultan Muhamad Jiwa
  48. SBP Integrasi Tun Abdul Razak
  49. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
  50. SBP Integrasi Kuantan
  51. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin
  52. SM Sains Pokok Sena
  53. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
  54. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  55. SBP Integrasi Selandar
  56. SM Sains Lahad Datu
  57. SM Sains Tengku Abdullah
  58. SM Sains Kepala Batas
  59. Sekolah Menengah Sains Setiu
  60. SM Sains Sabah
  61. SM Sains Sembrong
  62. SM Sains Bagan Datoh
  63. SBP Integrasi Subang Pasu
  64. SBP Integrasi Temerloh
  65. SM Agama Persekutuan Kajang
  66. SM Sains Teluk Intan
  67. SM Sains Tuanku Syed Putra
  68. SM Sains Labuan
  69. SM Sains Gua Musang

MRSM Terbaik 2016

Berikut pula adalah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terbaik 2016 :-

NONAMA MRSMNEGERIPENCAPAIAN MENGIKUT GRED PURATA MAKTAB (GPM)
1MRSM TaipingPERAK1.436
2Tun Ghafar BabaMELAKA1.442
3KuantanPAHANG1.605
4Pengkalan ChepaKELANTAN1.728
5LangkawiKEDAH1.744
6Tun Abdul RazakPAHANG1.828
7Pengkalan HuluPERAK1.96
8Kepala BatasPULAU PINANG1.964
9GemenchehNEGERI SEMBILAN2.022
10Tun Dr IsmailJOHOR2.023
11MRSM Kota PutraTERENGGANU2.083
12Kuala BerangTERENGGANU2.207
13Pasir SalakPERAK2.21
14TerendakMELAKA2.262
15Balik PulauPULAU PINANG2.339

Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2015. Semoga anda terus berjaya dalam melanjutkan pelajaran ke IPTA yang dihajatkan dalam Permohonan UPU 2016 online. Bagi pelajar yang ingin memasuki SBP dan MRSM di Malaysia, bolehlah merujuk kepada senarai lokasi SBP dan MRSM terkini.

Sumber : Panduan Malaysia