Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Panduan untuk pelajar SPM 2016. Berikut adalah Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Menerusi makluman daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2016 telahpun diumumkan. Tema umum yang dikeluarkan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan nanti.  

Malaysia dan kerjasama masyarakat antarabangsa

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Berikut adalah Tema Umum Sejarah Kertas 3 tahun 2016 : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa


Dasar  luar  negara  tidak  statik.  Secara  asasnya, pembentukannya  ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

  • Download panduan dan arahan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 di LPM

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. 

Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Tema Tahun 2015

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan
pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
 
Semoga dengan makluman Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 ini membolehkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji dengan lebih gigih lagi.

Nota Zaman Pra Sejarah Di Malaysia Tingkatan 1 Bab 2

Nota Sejarah Tingkatan 1 Bab 2 : Zaman Pra Sejarah Di Malaysia. Berikut adalah Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1 Bab 2 yang bertajuk Zaman Pra Sejarah. Semoga Nota yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 1 dalam mengulangkaji mata pelajaran Sejarah untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Zaman Pra Sejarah Di Malaysia Tingkatan 1 Bab 2

Zaman Pra Sejarah Di Malaysia Nota Tingkatan 1 Bab 2

1. Pengenalan tentang zaman prasejarah

1. Zaman Prasejarah dibahagikan kepada :-
  • i.  Zaman Paleolitik
  • ii. Zaman Mesolitik
  • iii. Zaman Neolitik
  • iv Zaman Logam.
2. Tempoh masa setiap zaman beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
3. Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.
4. Zaman Prasejarah di Malaysia

  • i. Zaman Paleolitik,
  • ii. Zaman  Neolitik
  • iii. Zaman Logam.
5. Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik
6. Penyelidikan terdahulu - selepas Zaman Paleolitik, kita mengalami Mesolitik bercirikan alat batu Hoabinh di Vietnam.
7. Alat batu bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong  ialah alat batu Zaman Paleolitik.
8. Zaman Logam terbahagi kepada :-

  • i. Zaman Gangsa
  • ii. Zaman Besi

2. Zaman Paleolitik

a) Ciri-ciri penempatan.
1. Hidup berpindah-randah (nomad).
2. Tempat tinggal ialah

  • i.  di kawasan terbuka (luar gua),
  • ii.  dalam gua
  • iii. sekitar tasik.
b) Kegiatan dan peralatan.
  • 1. Buru binatang liar.
  • 2. Pungut hasil hutan
  • 3. Hidup sara diri.
  • 4. Guna alat batu yang kasar untuk memotong daging dan menetak pokok.
  • 5. Alat batu penetak - untuk meraut dan memotong.
c) Kepercayaan.
  • 1. Animisme - percaya benda seperti batu mempunyai semangat
  • 2. Upacara perkuburan.
  • 3. Mayat dikebumikan bersama barang-barang
  • 4. Manusia Perak dikebumikan kaki berlipat.
d) Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia.
  • 1. Di Perak - Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong,.
  • 2. Di Sarawak - Gua Niah
  • 3. Di Sabah - Tingkayu
e) Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia.
  • 1. Di Kota Tampan – disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia.
  • 2. Gua Niah – kegiatan penggalian dilakukan.
  • 3. Gua Gunung Runtuh – ditemui manusia Perak

3. Zaman Neolitik

a) Ciri-ciri penempatan.
  • 1. Menetap di dalam gua /hampir dengan sungai.
  • 2. Wujud sistem bermasyarakat - mempunyai ketua dan pembahagian kerja.
b) Kegiatan dan peralatan.
  • 1. Cipta alat tembikar seperti periuk
  • 2. Bercucuk tanam.
  • 3. Tangkap ikan.
  • 4. Ternak binatang.
  • 5. Berburu
  • 6. Pungut hasil hutan.
  • 7. Berdagang secara tukar barang.
  • 8. Guna alat batu tetapi lebih kemas buatannya
  • 9. Cipta barang kemas seperti kalung, anting-anting
c) Kepercayaan.
  • 1. Mengamalkan kepercayaan animisme
d) Petempatan  zaman Neolitik di Malaysia.
  • 1. Di Kelantan - Gua Cha
  • 2. Di Sabah - Bukit Tengkorak
e) Penemuan zaman Neolitik di Malaysia.
  • 1. Gua Cha, Kelantan – ditemui pengebumian manusia
  • 2. Bukit Tengkorak, Sabah –
  • 3. Gua Harimau, Perak – ditemui artifak tembikar.

4. Zaman Logam

a) Ciri-ciri penempatan.
  • 1. tinggal menetap
  • 2. ada masih tinggal di dalam gua
  • 3. ada  tinggal berhampiran sungai.
b) Kegiatan dan peralatan.
  • 1. alat logam daripada gangsa dan besi.
  • 2. bercucuk tanam.
  • 3. Tangkap ikan.
  • 4. ternak binatang.
  • 5. Berburu.
  • 6. Perdagangan tukar barang.
c) Kepercayaan.
  • 1. Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.
  • 2. Pengebumian menggunakan kepingan batu.
d) Petempatan  zaman Logam di Malaysia.
  • 1. Di Pahang - Sungai Tembeling
  • 2. Di Perak - Gua Harimau dan Changkat Menteri
e) Penemuan zaman Logam di Malaysia.
  • 1. Sg Tembeling, Pahang – dijumpai kapak dan mata lembing
  • 2. Lembah Bernam, Selangor – ditemui sabit.
  • 3. Klang, Selangor – ditemui pisau.
  • 4. Gua Harimau,Perak–kapak gangsa & acuannya
  • 5. Raub, Pahang – dijumpai tulang mawas.

5. Rumusan

1. Penemuan di Bukit Jawa buktikan zaman pra sejarah di Malaysia bermula 200000 - 300000 tahun dahulu.
2. Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak.
3. Harus contohi kegigihan dan semangat berusaha
4. Harus jadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar. Kredit : Panitia Sejarah SMK Kamil

Nota Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Sejarah Dan Kita

Nota Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Sejarah Dan Kita. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 yang bertajuk Sejarah Dan Kita. Semoga nota ini boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 1 dalam membuat ulangkaji mata pelajaran Sejarah sebelum menghadapi peperiksaan penting nanti.


Sejarah Dan Kita

Nota Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Sejarah Dan Kita


1. Pengertian Sejarah

  1. Perkataan Arab - syajaratun - pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
  2. Ibn Khaldun – masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
  3. Herodotus –  cerita tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya.
  4. Muhd. Yusof Ibrahim –  rekod peristiwa yg berlaku.
  5. Penyelidikan perkara yg telah berlaku

2. Ciri-ciri Sejarah

a) Fakta yang tepat dan benar.
1. Fakta Sejarah dibuktikan melalui

  • i.    peristiwa
  • ii.    tempat
  • iii.   tokoh
  • iv.   tarikh
2. Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah.
3. Fakta sejarah – bukti kesahihannya


b) Penting dan bermakna.

  • Peristiwa penting kepada negara - kemerdekaan
  • Peristiwa penting kepada pelajar - tarikh lahir pelajar.
c) Sebab dan akibat.
  • Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
  • Bagi mengetahui sebab dan akibat  peristiwa – apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana
3. Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
4. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu

3. Sumber Sejarah

Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
  • i. Fosil, artifak dan keterangan lisan.
  • ii. Belum diolah dan dicetak
  • iii. Masih asli dan belum ditafsir.
  • iv. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
  • i. Bahan yg  dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
  • ii. Ditulis oleh sejarawan.
  • iii. Diolah dan dicetak.
  • iv. Disebarkan kepada umum.
  • v. Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.

4. Kaedah Pengkajian Sejarah

a)    Kaedah lisan.
  • 1. Maklumat diperoleh secara terus
  • 2. Melalui ucapan, penceritaan, perbualan
  • 3. Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
  • 4. Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
  • 5. Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
  • 6. Kelemahan - Wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
  • 7. Kesan kemajuan sains dan teknologi :- kaedah pandang dengar digunakan.  Contoh: Televisyen, pita rakaman & internet
b)    Kaedah bertulis.
  • 1. Maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c)    Kaedah arkeologi.
  • 1. Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
  • 2. Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
  • 3. Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
  • 4. Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

(5)    Pentafsiran Sejarah

1.    Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
2.    Sejarawan berusaha mencari jawapan
3.    Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4.    Tafsiran mungkin berbeza antara  sejarawan.

  • i.  ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
  • ii.  Sejarawan lain - pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja 
5.    Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
  • i. Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
  • ii. Sejarawan  lain - penjajahan  kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
  • iii. Sejarawan Barat - anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
  • iv. Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6.    Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah

6. Tujuan mempelajari Sejarah

  • 1. Banyak ilmu pengetahuan.
  • 2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  • 3. Memahami sejarah tamadun awal bangsa
  • 4. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
  • 5. Membentuk keperibadian bangsa
  • 6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
  • 7. Hargai jasa pemimpin negara masa lalu dan kini
  • 8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
  • 9. Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.

7. Faedah mempelajari sejarah.

  • 1. Panduan  untuk memperbaiki kesilapan
  • 2. Menjadi perangsang  memajukan negara
  • 3. Mengingati  zaman keagungan kita
  • 4. Memupuk semangat patriotisme
  • 5. Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia

(8) Rumusan

1. Sejarah - panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan.
2. Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotisme
3. Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara. 


Kredit : Panitia Sejarah SMK Kamil

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 6 Perubahan Pentadbiran

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 Bab 6. Berikut dikongsikan Nota Sejarah PT3 Bab 6 bertajuk Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Dan Sabah. Semoga nota ringkas ini boleh dijadikan panduan buat pelajar PT3 dalam mengulangkaji mata pelajaran Sejarah menjelang tarikh peperiksaan nanti. Semoga anda mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
nota sejarah pt3 bab 6

Bab 6 : Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Dan Sabah 

(1)    Sarawak diserah kepada British

1.    Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak.
2.   Tidak dapat dilaksanakan krn Jepun serang Sarawak.
    Sarawak selepas kekalahan Jepun
1.    British memperkenalkan Pentadbiran Tentera
2.    Kembalikan ketenteraman & pemulihan ekonomi
3.    Sarawak di bawah Pentadbiran Tentera British sehingga 1 Julai 1946.
    Sebab Sarawak diserahkan kpd kerajaan British
1.    British berusaha ambil pentadbiran Sarawak
2.     Charles Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
3.    Faktor Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
       i.  Desakan daripada Kerajan British
a.    British desak keluarga Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka lebih terjamin.
      ii.   Pertikaian Keluarga
a.     Charles tidak dapat mentadbir kerana umurnya sudah lanjut.
b.    Beliau uzur 
c.    Beliau ingin bersara.
d.    Tidak ada waris untuk menggantikannya.
e.    enggan memberi kepada anak saudaranya, Anthony Brooke
       iii.    Masalah Kewangan
a.     Sarawak alami kemusnahan akibat perang.
b.    Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk membangunkan semula negeri Sarawak selepas perang.
4.    Rundingan Charles Vyner Brooke dengan  British  - persetujuan serahkan Sarawak kepada British.
5.    Charles Vyner Brooke menghantar wakilnya, Gerard T.MacBryan untuk dapatkan tandatangan daripada ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.
6.    Gerard T.MacBryan guna tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.
7.    Charles isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi Sarawak serahkan Sarawak kpd British.
8.    Pengumuman mendapat bantahan Melayu & Iban.
9.    Pejabat Tanah Jajahan minta Charles Vyner Brooke mendapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi.
10.    Charles Vyner Brooke merujuk perkara tersebut kepada Majlis Negeri.
11.    Majlis Negeri meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong penyerahan dan 16 undi menentang.
12.    Usul penyerahan Sarawak - disokong oleh ahli bukan bumiputera.
13.    Pada 1 Julai 1946, Britishisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British.
14.    Sir Charles Arden Clarke - Gabenor British pertama di Sarawak.

(2)    Gerakan Antipenyerahan Sarawak

1.    Penyerahan Sarawak kepada British dibantah oleh orang Melayu dan Iban.
2.    Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah (ketua datu-datu masyarakat Melayu dan kaum Melayu terpelajar)
3.    Bantahan tersebut  disertai oleh
       i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS),
       ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM),
       iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
       iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

(a)    Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak
1.    Perlembagaan 1941
i.    Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak.
ii.    Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kpd British.
2.    Tipu Muslihat
i.    Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.
3.    Anthony Brooke Tidak Dilantik
i.    Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan sebg Raja Sarawak yg baru.
ii.    Dengan memulihkan pemerintahan Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.

(b)    Penentangan dan reaksi British
1.    Glongan antipenyerahan hantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British.
2.    British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
3.    Setiap kampung dikerah buat poster dan sepanduk.
4.    Kaum wanita  terlibat dalam demonstrasi menentang penyerahan.
5.    Kaum ibu PKMS pimpinan Cikgu Lily Eberwein  ke kawasan pedalaman utk dapatkan sokongan Iban.
6.    Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Abol - mewakili kaum ibu BPM menentang penyerahan Sarawak
7.    British mendapati gol. antipenyerahan Sarawak terdiri drp kalangan kakitangan kerajaan khususnya guru Melayu.
8.    British  mengeluarkan  notis Pekeliling No.9.
9    Pekeliling No.9 memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan antipenyerahan.
10.    Pekeliling menambahkan kemarahan terhadap pihak British.
11.    Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan.
12.    Sebilangan besar terdiri daripada guru Melayu.
13.    Tindakan itu menyebabkan 22 sekolah kerajaan terpaksa ditutup.
14.    Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka
15.    Tunjuk perasaan terbesar di Kuching - membantah perlantikan Gabenor Sarawak
16.    Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan (dihadiri 250 perwakilan bumiputera dari seluruh cawangan BPM)
17.    British menganggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara.
18.    British giatkan usaha melemahkan gerakan antipenyerahan dgn memecahbelahkan perpaduan kaum.
19.    British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA).
20    YMA sokong penyerahan Sarawak kpd British.
21.    YMA ambil ahli baru drp golongan antipenyerahan.
22.    British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak bertelagah.
23.    British  memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak.
24.    Gerakan antipenyerahan semakin lemah akibat propaganda British.
25.    Golongan muda dalam BPM Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Rukun Tiga Belas.
26   Kumpulan Rukun Tiga Belas dianggotai ahli BPM yang radikal.
27.    Mereka bersumpah menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
28.    Rosli Dhobi menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros.
29.    Pada 1949, Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart mengadakan lawatan rasmi ke Sibu.
30.    Rosli Dhobi menikam  Duncan Stewart
31.    Peristiwa pembunuhan Duncan Stewart memberi kesempatan kepada British untuk guna kekerasan
32.    Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
33.    Anggota Rukun Tiga Belas yang lain dijatuhi hukuman penjara.
34.    British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
35.    British melumpuhkan gerakan antipenyerahan.
36.    British  jadikan Sarawak  tanah jajahannya sehingga tahun 1963.

(3)    Langkah  berkerajaan sendiri di Sarawak

1.    Tahun 1946;
i.    pentadbiran Sarawak disusun semula
ii.    Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
iii.    Setiap bahagian diketuai seorang Residen.
iv.    Setiap bahagian dibahagikan kpd beb daerah.
v.    Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
2.    Tahun 1947
i.    British  membentuk Majlis Termpatan.
ii.    Memberi peluang kepada ahli-ahli yang dilantik mengambil bahagian dlm pentadbiran tempatan.
iii.    Fungsi Majlis Tempatan menguruskan
    pelajaran rendah,
    bekalan air,
    jalan raya,
    kesihatan
    kawal perbelanjaan di kawasan yang dipertanggungjawabkan
    kutip cukai kepala &  cukai lain.
3.    Tahun 1956;
    Pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.
    Pindaan perlembagan berkuatkuasa pd April 1957.
    Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah menjadi 10 orang ahli.

(4)   Penubuhan Parti politik di Sarawak

i.      Parti Negara Sarawak (PANAS)
i.    Pengasas- Datu Patinggi Abang Haji Mustapha.
ii.    Wujudkan keharmonian di kal semua kaum
iii.    Tuntut pendidikan percuma bg sekolah rendah.
iv.    Pertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial bumiputera.
ii)    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
i.    Pengasas - Ong Kee Hui dan Stephen Young.
ii.    Wujudkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan rakyat Sarawak.
iii.    Menyatupadukan kaum di Sarawak
iii)    Persatuan Cina Sarawak (SCA)
i.    Pengasas -  William Tan.
ii.    Perpaduan orang Cina
iv)    Parti Kebangsan Sarawak (SNAP)
i.    Pengasas -  Stephen Kalong Ningkan.
ii.    Memperjuangkan hak orang Iban
iii.    Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak
v)    Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
i.    Pengasas - Temenggung Jugah.
ii.    Membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak mereka dalam perlembagaan
vi)    Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
i.    Pengasas -  Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
ii.    Tuntut hak istimewa penduduk bumiputera.
iii.    Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak.
iv.    Wujudkan keharmonian di kalangan rakyat.
v.    Menyelamatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman komunis.
vi.    Tuntut bahasa Melayu jd bahasa kebangsaan.
2.    Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Terdiri daripada
        i.  Persatuan Cina Sarawak (SCA)
       ii. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
      iii.  Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
      iv.  Parti Negara Sarawak (PANAS)
       v.  Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
3.    Parti Perikatan hadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.

(5)    Sabah diserahkan kepada kerajaan British

1.    Selepas Perang Dunia Kedua,  Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British.
2.    Pentadbiran Tentera British  kembalikan keamanan
3.    Pentadbiran Tentera British tamat -15 Julai 1946.
4    British  menandatangani perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
5.    Borneo Utara jadi tanah jajahan British - 15 Julai 1946.
6.    Penyerahan Sabah tidak mendapat tentangan hebat drp penduduk tempatan kecuali waris sultan Sulu yang menganggap Sabah miliknya.
7.    Pertubuhan yang ada - Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan Pemuda (BARIP) hanya berjuang memperbaiki keadaan politik dan ekonomi.
8.     Faktor Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British.
       i.  Desakan Pelabur/Pemodal Eropah
a.    British ingin jaga kepentingan warganegaranya & melindungi pelaburan
       ii.    Mengeksploitasi Sumber Bahan Mentah
a.    Sabah pembekal sumber bahan mentah sperti kayu balak, kelapa kering, tembakau dan hasil tradisional.
b.    Sabah - tempat pasaran barangan keluaran Britain.
       iii. Menjamin Kedudukan dan Keselamatan
a.    British dapat menjamin kedudukan dan keselamatan mereka di Asia Tenggara kerana Sabah terletak di jalan perdagangan  Singapura dan Hong Kong.

(6)    Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah

i)    Tahun 1950
a.    British memperkenalkan perlembagaan baru.
b.    Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan.
c.    Wakil-wakil anak negeri diberi peluang melibatkan diri dalam pemerintahan negeri melalui pelantikan mereka secara tidak rasmi dalam Majlis Undangan.
d.    Melatih penduduk tempatan menjadi pemimpin.
e.    Pemimpin utama - Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.
ii)    Tahun 1952
a.    Pilihan Raya Majlis Tempatan diadakan untuk memilih perwakilan secara demokrasi.
iii)    Tahun 1960
a.    Pihak British meminda Perlembagaan untuk menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan.
b.     Semua ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya,
c.    Mereka dilantik oleh Gabenor British.
iv)    Tahun 1962
a.    British memperkenalkan Pilihan Raya Majlis Undangan.

(7)    Penubuhan parti politik di Sabah

Ketara selepas pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.
i)    Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

  • Pengasas -  Donald Stephens.
  • Menjaga kepentingan dan memelihara hak orang Kadazan Dusun.
ii)    Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
  • Pengasas - Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.
  • Memperjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Menukar nama Borneo Utara kepada Sabah.
iii)    Pasok Momogun
  • Pengasas - Orang Kaya-kaya Sedomon dan G.S. Sundang.
  • Melindungi kepentingan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.
iv)    Persatuan Cina Sabah (SCA) (Gabungan Parti Bersatu dan Parti Demokratik)
  • Pengasas -  Khoo Siak Chiew dan Peter Chin.
  • Melindungi hak orang Cina.
2.    Perikatan Sabah ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya pada tahun 1962.
3.    Parti politik dalam Perikatan Sabah ialah USNO, UNKO, Pasok Momogun dan SCA.

(8) Rumusan

1.    Peristiwa pembunuhan Gabenor British merupakan kemuncak kebencian penduduk tempatan terhadap British
2.    Pertubuhan bersifat politik, ekonomi dan sosial ditubuhkan oleh orang Melayu, Dayak dan Cina untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing.
3.    Di Sabah, gerakan kebangsaan agak perlahan.
4.    Gagasan Pembentukan Malaysia merancakkan penubuhan parti politik.
Kredit : Panitia Sejarah SMK Kamil

Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah. Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 yang perlu disiapkan dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. 

cara buat Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh 1

Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

Contoh 2

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan–rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 3

Selepas saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia. Saya juga merasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka.

Contoh 4

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga kerana dapat hidup sejahtera dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa/ kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan perasaan dan semangat muhibbah atau semangat masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Via BS


Buat pelajar Tingkatan 3, selamat menyiapkan Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Semoga anda berjaya.

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar Belakang Bangunan/ Binaan di tempat bersejarah yang anda pilih merupakan salah satu isi kandungan yang diperlukan dalam esei laporan Sejarah PT3 2016 (Kerja Kursus). Berikut dikongsikan latar belakang beberapa lokasi terpilih bangunan/ binaan bersejarah secara ringkas sebagai panduan pelajar PT3 2016.

kerja kursus sejarah pt3 2016 Bangunan Bersejarah

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Isi Kandungan

  1. Latar belakang bangunan/ binaan
  2. Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  3. Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  5. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur sejarah. Setiap negeri mempunyai tempat bersejarah yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri. Sebagai contoh Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Melaka pada suatu dahulu adalah sebuah pelabuan yang maju dan moden. Melaka mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti bangunan A Famosa, Makam Hang Li Po, Makam Hang Jebat, Muzium Negeri dan Kota Melaka. 

Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Oleh itu, pemeliharaan bangunan bersejarah memang penting di Malaysia dan patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja. Cikgu Razak

Contoh Latar Belakang Bangunan/ Binaan Bersejarah

1. Bangunan A'Famosa, Melaka

Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota A’ Famosa bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis. Ianya juga dikenali sebagai “Fortaleza de Malaca” dan merupakan antara seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). 

Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de-Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Sumber

2. Bangunan Sultan Abdul Samad

Lokasi : Jalan Raja, Kuala Lumpur
Dibina pada tahun 1894-97
Akitek : A.C Norman
Asalnya Setiausaha Negeri Selangor. Bangunan ini menempatkan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Persekutuan, Pejabat Peguam Negara, Pejabat Akauntan Negara dan Pendaftar Perkahwinan.

Menjadi latar belakang bagi upacara penting seperti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan pertunjukkan Tahun Baru. 

Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. PNM

3. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

Juga dikenali sebagai "Istana Lama". Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah
berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut   senibina masyarakat Minangkabau.


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah  dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana
lama.


Istana ini setinggi empat  tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang  tukang Melayu  bernama Kahar dan  Taib.  Tukang Kahar telah dianugerahkan  gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. DocSlide

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.


Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Islam Grid

5. Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah)

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Malaysia.


Ini adalah sebahagian daripada Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar belakang bangunan/ binaan lain boleh didapati di wikipedia dan sumber lain.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. Pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) berbentuk Esei Laporan dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. 
Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 bangunan bersejarah

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 (Esei Laporan) :-
Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda, Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:-

  • a) Tajuk Kajian
  • b) Nama Penulis
  • c) Isi Kandungan
  • Latar belakang bangunan/ binaan. 
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan. 
  • d) Rumusan
  • e) Sumber rujukan

tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Tajuk Kajian 

  • Contoh : Bangunan Bersejarah Di Kota A'Famosa, Melaka

Nama Penulis 

  • Nama Pelajar (Nama anda)

1. Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu (Nama guru Sejarah anda) kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah.
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di temapt saya. Bangunan yang dipilih oleh saya adalah bangunan Kota A Famosa di Melaka

2. Isi Kandungan

Meliputi kandungan seperti perkara dan mukasurat seperti berikut :-
  1. Penghargaan
  2. Isi Kandungan
  3. Objektif kajian
  4. Kaedah kajian
  5. Hasil kajian : Pengenalan (Latar belakang bangunan/ binaan). Klik contoh latar belakang lokasi terpilih, Menerangkan struktur bangunan/ binaan, Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina, menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan dulu, dan mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
  6. Rumusan, lampiran dan bahan rujukan.

3. Objektif Kajian

Contoh :-
  • a) Kajian dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih dalam membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
  • b) Kajian dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia
  • c) Dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
  • d) Kajian juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara dan keperluan untuk memelihara bangunan bersejarah.

4. Kaedah Kajian

Antara contoh kaedah kajian adalah seperti berikut :-
  1. Melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melayari laman web seperti Wikipedia.
  2. Penyelidikan di Perpustakaan/ pusat sumber di sekolah.
  3. Sesi Temubual/ temuramah dengan penduduk tempatan
  4. Analisa Dokumen dengan membuat rujukan kepada buku-buku ilmiah dalam mengesahkan kesahihan fakta

5. Hasil Kajian

  • Pengenalan - Latar belakang bangunan/ binaan : Penerangan mengenai latar belakang bangunan yang dipilih seperti lokasi, tahun dibina dan siap, pereka dan sebagainya
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan : Jenis-jenis struktur yang terdapat di bangunan/ binaan, reka bentuk, pengaruh senibina, ketinggian,
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina : Senaraikan dan huraikan tujuan bangunan itu dibina. Contoh untuk kegunaan pejabat British, kubu pertahanan, memperingati peristiwa yang telah berlaku,
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan juga pada masa dahulu
Rujuk senarai bangunan/ binaan bersejarah di Malaysia
  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
Rujuk Langkah memelihara Bangunan/ Binaan bersejarah
  • d) Rumusan : Huraian kepentingan bangunan bersejarah kepada Malaysia. Contoh isi rumusan
  • e) Menyenaraikan sumber rujukan - buku/ internet/ akhbar/ majalah menurut turutan

Panduan cara membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Kredit Panduan Malaysia