Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanapun tidak boleh disemak di sistem SAPS.


SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi pencapaian akademik anak masing-masing. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) dan direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
SAPS Semakan ibu bapa
 Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Nota Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

SUMBER - Panduan Malaysia


Semoga perkhidmatan Semakan SAP online ini dapat membantu ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Semakan Keputusan PSPM Online Peperiksaan Semester Matrikulasi

Semak Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi PSPM 2016/ 2017 Online Dan SMS. Buat pelajar Matrikulasi KPM, semakan keputusan peperiksaan PSPM kini boleh disemak secara online seperti ketetapan di bawah ini. Semakan keputusan peperiksaan semester boleh disemak secara online dan SMS.

Semakan Keputusan PSPM 2017

Semakan Keputusan PSPM 2016/ 2017 Online


Berikut adalah keputusan peperiksaan Matrikulasi yang boleh disemak pada 28 Disember 2016. Maklumat semakan ini dikongsikan dari Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak :-

 

1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM II Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi  

 

2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi  

 

3. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi  

* Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

 

Cara Buat Semakan PSPM Online Dan SMS

a) Semakan Online Melalui Laman Web

b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Taipkan MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
  • Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

c) Panggilan Telefon

  • i. Kolej masing-masing.
  • ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844021

Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan ini. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA melalui Permohonan UPU 2017 online.

Semakan BR1M 2017 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan. Pasti ramai yang ingin mengetahui adalah mereka layak menerima BRIM 2017. Status Permohonan BR1M kini boleh disemak dengan mudah secara online di laman web Bantuan Rakyat 1Malaysia (e-BR1M). Berikut dikongsikan cara membuat semakan status BR1M 2017. Tarikh pembayaran boleh dirujuk di Jadual Pembayaran. Buat mereka yang gagal, permohonan rayuan akan dibuka pada masa yang akan diumumkan kelak.

status BR1M 2017

Semakan BR1M 2017 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan keputusan Permohonan BR1M 2017 boleh disemak menggunakan Kad Pengenalan MyKad (12 Digit) sahaja.Klik eBR1M untuk menyemak status
Isikan No KP. Contoh: 860424035123 dan hantar
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online. Sumber :-

Semakan Status Permohonan BR1M Online

  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Lain-Lain Kaedah Semakan BR1M 2017

Selain semakan secara online, semakan status BR1M juga boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

2. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Tahniah kepada yang berjaya.
Semoga pemohon dapat menggunakan bantuan yang diterima dengan berhemah.

Semakan Keputusan KKTM IKM MJII Julai 2017 Online

Semakan Keputusan KKTM, IKM Dan MJII Sesi Julai 2017 Online. Perhatian kepada pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA), IKM (Institut Kemahiran MARA) dan MJII sesi Julai 2017. Menurut makluman Facebook KKTM, IKM dan MJII, tarikh semakan keputusan KKTM IKM MJII sesi Julai 2017 adalah pada 25 Mei sehingga hingga 7 Jun 2017. 

Semakan KKTM IKM MJII Julai 2017 Online

Cara Semakan Keputusan KKTM IKM MJII Julai 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM Dan IKM sesi Julai 2017. Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Laman Web Rasmi MARA untuk mendapatkan makluman terkini atau perubahan dalam semakan. 


Cara Memohon Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII

Kepada mereka yang berminat untuk memohon kemasukan sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas cara membuat permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-Kemahiran. 

Permohonan kemasukan adalah di buka dua (2) kali dalam setahun iaitu pada SESI JANUARI dan SESI JULAI. Permohonan kemasukan perlu dibuat secara ONLINE 
  • Kemasukan sesi JANUARI adalah melalui www.ekemahiran.edu.my. Ianya adalah percuma 
  • Kemasukan sesi JULAI adalah melalui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percumaㅤ 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut :- 

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077 
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027 
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288 
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612 
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook eKemahiran.

Diucapkan tahniah buat pemohon yang berjaya ditawarkan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII sesi Julai 2017. Semoga anda berjaya dengan jayanya dalam pengajian ini nanti.

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Online

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Online. Dipetik dari makluman rasmi Portal KPM,semakan nama yang berjaya untuk ditemu duga untuk Program Perguruan PISMP 2017 (IPG)telah dipinda tarikh. Tarikh baru semakan secara online adalah mulai 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak dokumen berkaitan melalui Applikasi Semakan IPG 2017. 

Semasa Temu Duga, pemohon dikehendaki membawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum. Temuduga.

Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan

semakan panggilan temuduga ipg 2017

Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian

  • 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam

Tarikh Temuduga

  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPG Jun 2017

Link Applikasi Semakan IPG 2017

Tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga IPG, Anda selangkah agi sebelum ditawarkan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru.

Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan MUET November 2015 Online Dan SMS. Makluman kepada calon ujian Malaysian University English Test (MUET) yang telah menduduki peperiksaan MUET Sesi November 2016. Semakan keputusan peperiksaan MUET November 2016 online dan SMS boleh disemak secara online dan SMS bermula jam 1000 pagi, 5 Januari 2017 (Khamis).

Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS

Bagi mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET tahun 2017, anda boleh merujuk Kalendar Peperiksaan MUET 2017 untuk mengetahui tarikh penting pendaftaran.

Berikut disertakan cara-cara membuat Semakan Keputusan MUET November 2016 Online Dan SMS. Semakan keputusan MUET boleh disemak selepas pengumuman tarikh rasmi oleh Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bahagian pengumuman.:-

Tarikh Semakan

  • 5 Januari 2017 (Khamis) bermula 1000 pagi

Semakan Melalui SMS 

  • Semak melalui SMS mulai 10:00 pagi, pada tarikh keputusan diumumkan
  • Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

semakan sms keputusan muet november 2016

Semakan Online

  • Secara On-Line boleh disemak di www.mpm.edu.my bermula jam 10:00 pagi, pada tarikh keputusan rasmi diumumkan
Semoga calon peperiksaan MUET berjaya dengan cemerlang. Bagi merek ayang inginkan keputusan yang lebih cemerlang, bolehlah beli panduan ebook Panduan Lulus Cemerlang MUET di MUET.

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS. Kini tarikh rasmi keputusan SPM 2016 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perhatian dan panduan buat calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 yang ingin membuat semakan keputusan SPM 2016. Tarikh rasmi keputusan SPM 2016 diumumkan adalah pada hari Khamis, 16 Mac 2017 menerusi kenyataan media rasmi KPM. Result SPM yang cemerlang akan membolehkan pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UA melalui UPU dimana tarikh tutup adalah pada 31 Mac 2017.

Keputusan SPM 2016 tarikh rasmi

Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Untuk makluman pelajar, ringkasan keputusan peperiksaan pelajar boleh disemak secara online dan melalui SMS. Keputusan penuh atau slip keputusan peperiksaan boleh didapati di sekolah masing-masing selepas jam 1000 pagi pada tarikh keputusan rasmi diumumkan (Khamis : 16 Mac 2017). Buat calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda mendaftar peperiksaan dulu.

Berikut adalah kenyataan media rasmi KPM mengenai tarikh rasmi keputusan SPM 2016 :-

tarikh rasmi Keputusan SPM 2016 diumumkan

Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online Dan SMS

Semakan online keputusan SPM 2016 boleh disemak secara online melalui appliaksi semakan di bawah ini bermula 1000 pagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

1. Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online

Applikasi Semakan Keputusan SPM 2016 - Klik LPM/ SPPAT

2. Kaedah SMS

Semakan boleh di buat melalui kaedah berikut :-
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semoga anda semua mendapat result yang terbaik untuk meneruskan pengajian tinggi di UA/ IPTA atau IPTS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2016.

PLKN 2017 Semakan Online Dan SMS

Semakan PLKN 2017 Online Dan SMS Senarai Penempatan Pelatih. Bagaimana hendak membuat semakan penempatan pelatih PLKN 2017? Berikut dikongsikan cara mudah membuat semakan melalui kaedah online dan SMS.   Semakan bagi penempatan pelatih PLKN 2017 boleh dibuat di link di bawah ini.

semakan plkn 2017 penempatan pelatih

Semakan PLKN 2017 Online

Kaedah Semakan SMS

  • SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH
Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2017, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
http://www.khidmatnegara.gov.my/

Pemilihan Pelatih PLKN 2017 (2.0)

Dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Kriteria Pemilihan

  1. Pencalonan terbahagi kepada 2 jenis iaitu permohonan sukarela melalui sekolah dan pencalonan guru-guru. 
  2. Pencalonan adalah daripada murid Tingkatan 5 yang berminat untuk ke fasa 2 iaitu menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran
  3. Calon mestilah Warganegara Malaysia
  4. Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
  5. Pencalonan adalah bagi tahun 1999 dan permohonan sukarela terbuka bagi tahun kelaiharan 1997 dan 1998

Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada calon sukarela dan berminat ke Fasa 2. Walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut.

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA. Berikut adalah info penting mengenai Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018. Permohonan kemasukan juga di buka ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017. Tarikh permohonan di buka akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari UPU.

  • Tarikh Permohonan UPU Di Buka pada tahun 2017 adalah dari 6 Februari hingga 6 April 2017 jam 500 petang
permohonan upu 2017 online
 

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sistem Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2017/ 2018 Online akan dibuka dan PIN Unik ID BSN akan mula di jual pada tarikh seperti berikut :-
  • Tarikh Buka Permohonan : 6 Februari 2017 (Bermula 1200 tengahari)
  • Tarikh Tutup : Jualan PIN UPU ditutup pada 4 April 2017
  • Tarikh tutup permohonan UPU pada 6 April 2017 (jam 500 petang)

Cara Memohon Kemasukan IPTA menerusi UPU

Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-


Cara Membuat Permohonan Menerusi UPU
LANGKAHPERKARA
LANGKAH PERTAMABeli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh 6 Februari hingga 4 April 2017.Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN
Semak syarat kelayakan minimum dan khas kursus di Sistem e-MAS
Kategori AUntuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64 termasuk GST
Kategori BUntuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64
LANGKAH 2Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:http://upu.mohe.gov.my/web/ 
Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.Tarikh tutup permohonan : 5 April 2017


Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

Syarat-Syarat Am

PROGRAMSYARAT AM
A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 1. Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja
2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.
3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang    dinyatakan    dalam    SYARAT    KHAS PROGRAM   e-Panduan Permohonan  Kemasukan  ke  UA  dan Politeknik  Premier  bagi  Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
4. Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM,
Asasi UNIMAS dan Asasi UMS
5. Program   pengajian  Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma  UPSI,  UTHM,  UMT,  UTeM,  UMP,  UniMAP,  UniSZA  dan Politeknik Premier  terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
B. Program Lepasan STPM/Setaraf1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
3. Pemohon  mestilah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
dengan mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu  dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  mulai  tahun  2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan
4. STPM : Lulus STPM dengan mendapat  sekurang-kurangnya PNGK  2.00 dengan  Gred  C  dalam  3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau
8. STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau
9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
11. Mendapat  sekurang-kurangnya  Tahap  1  (Band  1) dalam  Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. 

 

Kategori Permohonan

Kategori permohonan untuk semua pemohon adalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

Kategori Permohonan Ikut Kelayakan

Kategori PermohonanJENIS
Pemohon lepasan SPM/Setaraf1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja. 
2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2014.
3. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
4. Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2016
SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
Pemohon lepasan STPM/SetarafKategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2016
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2016.
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTMKategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi BMKPM.
Lepasan Diploma/Setaraf Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2013 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2012 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Lepasan STAMKategori T - Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2016 sahaja.
Terbuka kepada Warganegara Malaysia  dan  Penduduk  Tetap  yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja
Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Pilihan Program UPU Online

pilihan program upu online

Cara Hubungi UPU Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
* Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
Sumber