Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 SPM Bab 4 Hingga 8

Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 SPM Bab 4 Hingga 8. Berikut dikongsikan nota dan tajuk-tajuk matapelajaran Sains SPM tingkatan 5 dari bab 4 hingga 8. Untuk nota Sains Tingkatan 4 dan 5 yang lain, sila klik Nota Sains.

Senarai Tajuk Sains Tingkatan 5 Bab 4 Hingga 8

  • Bab 4 - Sebatian Karbon (Carbon Compounds)
  • Bab 5 - Gerakan (Motion)
  • Bab 6 - Teknologi Makanan dan Pengeluaran (Food Technology and Production)
  • Bab 7 - Bahan Sintetik Dalam Industri (Synthetic Material in Industry)
  • Bab 8 - Elektronik dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Electronics and Information & Communication Technology, ICT)
Nota Ringkas Sains spm

Senarai Nota Sains Tingkatan 5 Bab 4 Hingga 8


Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6

Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6. Berikut disertakan nota ringkas Sains untuk Tingkatan 4 Bab 6 bertajuk Tenaga Nuklear.

1. BAB 6 : TENAGA NUKLEAR

  • 6.1 Bahan Radioaktif
  • 6.2 PenghasilanTenaga Nuklear dan Kegunaannya
  • 6.3 Pengendalian Bahan Radioaktif yang sempurna
2. 6.1 Bahan Radioaktif
1. Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
  • i.  Nukleusnya tidak stabil
  • ii. nukleusnya mereput secara spontan
  • iii. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)
Tenaga Nuklear

3. 6.1 Bahan Radioaktif
1. Bahan radioaktif juga ialah bahan yang mengandungi radioisotop.
2. Karbon-14, kobalt-60 dan iodin-131 merupakan contoh bahan radioaktif.
3. Radioisotop ialah isotop yang mengandungi nukleus yang tidak stabil dan mengalami proses pereputan radioisotop.
4. Proses pereputan radioaktif ialah proses yang menukarkan nukleus yang tidak stabil kepada nukleus yang lebih stabil dengan mengeluarkan sinaran radioaktif.
 

4. Jenis Sinaran dan kegunaanya
1.Jenis Sinaran Radioaktif
 

5. 2. Kuasa penembusan sinaranradioaktif
 

6. 3. Kegunaan Sinaran radioaktif
a) Dalam Industri
- Mengesan kebocoran paip
- Mengawal ketebalan kertas secara automatik
b) Dalam Pertanian
- mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan(fosforus -32)
Sinar gama digunakan untuk meransang mutasi dalam tumbuhan dan haiwan bagi menghasilkan tanaman yang lebih cepat matang, ketahanan penyakit dll. 

Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6


Tenaga Dan Perubahan Kimia - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 5

Tenaga Dan Perubahan Kimia - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 5. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 4 Bab 5 bertajuk Tenaga Dan Perubahan Kimia.

  • Perubahan fizikal ialah perubahan yang tidak menghasilkan bahan baru dan tindak balasnya adalah berbalik.
  • Perubahan kimia merupakan tindak balas kimia yang menghasilkan bahan baru. Bahan baru mempunyai sifat dan komposisi kimia yang berlainan daripada bahan asal.
  • Tindak balas kimia melibatkan perubahan haba. 
  • Tindak balas kimia boleh dibahagikan kepada tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Ini bergantung kepada sama ada tindak balas itu menyerap haba dari persekitaran atau membebaskan haba ke persekitaran.
  • Proses Haber: Proses penghasilan ammonia secara besar-besaran
  • Proses Sentuh : Proses penghasilan asid sulfurik secara besar-besaran 
Tenaga Dan Perubahan Kimia

Tenaga Dan Perubahan Kimia - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 5 


Soalan Percubaan Kimia SPM 2015 Semua Kertas

Soalan Percubaan Kimia SPM 2015 : Kertas 1, 2 Dan 3. Berikut disertakan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bagi Kimia Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 untuk Negeri Kedah.
trial paper Kimia SPM 2015
 Soalan Percubaan Kimia SPM 2015 Kertas 1


Soalan Percubaan Kimia SPM 2015 Kertas 2



Soalan Percubaan Kimia SPM 2015 Kertas 3

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 3

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 3. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 5 SPM Bab 3 bertajuk Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

1. KESEIMBANGAN ALAM
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. 


Antara kitar semula jadi tersebut adalah :-
•    Kitar karbon
•    Kitar Nitrogen
•    Kitar air

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. 

Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan. 

Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung berapi (volcano), gempa bumi (earth quake), kemarau (drought), Kebakaran hutan (forest fire), banjir (flood) dan taufan (tornado) boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat.


Antara kesan bencana alam ini ialah :-
a.    merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)
b.    menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan
c.    Mengganggu kitar semula jadi
d.    Pencemaran alam sekitar
 

2. KESAN PENCEMARAN
Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri. 


Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia. 


Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.
 

3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :-
a.    Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).
b.    Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.


Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.
i.    Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.
ii.    Mengurangkan pembakaran.
iii.    Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.
iv.    Menanam pokok
v.    Perhutanan semula(reforestation)
 

4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD
Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang. 


Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :- 


a.    Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.
b.    Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef).
c.    Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.
d.    Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong.
 

5. UBAH SIKAP KITA !
Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif. 


"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"
Sumber - Scribd

Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 2

Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 2. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 5 SPM Bab 2 bertajuk Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan. 

Nutrisi & Pengeluaran Makanan
  • Menilai kepentingan amalan pengambilan nutrisi & pemakanan yang baik
  • Menganalisis keperluan nutrien oleh tumbuhan
  • Menganalisis kitar nitrogen & kepentingannya
  • Menghargai kepentingan pengambilan nutrisi yang baik
Menilai kepentingan amalan pengambilan nutrisi dan pemakanan yang baik
  • Nutrisi Menilai kepentingan amalan pengambilan nutrisi & pemakanan yang baik 
  • Nilai kalori pelbagai kelas makanan 
  • Nilai kalori adalah sejumlah tenaga yang dikeluarkan bila satu gram dibakar sepenuhnya Ia diukur dalam unit kalori (cal) atau 1 kalori 
Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan

Contoh Makanan & Kalorinya
Menilai kepentingan amalan pengambilan nutrisi & pemakanan yang baik 

Faktor yang mempengaruhi keperluan kalori
  • Lelaki perlukan lebih 
  • Kanak & remaja perlu tenaga 
  • Jantina
  • Usia lebih tenaga
Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-

Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 2

Mikroorganisma Dan Kesannya Terhadap Benda Hidup - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 1

Mikroorganisma Dan Kesannya Terhadap Benda Hidup - Nota Sains Tingkatan 5 Bab 1. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 5 SPM Bab 1 bertajuk Mikroorganisma Dan Kesannya Terhadap Benda Hidup.

PENGELASAN MIKROORGANISMA 
BAB 1: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP
2. Memahami Pengelasan Mikroorganisma

Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan - Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali menggunakan mikroskop cahaya atau mikroskop elektron. Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 kumpulan iaitu:
1: Virus
2: Bakteria
3: Kulat (fungi)
4: Protozoa
Nota Sains Tingkatan 5 Bab 1
5: Alga
 

3. Kaedah Pengkelasan Mikroorganisma
  • Saiz
  • Rupa bentuk
  • Nutrisi (cara pemakanan)
  • Autotrofit : Membuat makanan sendiri( Mempunyai klorofil yang membina makanan melalui proses fotosintesis)
  • Parasit : Menyerap makanan dari benda hidup
  • Saprofit : Menyerap makanan dari benda yang mati/ reput(organisma yang telah mati) melalui proses pereputan.
  • Habitat
  • Cara pembiakan: Seksual dan aseksual
Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-

Jirim Dan Bahan - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 4

Jirim Dan Bahan - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 4. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 4 Bab 4 bertajuk Jirim dan Bahan.

 1. Teori Kinetik Jirim
• Teori kinetik jirim dapat menerangkan sifat-sifat jirim dalam tiga keadaan pepejal, cecair & gas diantaranya :- 
• Jirim terdiri daripada zarah yang halus & diskrit 
• Zarah sentiasa bergerak dan bergetar 
• Zarah sentiasa berlanggaran diantara satu sama lain dan dengan bekasnya 
• Daya tarikan wujud antara zarah dalam jirim. Daya tarikan semakin kuat apabila zarah semakin rapat 
Jirim Dan Bahan
• Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik zarah

Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-

Keturunan Dan Variasi - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 3

Keturunan Dan Variasi - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 3. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 4 Bab 3 bertajuk Keturunan Dan Variasi

1. 3.1 Pembahagian Sel
 

2. Pembahagian Sel 
• Nukleus sel banyak mengandungi struktur bebenang halus disebut kromosom 
• Kromosom terdiri daripada asid deoksiribonukliek (DNA) dan protein 
• Kromosom mengandungi bahan baka yang dikenali sebagai gen 
• Kromosom wujud secara pasangan kecuali dalam gamet 
• Sel soma (somatik) manusia mengandungi 23 pasang kromosom (46 kromosom) 
• Dalam setiap pasangan kromosom diwarisi oleh bapa dan satu lagi dari ibu
Keturunan Dan Variasi - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 3
3. Pembahagian Sel • Gen (genes) merupakan bahan baka (pembawa) sifat-sifat keturunan yang ada dalam kromosom 
• Gen adalah unit DNA yang berfungsi merekod sifat-sifat keturunan 
• Gen wujud secara pasangan. Satu diwarisi dari bapa dan satu gen lagi dari ibu 
• Gen menentukan ciri-ciri seperti ketinggian, warna rambut, cap jari dan rupa paras

4. Pembahagian Sel Kromosom Sentromer Membran nukleus Kromosom
5. Pembahagian Sel Sel Nukleus Kromosom DNA Gen
6. Jenis – Jenis Pembahagian Sel 

• Proses pembiakan dan pertumbuhan sebarang organisma melibatkan pembahagian sel 
• Terdapat dua jenis pembahagian sel – Mitosis – Meiosis 

Koordinasi Badan - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 2

Koordinasi Badan - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 2. Berikut disertakan nota ringkas Sains bagi Tingkatan 4 Bab 2 bertajuk Koordinasi Badan. Bab 1 di SINI.

1. Bab 2: Koordinasi Badan
2. Koordinasi Badan 

• Koordinasi merupakan tindak balas badan kita ke arah mana-mana rangsangan dari dan di luar badan 
Dua jenis koordinasi
i – Koordinasi Saraf 
ii - Koordinasi Kimia (hormon)
3. Koordinasi Saraf 

• Dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf. 
• Terdapat 2 jenis sistem saraf iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. 
• Penyelarasan aktiviti-aktiviti seperti menulis, berjalan, berlari, menari dan sebagainya 
• Koordinasi saraf melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk impuls saraf di sepanjang serabut saraf yang berjalan di antara reseptor dan effector
4. Sistem Saraf Pusat 

• Terdiri daripada otak dan saraf tunjang 
• Penyelarasan aktiviti-aktiviti pelbagai bahagian badan dan pusat kawalan badan Menerima impuls dari organ-organ deria dan semua bahagian-bahagian lain badan untuk ditafsirkan
Koordinasi Badan

5. Sistem Saraf Pusat OTAK 

  • mengawal kebanyakan aktiviti-aktiviti badan 
  • Ia menerima maklumat dari semua bahagian badan dan menganalisanya sebelum membuat keputusan dan tindakan. 
  • mampu menghasilkan tindakan yang bijak berdasarkan pengalaman silam 
  • dilindungi oleh tengkorak yang dipanggil kranium
6. SARAF TUNJANG 
• Merupakan rentetan panjang tisu saraf dari otak di dalam kolum vertebra. 
• Impuls saraf dari semua bahagian badan akan melaluinya 
• Ada yang bergerak ke dalam atau dari otak, dan ada yang hanya melibatkan saraf tunjang sahaja.
7. Sistem saraf periferi 

• Terdiri daripada saraf kranial (dari otak) dan saraf tunjang (dari saraf tunjang dan organ-organ deria 
• Saraf tunjang adalah bertanggungjawab untuk menghubungkan reseptor dan effektor dalam bahagian-bahagian lain badan ke sistem saraf pusat 
• Saraf kranial yang bertanggungjawab untuk menghubungkan reseptor dan effektor di kepala dan leher pada sistem saraf pusat.Terdiri daripada sistem saraf autonomik dan sistem saraf somatik
8. Sistem Saraf Autonomi 

• Ia adalah sebahagian daripada sistem saraf yang biasanya kita mempunyai kawalan misalnya degupan jantung, hati, otot licin, organ-organ dalaman, paru-paru dan lain-lain Contoh: degupan jantung, peristalsis, rembesan peluh yang tidak dapat dikawal oleh otak Dibahagikan kepada bersimpati dan parasimpatetik. 

Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-

Koordinasi Badan - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 2

Penyiasatan Saintifik - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1

Penyiasatan Saintifik - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1. Berikut disertakan nota ringkas Sains bafi Tingkatan 4 Bab 1 bertajuk Penyiasatan Saintifik.

Bab 1 Penyiasatan Saintifik
Sains ialah ilmu tentang alam sekeliling kita. Untuk mengkaji tentang alam sekelilingkita, penyiasatan saintifik hendaklah dilakukan.Langkah-langkah penyiasatan saintifik mengikut turutan :
• Mengenal pasti masalah
• Membuat hipotesis
• Merancang penyiasatan
• mengawal pemboleh ubah
• Mengumpul data
• Menganalisis data
• Membuat kesimpulan
• membuat laporanTerdapat 3 Jenis pemboleh ubah (PU) dalam penyiasatan saintifik.

a. PU yang dimalarkan-apakah perkara yang disamakan?
b.PU yang dimanipulasikan-apakah perkara yang di ubah-ubah?
c.PU yang bergerak balas-apakah yang dilihat(diperhatikan)?
Penyiasatan Saintifik


Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-

Penyiasatan Saintifik - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1