Showing posts with label pt3. Show all posts
Showing posts with label pt3. Show all posts

Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah

Laporan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Berikut dikongsikan Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang buat panduan semua pelajar. Diantara isi kandungan laporan yang perlu ada adalah tarikh, nama sekolah, tujuan diadakan, kronologi acara dan penyedia laporan.

karangan Hari Anugerah kecemerlangan Sekolah

Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

        Pada 23 April 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Majlis yang bermakna ini telah diadakan di Dewan Pendidikan. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini serta tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan contoh para pelajar cemerlang ini sebagai model. 

       Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada para guru. Guru-guru ini pula dibantu oleh beberapa orang pelajar. Urusan hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

       Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Halim bin Mohd Kadir. Selepas bacaan doa selesa, Pengetua dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menyampaikan ucapan. Seterusnya, tetamu kehormat, iaitu Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin bin Sharif menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis. 

       Seterusnya, acara penyampaian hadiah diadakan. Seramai 52 orang pelajar telah menerima pengiktirafan berdasarkan kepada kategori tertentu. Antaranya termasuk pelajar terbaik setiap kelas, pelajar terbaik bagi setiap tingkatan, pelajar terbaik dalam mata pelajaran tertentu, pelajar cemerlang kokurikulum, pelajar contoh, pelajar cemerlang PT3 dan pelajar cemerlang SPM. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan pentas seperti sketsa, nyanyian, nasyid dan sebagainya oleh para pelajar. Selepas itu, hadiran dipersilakan menikmati jamuan ringan.

      Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar. Tuan pengetua mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak jawatankuasa penganjuran majlis yang bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dangan lancar. Pengerusi jawatankuasa pula mengucapkan termia kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang.

Disediakan oleh,                                              27 April 2017

Mohd Aziz Bin Abdul Rahman
Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran,
Majlis Hari Anugerah Cemerlng,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

Contoh Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 


     Pada hari Sabtu, 12 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Senai, Johor telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis.

     Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. 

     Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengurusi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan pelajar untuk rajin belajar. Beliau juga prihatin terhadap pendikan anak-anak.

      Beberapa persembahan oleh murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik persembahan dikir barat oleh murid tahun 6, petikan gitar oleh murid tahun 6, adik Suria Md Ali dan persembahan deklamasi sajak oleh ketua murid, Saudari Firhad Bin Nordi. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

      Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.   

      Majlis ini berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Para jemputan dan tetamu di jemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada muri-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang. sumber

Disediakan oleh, 

________________________________

Imran Hakim Bin Salim
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Senai
Johor

Semoga perkongsian Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam membuat satu laporan yang terbaik.

Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS. Pelajar Tingkatan 3 yang telah menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2016 pada Oktober yang lalu pasti menanti dengan penuh debar keputusan result peperiksaan PT3 2016 mereka. Adalah dijangkakan yang semakan keputusan PT3 2016 akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2016. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 14 Disember 2015 (Isnin).

Apa pun sabarlah menanti dan menunggu pengumuman keputusan rasmi yang akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaui media masa dan juga di Portal Rasmi KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Keputusan PT3 2016

Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS

Berikut disertakan cara-cara membuat Semakan Keputusan PT3 2016 selepas pengumuman rasmi daripada KPM :-
  • Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2016 diumumkan : 19 Disember 2016 (ISNIN) 
  • Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2016 boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan 
  • Tiada semakan online dan SMS disediakan pada tahun 2016 dan calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda. Jika ada sebarang pertukaran untuk tahun 2016 ini akan dimaklumkan kemudian
Semoga pelajar PT3 2016 akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kali ini. Didoakan semoga pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

Permohonan Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2017 (Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka bermula 13 September 2016. Syarat dan panduan permohonan boleh dirujuk di bawah ini.  
Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017

Permohonan Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

Pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM secara online mulai 13 September sehingga 21 Oktober 2016.

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2017 Tingkatan 4 Online 

* Nota MAKLUMAN : Syarat dan permohonan akan dikemaskini selepas permohonan dibuka. Syarat dan link di bawah ini adalah panduan untuk tahun lepas 2016.
  • * Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan Empat 2016 - Klik MARA
  • * Maklumat Kemasukan :
[Iklan Permohonan] [Permohonan Semenanjung Ting.4] [Permohonan Kemasukan Sabah& Sarawak Ting.4] [Panduan Permohonan Ting.4]

  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 16 hingga 20 November 2015
  • Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
  • Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (Tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Nota 
  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2016 Tingkatan Satu (1) - Klik MARA Ting 1
  • Permohonan Kolej Vokasional Dan SM Teknik klik KV SMT 2016  
Kepada pelajar PT3 2016 yang berminat dan layak, jom buat Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online. Semoga anda berjaya menerima tawaran kemasukan nanti.

Langkah Mengatasi Masalah Jerebu

Langkah Mengatasi Masalah Jerebu. Berikut dikongsikan contoh karangan PT3 yang bertajuk Langkah Mengatasi Masalah Jerebu atau Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu. Semoga contoh karangan Bahasa Melayu (BM) yang disertakan ini dapat memberikan idea kepada pelajar dalam menghasilkan hasil karangan yang bermutu.

Langkah Menangani Masalah Jerebu

Langkah Menangani Masalah Jerebu

Pengenalan

Semua orang menginginkan keindahan alam semulajadi kerana ianya amat penting dalam kita menikmati kehidupan ini. Namun kebelakangan ini, masalah  jerebu mula melanda negara kita saban tahun. Senario ini mestilah kita tangani  kerana natijahnya amat buruk. Masyarakat terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan penyakit lelah dan pelbagai lagi.

Idea-idea Utama

Pembakaran secara terbuka antara faktor utama jerebu berlaku. Para petani membakar jerami-jerami padi setelah musim menuai berakhir. Kuantiti asap ini makin betambah dan menyeliputi ruang  angkasa.  Justeru, sistem yang lebih  praktikal  untuk  membuang  jerami padi ini mestilah disediakan. Antaranya,  mengitar  semula  jerami  padi yang ada untuk dibuat baja ataupun makanan haiwan ternakan. 

Pada  masa  yang  sama,  pihak  berkuasa  seperti  pihak  jabatan  alam  sekitar  perlu  peka terhadap  pembebasan  asap-asap  terutama  dari  kenderaan  berat  seperti  lori  dan  bas.  Operasi  demi operasi perlu dijalankan untuk menyaman pemandu yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka hanya memikirkan  keuntungan  semata-mata  tanpa  memikirkan kesan  asap  yang  dikeluarkan  secara berlebihan daripada kenderaan mereka. 


Denda dan hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap golongan yang mencemarkan alam sekitar. Senario ini untuk memberikan  pengajaran  kepada  masyarakat  supaya tidak  mencemarkan  keindahan  alam  semula  jadi.  Mereka  perlu  lebih  peka  dan  sayang  akan  alam sekitar  yang  ada.  Jerebu  contohnya,  menyebabkan  banyak  aktiviti  harian  kita  terjejas  dan  berlaku penutupan sekolah. 


Langkah yang terbaik boleh dilakukan dengan peranan pihak media-media  massa  di negara  kita. Penyiaran  rencana  mahupun  dokumentari tentang  penjagaan  mahupun  pemuliharaan alam sekitar perlu ditanam dalam sanubari mereka. Jika minda mereka telah tertanam sikap sayang akan  alam  sekitar,  mereka  pastinya  tidak  mudah  untuk  melakukan  sesuatu  aktiviti  seperti  yang menyebabkan jerebu terjadi.

Penutup

Konklusinya,  langkah  yang  efektif  perlu  dijalankan untuk  menangani  masalah  jerebu.  Saban  tahun rakyat di negara kita pasti dihidangkan dengan fenamena ini. Pada masa yang sama negara-negara jiran juga perlu melakukan  kaedah  yang  sama.  Jika  permuafakatan  berlaku,  bukan  sahaja  masalah
jerebu  dapat  diselesaikan  tetapi  pelbagai  masalah  yang  berkaitan  alam  semul  jadi  pasti  dapat ditangani. 

Kredit  : Andrewchoo

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Takrifan sistem pengangkutan boleh dihuraikan/ ditulis dalam beberapa ayat. Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan jalan air dan pengangkutan jalan udara.

maksud dan definasi Sistem Pengangkutan

Antara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Feri, kapal minyak dan bot layar untuk jalan air, manakala untuk jalan udara pula adalah kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian.

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Menurut Wikipedia, Pengangkutan adalah Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. 

Antara pembahagian yang biasa adalah :-
  1. Pengangkutan darat
  2. Pengangkutan laut
  3. Pengangkutan udara

Jenis pengangkutan juga dikira seperti berikut:-

  1. Pengangkutan manusia (Umum dan individu)
  2. Pengangkutan kargo

Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.

Maksud Pengangkutan Awam

Menurut Wikipedia, Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Terdapat tiga jenis Pengangkutan awam. Iaitu, Pengangutan awam darat, pengangkutan awam air dan Pengangutan awam udara.

Menurut PMR Penerangan, pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit).
Pengangkutan awam udara pula meliputi pengangkutan seperti kapal terbang dan helikopter.

Jenis-Jenis Pengangkutan Di Malaysia

Pengangkutan boleh dibahagiakan kepada pelbagai jenis pengangkutan. Jika dikaitkan dengan mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :-
  1. Pengangkutan darat
  2. Pengangkutan air
  3. Pengangkutan udara
  4. Pengangkutan Maritim
Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan.

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016? Berikut dikongsikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Berdasarkan kepada Jadual Waktu Peperiksaan PT3 tahun 2016, pelajar PR3 2016 perlu menyiapkan tugasan kerja kursus folio Geografi bermula dari 17 Julai hingga 29 Julai 2016. 

contoh Kerja Kursus Geografi PT3 2016 sistem pengangkutan

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. 
  • Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Kawasan Tempat Tinggal / Sekolah Anda

Panduan Dan Bahan Rujukan Kerja Kursus Geografi

  1. Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
  2. Masalah Pengangkutan Yang Dihadapi
  3. Contoh borang soal selidik
  4. Cadangan menambahbaik sistem pengangkutan 
  5. Contoh jawapan lengkap : Klik Miss Balqis

Contoh lengkap folio dan panduan dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 dari tahun 2013 hingga 2015 boleh dirujuk seperti berikut :-

Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3

Berikut adalah tajuk dan panduan dalam menyiapkan kerja kursus tahun-tahun lepas sebagai rujukan :-
  1. Tahun 2013 : Pengangkutan Awam  
  2. Tahun 2014 : Isu Pencemaran Udara
  3. Tahun 2015 : Kegiatan Ekonomi

Panduan lengkap Kerja Kursus Geografi PT3 2016 ini akan diupdate dari masa kesemasa.

Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah. Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 yang perlu disiapkan dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. 

cara buat Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh 1

Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

Contoh 2

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan–rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 3

Selepas saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia. Saya juga merasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka.

Contoh 4

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga kerana dapat hidup sejahtera dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa/ kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan perasaan dan semangat muhibbah atau semangat masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Via BS


Buat pelajar Tingkatan 3, selamat menyiapkan Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Semoga anda berjaya.

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar Belakang Bangunan/ Binaan di tempat bersejarah yang anda pilih merupakan salah satu isi kandungan yang diperlukan dalam esei laporan Sejarah PT3 2016 (Kerja Kursus). Berikut dikongsikan latar belakang beberapa lokasi terpilih bangunan/ binaan bersejarah secara ringkas sebagai panduan pelajar PT3 2016.

kerja kursus sejarah pt3 2016 Bangunan Bersejarah

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Isi Kandungan

  1. Latar belakang bangunan/ binaan
  2. Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  3. Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  5. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur sejarah. Setiap negeri mempunyai tempat bersejarah yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri. Sebagai contoh Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Melaka pada suatu dahulu adalah sebuah pelabuan yang maju dan moden. Melaka mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti bangunan A Famosa, Makam Hang Li Po, Makam Hang Jebat, Muzium Negeri dan Kota Melaka. 

Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Oleh itu, pemeliharaan bangunan bersejarah memang penting di Malaysia dan patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja. Cikgu Razak

Contoh Latar Belakang Bangunan/ Binaan Bersejarah

1. Bangunan A'Famosa, Melaka

Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota A’ Famosa bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis. Ianya juga dikenali sebagai “Fortaleza de Malaca” dan merupakan antara seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). 

Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de-Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Sumber

2. Bangunan Sultan Abdul Samad

Lokasi : Jalan Raja, Kuala Lumpur
Dibina pada tahun 1894-97
Akitek : A.C Norman
Asalnya Setiausaha Negeri Selangor. Bangunan ini menempatkan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Persekutuan, Pejabat Peguam Negara, Pejabat Akauntan Negara dan Pendaftar Perkahwinan.

Menjadi latar belakang bagi upacara penting seperti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan pertunjukkan Tahun Baru. 

Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. PNM

3. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

Juga dikenali sebagai "Istana Lama". Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah
berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut   senibina masyarakat Minangkabau.


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah  dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana
lama.


Istana ini setinggi empat  tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang  tukang Melayu  bernama Kahar dan  Taib.  Tukang Kahar telah dianugerahkan  gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. DocSlide

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.


Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Islam Grid

5. Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah)

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Malaysia.


Ini adalah sebahagian daripada Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar belakang bangunan/ binaan lain boleh didapati di wikipedia dan sumber lain.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. Pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) berbentuk Esei Laporan dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. 
Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 bangunan bersejarah

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 (Esei Laporan) :-
Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda, Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:-

  • a) Tajuk Kajian
  • b) Nama Penulis
  • c) Isi Kandungan
  • Latar belakang bangunan/ binaan. 
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan. 
  • d) Rumusan
  • e) Sumber rujukan

tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Tajuk Kajian 

  • Contoh : Bangunan Bersejarah Di Kota A'Famosa, Melaka

Nama Penulis 

  • Nama Pelajar (Nama anda)

1. Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu (Nama guru Sejarah anda) kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah.
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di temapt saya. Bangunan yang dipilih oleh saya adalah bangunan Kota A Famosa di Melaka

2. Isi Kandungan

Meliputi kandungan seperti perkara dan mukasurat seperti berikut :-
  1. Penghargaan
  2. Isi Kandungan
  3. Objektif kajian
  4. Kaedah kajian
  5. Hasil kajian : Pengenalan (Latar belakang bangunan/ binaan). Klik contoh latar belakang lokasi terpilih, Menerangkan struktur bangunan/ binaan, Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina, menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan dulu, dan mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
  6. Rumusan, lampiran dan bahan rujukan.

3. Objektif Kajian

Contoh :-
  • a) Kajian dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih dalam membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
  • b) Kajian dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia
  • c) Dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
  • d) Kajian juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara dan keperluan untuk memelihara bangunan bersejarah.

4. Kaedah Kajian

Antara contoh kaedah kajian adalah seperti berikut :-
  1. Melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melayari laman web seperti Wikipedia.
  2. Penyelidikan di Perpustakaan/ pusat sumber di sekolah.
  3. Sesi Temubual/ temuramah dengan penduduk tempatan
  4. Analisa Dokumen dengan membuat rujukan kepada buku-buku ilmiah dalam mengesahkan kesahihan fakta

5. Hasil Kajian

  • Pengenalan - Latar belakang bangunan/ binaan : Penerangan mengenai latar belakang bangunan yang dipilih seperti lokasi, tahun dibina dan siap, pereka dan sebagainya
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan : Jenis-jenis struktur yang terdapat di bangunan/ binaan, reka bentuk, pengaruh senibina, ketinggian,
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina : Senaraikan dan huraikan tujuan bangunan itu dibina. Contoh untuk kegunaan pejabat British, kubu pertahanan, memperingati peristiwa yang telah berlaku,
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan juga pada masa dahulu
Rujuk senarai bangunan/ binaan bersejarah di Malaysia
  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
Rujuk Langkah memelihara Bangunan/ Binaan bersejarah
  • d) Rumusan : Huraian kepentingan bangunan bersejarah kepada Malaysia. Contoh isi rumusan
  • e) Menyenaraikan sumber rujukan - buku/ internet/ akhbar/ majalah menurut turutan

Panduan cara membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Kredit Panduan Malaysia

Permohonan Kolej Vokasional ILKS Jun 2016 Online

Permohonan Kolej Vokasional Di ILKS Jun 2016 Online. Anda seorang murid lepasan Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2015 dan masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Untuk makluman yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, mereka yang berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS sesi pengambilan Jun 2016. 

Permohonan ILKS Jun 2016 Online

Permohonan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016

Permohonan Program Kolej Vokasional KPM untuk kemasukan ke ILKS akan dibuka secara online mulai 2 Mei hingga 12 Mei 2016. 
  • Applikasi Permohonan : SPTV

Syarat Permohonan 

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS tahun 2016:-

Syarat Umum

  1. Calon adalah seorang Warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan
  5. Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental, dan
  8. Calon berminat dengan program yang dipohon
  9. Klik SYARAT untuk maklumat lanjut

Syarat Khusus

  1. Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
  2. Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-

SELANGOR

1. Enter Corridor Training Centre, Wisma Enter Coridor, No.30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor. 
  • Tel : 03-33449830    
  • Teknologi Mekatronk (Robotik)
2. Septronic Skills Training Centre, CH - 6, Apt. Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor
  • 03-60215993 
  • Collision Repair Reengineering Technician
3. KRU Academy Sdn. Bhd, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8 Cyberjaya 63000 Selangor    
  • 03-8319 3888     
  • Kesan Khas Visual & Animasi 2D

SARAWAK

1. PPKS Ilmu Sdn. Bhd.Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
  • 082-364198    
  • Penjanaan Kuasa Elektrik
2. JT Akademi Sdn. Bhd.No.51, Lot 918, Section 54, KTLD Peace Road, 93450 Kuching, Sarawak 
  • 082-370078    
  • Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology

KELANTAN

Akademi APFT Maintenance Training. Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
  • 09-7798801 
  • Aviation (Ground Handling - Ramp Services)

TERENGGANU

Ranaco Marine Sdn. Bhd. Lot 4538, Kawasan Perindustrian Jakar II Kemaman Terengganu 24000    
  • 09-8593800    
  • Pengajian Nautikal, Teknologi Marin dan Kejuruteraan Kapal

Cara Hubungi

Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya. Untuk soalan lazim mengenai permohonan, sila rujuk FAQ permohonan.

Sumber

Kemerdekaan Negara Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Kemerdekaan Negara Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5. Berikut dikongsikan Nota Sejarah PT3 Tingkatan 3 Bab 5 bertajuk Kemerdekaan Negara. Untuk nota sejarah yang lain sila klik Idea Berita Nota Sejarah.

BAB 5    :   KEMERDEKAAN NEGARA

(1)   Rombongan Merdeka

a)    Usaha Mendapatkan Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5
1.       Dilakukan oleh Parti Perikatan.
2.       Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja Melayu dan British
3.       Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
4.       Rombongan Merdeka dibentuk
5.       Terdiri wakil raja Melayu & 4 wakil Parti Perikatan.

Wakil Parti Perikatan

Ø   Tunku Abdul Rahman (ketua)
Ø   Tun Dr. Ismail
Ø   Tun H.S. Lee
Ø   Tun Abdul Razak Hussein
         Wakil raja-raja Melayu
       -  Dato’ Panglima Bukit Gantang
       -  Abdul Aziz Othman
       -  Dato’ Mohd Seth
       -   Dato’ Nik Ahmed Kamil

b)   Perjanjian London
1.   Rundingan di London
2.   Dipengerusikan - Lord Lennox-Boyd
3.   Perjanjian London ditandatangani

Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di TM
Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di  Tanah Melayu.
Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan.

c)   Kembalinya Rombongan
1.     Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
2.     Disambut di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
3.     Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman

(2) Suruhanjaya Reid
1.   dibentuk Mac 1956
2.   Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
3.   Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
4.  Ahli Suruhanjaya Reid yang lain;
i.        Sir Ivor Jennings (England)
ii.       Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
iii.      Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
iv.      Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

5.   Tugas Suruhanjaya Reid
    Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
    Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
    Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
    Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.

6.   menerima memorandum daripada pelbagai pihak termasuklah raja-raja Melayu.

7.  S/jaya Reid  keluarkan draf untuk dibahaskan

8. Beberapa cadangan asal dipinda

9.     Perkara dipersetujui

    Sebuah negara persekutuan dibentuk
    Pembahagian kuasa pusat dan negeri.
    Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
    Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
    Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 
    bahasa Cina dan Tamil - bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
    Agama Islam agama rasmi Persekutuan.  
    Agama lain boleh terus diamalkan.

10.  Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.

11. Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan.

12.  Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.

13.  Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

14.  15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian Merdeka diadakan ant raja Melayu - British di KL

(3)    Perlembagaan Merdeka
1.    Fasal penting
i.    Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
ii.    Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii.    Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv.    Perdana Menteri - ketua pentadbiran negara
v.    Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi.    Agama Islam - agama rasmi
vii.    Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan.
viii.    Kerakyatan terbuka 
ix.    Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu  diberi pertimbangan.
x.    Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
2.    Kepentingan perlembagaan merdeka
       i.  hak mutlak kpd penduduk utk terajui negara
      ii. Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.

(4)    Pemasyhuran Kemerdekaan
a)    Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
1.    pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
2.    Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
3.    31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4.    Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
5.    Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
6.    Tunku melaungkan MERDEKA!  - tujuh kali.
b)    Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
1.    Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
2.    kandungannya:
i.    PM - negara merdeka dan berdaulat.
ii.    Raja Melayu dan Ratu England tandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
iii.    Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
iv.    Perlembagaan berkuat kuasa - 31  Ogos 1957.
v.    PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
vi.         PTM -  negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.


Semoga Kemerdekaan Negara Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 ini dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan PT3 yang akan berlangsung nanti.