Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Keburukan Dan Kesan Pengambilan Makanan Ringan

Kesan Pengambilan Makanan Ringan. Berikut dikongsikan contoh karangan keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan kesan pengambilannya. Umum sedia maklum yang makanan ringan sangat sedap dimakan dan ianya mudah didapati di pasar raya dan kedai-kedai runcit. Antara makanan ringan   yang digemari oleh kanak-kanak ialah keropok, coklat, gula-gula, aiskrim dan sebagainya. Namun begitu, makanan ringan mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikan kepada kanak-kanak.

Keburukan Makanan Ringan

Keburukan Makanan Ringan

Di antara keburukan utama makanan ringan kepada kanak-kanak ialah makanan ringan boleh merosakkan gigi. Ini kerana makanan ringan mengandungi gula, bahan pemanis dan bahan perasa yang banyak dan berlebihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika kanak-kanak tidak mengamalkan kebersihan gigi yang sepatutnya.

Selain itu, makanan ringan juga boleh menyebabkan pembaziran wang. Kanak-kanak tidak lagi mahu menabung kerana sering menggunakan wang   belanja untuk membeli makanan ringan.


Sepatutnya, wang belanja yang berlebihan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Di samping itu, kesihatan kanak-kanak boleh terjejas jika   mengambil makanan ringan secara berlebihan. Ini kerana makanan ringan   mengandungi lemak, garam, gula dan bahan pengawet yang tinggi. SUMBER

Bahaya Makanan Ringan (Junk Food)

Makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ianya mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah Al-Baqarah ayat 172).


Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan…” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah).

Kesan Pengambilan Makanan Ringan

Kek Makanan ringan sedap tetapi memudaratkan dan kuih-muih pula mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak. Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan.

Makanan Ringan Dan Darah Tinggi

Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi apabila ia diambil selalu. Pengkaji-pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 pelajar sekolah dan mendapati lapan daripada sepuluh pelajar-pelajar itu mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan. 

Ujian makmal menunjukkan, satu pertiga daripada mereka mengandungi kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi. Kajian ini jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat.

Makanan Ringan Dan Asma

Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya kes asma meningkat disebabkan makanan ringan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun.

Makanan Ringan Dan Sakit Jantung

Makanan ringan berbahaya kepada jantung. CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan Penyakit jantung dikaitkan juga dengan makanan ringan risiko remaja menghidap sakit jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California.

Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otak otak
memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.


Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia.

Makanan Ringan Dan Buta

Mereka yang banyak mengambil makanan ringan yang tinggi kadar lemaknya, menghadapi risiko yang tinggi menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Penyakit ini yang dikenali sebagai macular degeneration sering menyerang perokok-perokok namun sekarang ia juga menyerang peminat-peminat makanan ringan.

Penemuan ini yang dimuatkan di dalam Archives of Ophthalmology, dilaporkan oleh pakar-pakar sains dari Massachusetts Eye And Ear Infirmary di Amerika, selepas melakukan kajian ke atas 349 orang pesakit Makanan ringan meningkatkan risiko menajadi butayang berumur di antara 55 hingga 80 tahun. Semua ini mengesahkan tentang bahaya makanan ringan yang popular di kalangan masyarakat moden pada hari, justeru pengambilannya perlu dikawal sebelum kemudaratan yang lebih teruk menimpa ke atas diri kita.


Tambahan daripada itu, kajian oleh para saintis dari Universiti Oxford, England, mendapati pengambilan makanan ringan juga meningkatkan peratus keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini begitu ketara dalam masa 50 tahun ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan khasiat-khasiat tertentu, terutamanya omega-3, Peratus keganasan meningkat kesan makanan ringan jika seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 membantu di sudut pengawalan emosi seseorang. SUMBER



Kesimpulannya, makanan ringan lebih banyak memberikan keburukan kepada kanak-kanak. Oleh itu pengambilan perlu dikawal untuk mengelakkan kemudaratan.

Jadual Suntikan Bayi Terkini

Jadual Imunisasi Bayi Yang Disarankan Oleh KKM. Berikut dikongsikan jadual suntikan bayi terkini 2016 KKM yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. Jadual imunisasi 2016 terbaru ini dikongsikan dari Portal Rasmi KKM.

Jadual Imunisasi Bayi Baru KKM 2016

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan KKM telah mengeluarkan jadual immunisasi baru bermula 2016.

Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan. 
Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberi pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. 
Jadual Suntikan Bayi Terkini 2016 kkm

Jadual Imunisasi Bayi Yang Disarankan Oleh KKM Sebelum Ini

Jadual imunisasi Bayi KKM Terkini

Jadual Imunisasi KKM

 Nota:
  1. "Jika tiada Parut" bagi pelalian BCG bermaksud BCG hanya perlu diberi kepada murid sekolan Tahun 1 sekiranya tiada parut BCG.
  2. Vaksin yang digunakan di kemudahan kesihatan Kerajaan:
  3. Bacillus Calmette–Guérin (BCG)
  4. DTaP-IPV/Hib adalah kombinasi difteria(D), tetanus(T), accelullar pertussis(aP), inactivated polio vaccine(IPV), dan Haemophilus influenza type b(Hib)
  5. MMR adalah kombinasi Measles(M), Mumps(M) dan Rubella(R)
  6. Pemberian vaksin Measles tambahan 1 dos di Sabah pada umur 6 bulan menggunakan vaksin measles monovalent
  7. Booster polio pada umur 7 tahun menggunakan vaksin oral polio (OPV)
  8. Vaksin human papillomavirus (HPV) diberikan sebanyak tiga dos pada jadual 0, 1 dan 6 bulan.

Imunisasi bagi kanak-kanak yang lewat ke klinik untuk lawatan pertama (tidak pernah diberi imunisasi)
Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik. Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik boleh dirujuk di KKM.



Oleh itu secara amnya Imunisasi sangat penting. Ianya bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.
Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti 
  • 1) campak
  • 2) tibi
  • 3) batuk kokol
  • 4) difteria
  • 5) tetanus 
  • 6) polio
Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. 

Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu سد الذريعة . Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

SUMBER : KKM, Panduan Malaysia, FB

Tanda Dan Gejala Diabetes Penyakit Kencing Manis

Tanda-Tanda Awal Dan Gejala Diabetes (Penyakit Kencing Manis). Berikut dikongsikan dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia, informasi penting berkenaan dengan penyakit kencing manis, antara pembunuh No. 1 di Malaysia.
Namun tidak semua tanda dan gejala yang dinyatakan di bawah ini akan dialami oleh pesakit Diabetes.
 
Diantara tanda-tanda awal penyakit kencing manis adalah seperti berikut :-
  1. Kerap membuang air kecil (Polyuria)
  2. Kerap Dahaga (Polydipsia)
  3. Kerap lapar (Polyphagia)
  4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria)
  5. Berat badan turun mendadak
  6. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  7. Penglihatan kabur
  8. Rasa kebas pada hujung saraf tapak di telapak tangan dan kaki 
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit

Tanda awal Diabetes Penyakit Kencing Manis
Semoga senarai Tanda-Tanda Dan Gejala Diabetes Penyakit Kencing Manis ini dapat membantu anda mengesan penyakit ini dari peringkat awal.


Punca Dan Cara Mencegah Keracunan Makanan

Punca Utama Terjadi Keracunan Makanan. Keracunan makanan terjadi akibat daripada memakan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus, organisma-organisma lain, bahan kimia, haiwan-haiwan yang beracun seperti ikan buntal atau juga tumbuh-tumbuhan beracun seperti cendawan beracun dan sebagainya.

Tanda-Tanda Keracunan Makanan

Tanda-tanda dan gejala keracunan makanan biasanya adalah seperti berikut:
  1.     Muntah
  2.     Cirit-birit
  3.     Mual atau loya
  4.     Sakit perut
  5.     Ada kalanya pesakit juga boleh demam
Keracunan Makanan
Bayi, warga tua dan mereka yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit yang rendah seperti pesakit-pesakit kronik mudah mendapat keracunan makanan. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan sakit yang teruk dan ada kalanya pesakit memerlukan rawatan di wad. Seseorang yang dijangkiti akan mendapat tanda dan gejala antara beberapa jam sehinggalah 72 jam dari masa mereka mengambil makanan atau minuman yang tercemar itu. Mangsa juga boleh jatuh sakit dari beberapa jam hinggalah tujuh hari.

Cara Mencegah Keracunan Makanan

Untuk mencegah keracunan makanan kita haruslah:
  • Makan di premis makanan yang bersih dan diiktiraf melalui sistem penggredan. Kalau gerai itu gred A, gred B dan C, pilihlah untuk makan di gerai gred A.
  • Elakkan makan di gerai-gerai tepi jalan, penjaja atau premis makanan yang kotor.
  • Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
  • Berhati-hati apabila memakan makanan yang separuh masak terutama sekali makanan laut .
  • Minum minuman yang diambil dari sumber yang bersih seperti air yang telah dimasak, air di dalam botol, air mineral dan sebagainya.

Punca Terjadi Keracunan Makanan

  1. Terdapat tiga sebab utama kenapa makanan atau minuman itu tercemar. Pertama sekali, pengendali makanan itu sendiri tidak mengamalkan kebersihan termasuk kebersihan diri, kebersihan peralatan untuk mengambil makanan dan juga kebersihan makanan itu sendiri. 
  2. Yang kedua makanan yang tidak dimasak sempurna ataupun tidak sempurna khususnya makanan laut, makanan-makanan yang berasaskan haiwan seperti telur, daging, ayam, susu dan hasil tenusu. 
  3. Yang ketiga, penyimpanan makanan, bakteria boleh membiak dengan cepat dalam suhu bilik. Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan pertambahan bakteria dengan cepat. Mana kala makanan yang panas mesti disimpan pada suhu yang tetap dan tidak boleh kurang daripada 60 darjah Celsius. Makanan yang sejuk boleh dimakan terus, mestilah disimpan pada suhu di bawah 4 darjah Celsius.
Keracunan makanan, anda boleh mencegahnya.

Info Sihat

Semak Status Terkini IPU Indek Pencemaran Udara/ Jerebu Malaysia

Semak Status Terkini IPU Indek Pencemaran Udara/ Jerebu Malaysia. Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan Status Kualiti Udara di Malaysia secara online. Informasi berkenaan kualiti udara ini sangat penting ketika negara kini di landa jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang didapati secara online serba sedikit dapat membantu dalam menjalankan kehidupan seharian.

Secara amnya, anda boleh membuat semakan IPU di LINK SEMAKAN 
  1. http://www.doe.gov.my  
  2. http://aqicn.org/city/all/#Malaysia
  3. merujuk kepada peta di bawah ini (Tunggu sehingga peta berfungsi)
Sebagai panduan, berikut adalah status kualiti udara berdasarkan bacaan IPU :-
  • 1) 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 
  • 2) 51 hingga 10 (sederhana), 
  • 3) 101 hingga 200 (tidak sihat), 
  • 4) 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 
  • 5) 300 ke atas (berbahaya)
semak status ipu jerebu

DOA KETIKA CUACA BURUK ( JEREBU )
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.
Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya
Sumber FB Jab Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Kesan Pencemaran Udara Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia

Kesan Pencemaran Udara Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia. Berikut disertakan beberapa kesan pencemaran udara terhadap kehidupan manusia, pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.


1. KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan simptom mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.


Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Contoh bahan tersebut ialah gas ozon, ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.
Pencemaran Udara
Manakala habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ini menunjukkan, ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.


2. TUMBUHAN
Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

3. HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan akan menyebabkan haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

4. BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus. Selain itu, hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

5. PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kanser kulit. Selain itu, pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

6. HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid. Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.

Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Akibat daripada itu, ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu, ia boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

7. KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir akan berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

8. ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu. Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
VIA Pencemaran

Contoh Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Contoh Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah. Mempraktikkan makanan seimbang seperti yang ditunjukkan dalam piramid makanan akan memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam piramid makanan atau makanan yang tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan berlakunya penambahan berat badan malah merupakan satu tanda awal rangsangan kepada permulaan pelbagai penyakit. Tidak terkecuali kanak-kanak yang memerlukan makanan seimbang untuk membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar.

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. 
Contoh Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:-

Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)
1. Sandwic sihat
  • Sandwic adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan.
  • Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat.
  • Lapiskan sandwic dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayones.
  • Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.
2. Nasi atau mi goreng
Selain daripada sandwic, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mi/ mihun/ pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak.
Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.
Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

3. Buah dan sayur
Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

4. Susu
Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

5. Snek berkhasiat untuk masa rehat
Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwic atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

6. Air kosong
Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah.
Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.
Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mi goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

SUMBER

Botak Dan Rambut Gugur Di Usia Muda Dan Cara Mengatasi

Botak Dan Rambut Gugur Di Usia Muda Dan Cara Mengatasi. Botak dan usia meningkat tua tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda. Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius. Masalah rambut gugur sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Percaya atau tidak, lebih 10 juta penduduk dunia mengalami masalah keguguran rambut. Sebab itu rawatan masalah botak menjadi umpama industri yang berkembang pesat.

rambut botak
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.

Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.

Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.

Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.

Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.

Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur. Utusan Online.


Cara Mengatasi Botak Atau Rambut Gugur Menggunakan Teknologi
Selain pusat rawatan dan lambakan produk untuk rambut sihat, teknologi turut menawarkan kaedah terkini bagi mengatasi masalah keguguran rambut. Apatah lagi perkembangan rawatan menggunakan laser yang begitu pesat tidak mengetepikan ciptaan untuk merangsang pertumbuhan rambut di kalangan individu bermasalah.

iGrow antara teknologi laser terkini yang hampir setahun berada di pasaran dan mendapat sambutan orang ramai yang mahukan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Menggunakan terapi cahaya tahap rendah (LLLT), teknologi dari Amerika Syarikat (AS) itu terbukti berupaya merangsang pertumbuhan rambut sekali gus mengatasi masalah botak.

Menariknya tentang peralatan seakan topi keledar itu adalah ia mudah digunakan serta boleh dibawa ke mana-mana. Ini bermakna anda tidak perlu mengunjungi salon rambut untuk menjalani rawatan sebaliknya dengan iGrow, rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Hanya dengan pasangkan iGrow di kepala, hidupkan suis, LLLT kemerahan akan melakukan kerja-kerja merawat kulit kepala. Dengan gelombang sekitar 655 ke 670 nanometer, kaji selidik mendapati aktiviti selular di dalam folikel meningkat.

Terapi LLL menyebabkan sel-sel dalam folikel aktif dan saling merangsang untuk membolehkan rambut tumbuh seperti biasa.

Menarik tentang iGrow, rawatan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini. Tiga sesi rawatan seminggu (selang sehari) selama tiga bulan menjanjikan masalah keguguran rambut tidak lagi menghantui anda. Bagi mereka yang tidak bermasalah, iGrow boleh digunakan seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala, folikel rambut sihat.

Harga di pasaran antara RM2,500 dan RM3,000. Dibandingkan dengan rawatan di salon, tentunya iGrow lebih memuaskan kerana jangka hayatnya yang lama selain boleh digunakan seisi keluarga. Untuk keterangan lanjut hubungi Timeless di 03-78808486 dan 017-2661868 atau kunjungi klinik-klinik estetik. iGrow dibawa oleh NeoAsia (M) Sdn. Bhd.