Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Hari Kelepasan Am Johor 2017 Tarikh Cuti

Hari Kelepasan Am Dan Tarikh Cuti Umum Johor 2017. Negeri Johor Darul Takzim adalah salah sebuh negeri di Malaysia di mana cuti hujung minggu jatuh pada Hari Jumaat dan Sabtu. Pelaksanaan cuti Jumaat dan Sabtu di Johor telah mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2015. Selain Johor, negeri lain yang bercuti Jumaat dan Sabtu adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

jadual cuti umum Johor 2017
  • Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2017 di Malaysia sila rujuk di Panduan Malaysia.

Hari Kelepasan Am Johor 2017 Tarikh Cuti

Berikut adalah tarikh cuti hari kelepasan am Negeri Johor 2017 buat panduan semua rakyat Johor dalam merancang aktiviti seharian berkeluarga dan juga untuk merancang percutian.

Jadual Cuti Umum Johor 2017


Tarikh Hari
Tahun Baru Cina28 & 29 JanuariSabtu & Ahad
Hari Thaipusam **9 Februari Khamis
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor **23 MacKhamis
Hari Pekerja1 MeiIsnin
Hari Wesak10 MeiRabu
Awal Ramadhan *27 MeiSabtu
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong3 JunSabtu
Hari Raya Puasa *25 & 26 JunAhad & Isnin
Hari Kebangsaan31 OgosKhamis
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1438H *1 SeptemberJumaat
Hari Malaysia16 SeptemberSabtu
Awal Muharram (Maal Hijrah) 1439H21 SeptemberKhamis
Hari Deepavali *18 OktoberRabu
Hol Almarhum Sultan Iskandar **26 OktoberKhamis
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)1 DisemberJumaat
Hari Krismas25 DisemberIsnin
  1. * Tarikh tertakluk kepada perubahan
  2. ** Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  3. *** Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
Sumber

Semoga tarikh hari kelepasan am Negeri Johor tahun 2017 ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam merancang sebarang aktiviti anda pada tahun ini.

Jadual Perlawanan JDT 2017 Liga Super Malaysia

Jadual Perlawanan JDT Liga Super 2017. Juara bertahan Liga Super, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mempertahankan mahkota Liga Super 2017 bermula Januari 2017 nanti. Berikut adalah jadual perlawanan melibatkan pasukan JDT sebanyak 22 perlawanan. Walaupun JDT mempunyai skuad pemain yang besar, kepadatan jadual boleh menyebabkan pemain kepenatan yang boleh menyebabkan pemain tidak dapat beraksi dengan baik.

Jadual JDT 2017 Liga Super

Jadual Perlawanan JDT 2017 Liga Super Malaysia

Berikut pula adalah jadual perlawanan JDT untuk aksi bolasepak Liga Super 2017 Malaysia.

PUSINGAN PERTAMA

  1. 20 Januari : JDT VS KEDAH (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  2. 27 Januari : JDT VS FELDA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  3. 4 Februari : KELANTAN VS JDT (Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)
  4. 11 Februari : JDT VS SELANGOR (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  5. 18 Februari : PERAK VS JDT (Stadium Perak, Ipoh)
  6. 25 Februari : JDT VS T-TEAM (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  7. 28 Februari : SARAWAK VS JDT (Stadium Negeri Kuching)
  8. 3 Mac : JDT VS PAHANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  9. 18 Mac : PULAU PINANG VS JDT (Stadium Bandaraya Penang)
  10. 9 April : JDT VS MELAKA UNITED (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  11. 15 April : PKNS FC VS JDT (Stadium Shah Alam)

PUSINGAN KEDUA

  1. 26 April : JDT VS PKNS FC (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  2. 6 Mei : MELAKA UNITED VS JDT (Stadium Hang Jebat)
  3. 1 Julai : JDT VS PULAU PINANG (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  4. 11 Julai : PAHANG VS JDT (Stadium Darul Makmur)
  5. 15 Julai : JDT VS SARAWAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  6. 22 Julai : T-TEAM VS JDT (Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu)
  7. 26 Julai : JDT VS PERAK (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  8. 5 Ogos : SELANGOR VS JDT (Stadium MP Selayang)
  9. 20 September : JDT VS KELANTAN (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin)
  10. 30 September : FELDA UNITED VS JDT (Stadium Tun Abdul Razak, Jengka)
  11. 21 Oktober : KEDAH VS JDT (Stadium Darul Aman)


Buat peminat pasukan JDT, semoga perkongsian Jadual Perlawanan JDT 2017 Liga Super ini bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang untuk menonton perlawanan pasukan kesayangan mereka di kaca TV anda atau datang ke stadium.

Jadual Keputusan Piala AFC 2016 Pusingan Kalah Mati

Jadual Keputusan Piala AFC 2016 Pusingan Kalah Mati. AFC Cup 2016 akan memasuki pusingan atau peringkat kalah mati selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan pada 11 Mei 2016. Wakil Malaysia iaitu JDT telah layak ke pusingan 16 dan akan bertemu wakil Filipina, Kaya FC manakala Selangor telah tersingkir di peringkat Kumpulan E.

Keputusan Piala AFC 2016 Pusingan Kalah Mati

Jadual Keputusan Piala AFC 2016

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Piala AFC 2016 pusingan kalah mati. Untuk makluman, bermula tahun ini wakil Asia Barat dan Asia Timur akan dipisahkan dan hanya bertemu di perlawanan akhir Piala AFC 2016 di mana JDT adalah juara bertahan.  

Pusingan 16 AFC Cup 2016

* Hanya satu perlawanan akan diadakan di mana juara kumpulan akan menjadi tuan rumah

Zone Asia Barat

24 Mei 2016
  • Al-Ahed Lebanon vs Al Wahda (Syria) : 4 - 0
  • Air Force Club (Iraq) vs Al-Wehdat (Jordan) : 2 - 1
25 Mei 2016
  • Naft Al-Wasat (Iraq) vs Al Jaish (Syria) : 0 - 1
  • Al-Muharraq (Bahrain) vs Al-Faisaly (Jordan)

Zon Asia Timur

24 Mei 2016
  • Ceres (Filipina) vs South China (Hong Kong) : 0 - 1 (Selepas masa tambahan)
  • Mohun Bagan (India) vs Tampines Rovers (Singapura) : 1 - 2 (Selepas masa tambahan)
25 Mei 2016
  • Kitchee (Hong Kong) vs Bengaluru FC (India) : 2 - 3
  • Johor Darul Ta'zim (Malaysia) vs FC Kaya (Filipina) : 7 - 2

Pusingan Suku Akhir

Perlawanan suku akhir Piala AFC 2016 akan dijalankan secara timbal balik di mana undian akan diadakan selepas berakhirnya perlawanan pusingan 16.

13 dan 20 September 2016

  • Asia Barat 1 vs Asia Barat 2
  • Asia Timur 1 vs Asia Timur 2

14 dan 21 September 2016

  • Asia Barat  3 vs Asia Barat 4
  • Asia Timur 3 vs Asia Timur 4

Jadual dan keputusan Piala AFC 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semoga pasukan JDT mampu mengekalkan Piala AFC di Bumi Malaysia sekali lagi kali ini.

Live Streaming Keputusan Kedah Vs JDT 23 April 2016

Siaran Langsung Dan Keputusan Kedah Vs JDT 23 April 2016. Perlawanan Liga Super 2016 perlawanan kesembilan bakal menyaksikan pertemuan menarik Kedah bertemu JDT di Stadium Darulaman pada Sabtu, 23 April 2016 jam 900 malam. Perlawanan Kedah vs JDT akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui TV9 bermula 830 malam. Keputusan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa secara Live Score.
siaran langsung Keputusan Kedah Vs JDT 23 April 2016

Live Streaming Keputusan Kedah Vs JDT 23 April 2016

Perlawanan kali ini merupakan perlawanan kedua Kedah vs JDT dalam masa yang singkat selepas perlawanan pertama Piala FA 2016 Separuh Akhir di stadium yang sama minggu lepas. Selepas perlawanan ini, kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Larkin pada 30 April 2016. 

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Kedah vs JDT Liga Super 2016 yang akan dikemaskini semasa perlawanan berlangsung:-
  • Kedah 1 vs 1 JDT (Baddrol Bakhtiar min 2, Martin Lucero min 45 - PEN)
  • Tarikh : 23 April 2016
  • Hari : Sabtu 
  • Masa : 900 malam
  • Lokasi : Stadium Darulaman, Kedah
  • Siaran Langsung : TV9

Kesebelasan Pemain

KEDAH: Farhan Abu Bakar, Bang Seung-Hwan, Baddrol Bakhtiar (C), Liridon Krasniqi, Carlos Eduardo, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Tajuddin, Abdul Halim Saari, Farhan Roslan, Azmeer Yusof

Reserve: Mohd Ifwat, Osman Mohd Yusoff, Sandro Da Silva, Amar Rohidan, Fakri Saarani, Syafiq Ahmad, Ariff Farhan


JDT: Izham Tarmizi, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra Díaz, S. Kunanlan, Hariss Harun, Fazly Mazlan, Mahali Jasuli, Juan Martin Lucero, Junior Eldstàl

Reserve: Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Safee Sali, Shakir Shaari, Amri Yahyah, Jasazrin Jamaluddin, Azinee Taib


Jom ramai-ramai ke stadium menyaksikan perlawanan menarik Liga Super di antara Kedah Vs JDT 23 April 2016.
Sumber : FB Kedah FA 

Live Streaming Keputusan JDT vs Perak 5 April 2016

Live Streaming Keputusan JDT vs Perak 5 April 2016. Pendahulu Liga Super 2016, JDT akan menerima kunjungan Perak di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin dalam aksi keenam Liga Super, Selasa, 5 April 2016. JDT kini mendahului carta liga dengan 13 mata manakala Perak dengan 4 mata. Perlawanan ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan pasti mempunyai misi tersendiri dengan JDT yang mempunyai jadual April 2016 yang padat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah manakala Perak untuk mencatat kemenangan pertama.

siaran langsung JDT vs Perak 5 April 2016

Dua perlawanan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui saluran TV9 iaitu Terengganu vs Felda United pada Isnin, 4 April dan Selangor vs Kedah pada 5 April 2016. 

Live Streaming Keputusan JDT vs Perak 5 April 2016

Peminat JDT yang tidak dapat menyaksikan perlawanan di Stadium Larkin, anda boleh mendapatkan keputusan terkini perlawanan JDT vs Perak yang akan dikemaskini secara Live Score di bawah ini.
  • JDT (2) vs (1) Perak : (JDT : Martin Lucero min 48 (PEN), min 53 & PER : Elias Fernandes De Olivera min 18)
  • Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos  
  • 900 malam

Kesebelasan Pemain

JDT: Farizal Marlias, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra Díaz, S. Kunanlan, Hariss Harun, Fazly Mazlan, Juan Martin Lucero, Nazrin Nawi, S. Chanturu

Simpanan
Izham Tarmizi, Amirul Hadi Zainal, Safee Sali, Gary Steven Robbat, Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Jasazrin Jamaluddin


PERAK: Mohd Hafizul Hakim Khirul Nizam, Mohd Shahrul Saad, Vokhid Shodiev, Mohd Nor Hakim Isa, Nurridzuan Abu Hassan, Elias Fernandes De Olivera, Amirul Azahan Aznan, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari, Thiago Junio De Aquino (C), Erick Weeks Lewis, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri

Simpanan

Muhammad Syazani Mat Puat, Mohd Nasir Basharuddin Captain, Mohd Syazwan Mohd Roslan, Muhammad Ridzuan Azly Hussham, Mohammad Raffi Nagoorgani, Fahrul Razi, Firdaus Saiyadi

Kepada peminat bolasepak, nantikan keputusan perlawanan JDT vs Perak yang dijangka menarik ini secara Live Score di sini.

Konsep Dan Rekabentuk Stadium Baru JDT Di Nusajaya

Peminat bolasepak Negeri Johor sedia maklum yang sebuah stadium bolasepak baru JDT akan dibina di Nusajaya dan pembinaan stadium baru JDT ini telah dinyatakan dalam Bajet Johor 2016. Berikut adalah Konsep Dan Rekabentuk Stadium Baru JDT seperti dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers. Stadium baru JDT ini berciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan.
Stadium Baru JDT 1


BAJET 2016 AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN
Institusi Awam – Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang berkapasiti antara 40 hingga 45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

LAKARAN STADIUM BARU PASUKAN JDT

Menjunjung titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan melaporkan perkembangan berkenaan stadium baru Johor Darul Ta'zim. Segala aspek stadium baru tersebut, termasuk konsep, rekabentuk dan kemudahan akan diwar-warkan di laman ini untuk tatapan dan makluman para penyokong JDT sekalian dari masa ke semasa.

Seperti yang dapat dilihat dalam lakaran yang disertakan, rekabentuk luaran stadium adalah berkonsep moden dan kemas. Bahagian luar stadium akan terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan termasuk tempat duduk penyokong yang selesa, ruang niaga di stadium dan juga ibu pejabat PBNJ.

DYAM Tunku Mahkota Johor dan seluruh pengurusan PBNJ sentiasa berusaha sedaya upaya serta sepantas yang mungkin untuk melancarkan segala proses pembangunan stadium baru ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa sementara proses pembinaan stadium baru dijalankan, kita masih akan meneruskan penyelenggaraan dan menambah baik Stadium Larkin.

YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

GAMBAR STADIUM BARU JDT

* kredit Johor Southern Tigers
Stadium Baru JDT 2

Stadium Baru JDT 2

Stadium Baru JDT 3

Stadium Baru JDT 4

Stadium Baru JDT 5

Stadium Baru JDT 6

Rekabentuk Stadium Baru JDT

Dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. Pembinaan stadium baru JDT ini akan bermula dalam masa yang terdekat. Berikut gambar/ lakaran stadium canggih ini :-
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 1
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 2
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 3
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 4

 

Pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Online

Borang Pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Online. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor kerana perihatin kepada peningkatan kos sara hidup di bandar besar masa kini. Berita baik apabila Bas Muafakat Johor, perkhidmatan Bas Muafakat Johor yang diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara kini di buka untuk Pendaftaran bagi Kad Muafakat Johor seperti dikongsikan dari FB MB Johor

Apa Itu Bas Muafakat Johor?

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan (MBJB, MPJBT, MPPG dan MPKu) yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.
Bas percuma Muafakat Johor Online
Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor. 

Pendaftaran Kad Muafakat Johor

Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.

Untuk pendaftaran kad, pemohon akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi.

Cara Mendaftar Kad Muafakat Johor

Terdapat dua kaedah pendaftaran iaitu secara online dan manual.
Kad Muafakat Johor boleh diambil ketika pembukaan kaunter seperti jadual yang tertera.

Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di tempat-tempat berikut mulai April 2016. Tarikh akan diberitahu kemudian. Sila periksa laman sesawang dari semasa ke semasa. 
  1. Terminal MPKu     
  2. Dewan Bandar Putra, Kulai 
  3. Econsave Kulai
  4. Terminal Taman Universiti  
  5. Skudai Parade 
  6. Sutera Mall    
  7. Dewan Raya Bandar Selesa Jaya  
  8. Tesco Mutiara Rini
  9. Pasaraya Kip Mart  
  10. Larkin Sentral / Terminal Larkin
  11. City Square  
  12. Plaza Angsana  
  13. SMK Kempas   
  14. AEON Permas Jaya  
  15. Giant Plentong   
  16. Today’s Mall Seri Alam
  17. Tesco Plentong   
  18. Terminal Pasir Gudang  
  19. Dewan Taman Cendana 
  20. Surau Taman Desa Rakyat  
  21. Terminal Kota Masai 
  22. Terminal Pasir Gudang 
  23. Dewan PPR Sri Stulang 
  24. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Cara Penggunaaan Kad Muafakat Johor

Penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka menaiki bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang perlu untuk membayar jumlah tambang yang sebenar mengikut destinasi. Caj minimum tahunan akan dikenakan bagi mendapatkan Kad Muafakat Johor anda. 

Tahniah sekali kepada Kerajaan Negeri Johor. Semoga perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini mampu meringankan kos sara hidup rakyat disamping dapat menambah baik sistem perkhidmatan awam di Negeri Johor.

SUMBER : BAS MUAFAKAT JOHOR

Live Streaming JDT Vs Selangor Piala Sumbangsih 13-2-2016

Live Streaming JDT Vs Selangor Piala Sumbangsih 13-2-2016. Malam ini dijangka bermulalah aksi Liga Super 2016 dan bakal menyaksikan perlawanan menarik untuk merangkul Piala Sumbangsih di antara JDT dan Selangor yang akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda di TV3. JDT sebagai juara Liga Super 2014 & 2015 akan menerima kunjungan Selangor, Juara Piala Malaysia 2015 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin di mana sepak mula akan bermula jam 900 malam. 

Perlawanan ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan merupakan antara pencabar utama Liga Super 2016 selain Terengganu dan Kedah. Apa-apa pun dalam perlawanan awal musim, keputusan mengejut pasti berlaku sepertimana keputusan Liga Premier 2016 yang bermula semalam menyaksikan pasukan ternama telah tewas mengejut. 
siaran langsung JDT Vs Selangor Piala Sumbangsih 13-2-2016

Berikut adalah jadual siaran langsung Liga Super 2016 yang berlangsung malam ini, Sabtu, 13 Februari 2016 :-

KEPUTUSAN/ LIVE STREAMING LIGA SUPER, SABTU    13 FEBRUARI 2016 

JDT VS SELANGOR - LIVE DI TV3. Sila register untuk menonton : 1 - 1
PAHANG FC VS T-TEAM  : 2 - 2
TERENGGANU VS PENANG : 1 - 0
FELDA UNITED VS KEDAH : 2 - 0
PDRM VS SARAWAK : 1 - 0
PERAK VS  KELANTAN  : 0 -0 - LIVE DI TV9 

Kesebelasan Pemain

JDT: Farizal Marlias, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra Díaz, S. Kunanlan, Hariss Harun, Fazly Mazlan, Mahali Jasuli, Juan Martin Lucero, Azinee Taib

SELANGOR: Norazlan Razali, Robert Cornthwaite, Patrick Ronaldinho Wleh, Muhd Shahrom Abdul Kalam (C), Andik Vermansyah, Nazmi Faiz, Ahmad Hazwan Bakri, Raimi Mohd Nor, Mauro Andres Olivi , Azrif Nasrulhaq, Hafiz Kamal

Keputusan Penuh Piala Sumbangsih 2016

Perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas JDT dan Selangor terikat 1-1 dalam 90 minit masa penuh permainan. Tiada masa tambahan diberikan untuk menentukan juara sebaliknya terus ke spenentuan sepakan penalti.
  • JDT 1 - 1 Selangor - Full Time

Sepakan penalti  

  • JDT 7 - 6 Selangor
  • JDT Juara Piala Sumbangsih 2016

Semoga pasukan JDT dan Selangor dapat mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 13 Februari 2016.
Kredit grafik FB Johor HS

Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015

Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015. Berita sedih buat rakyat Johor apabila Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Laksmana Johor ataupun lebih dikenali sebagai TJ telah mangkat pada jam 710 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Berikut diantara makluman yang dibuat tentang kemangkatan Tunku Jalil di laman sosial.

Berita sedih kemangkatan Tunku Jalil telah dikongsi di laman sosial oleh mereka yang rapat dengan Kerabat DiRaja Johor iaitu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram milik beliau dengan menulis :-
"Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah...al-Fatihah,"
Sementara itu adinda Almarhum, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, 'al-Fatihah'.

Tunku Jalil Mangkat
YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dilahirkan pada 5 Julai 1990. Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor. Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.

Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015. Ucapan tulus ikhlas dari pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah. FB Johor Southern Tigers

Bajet Johor 2016 Pendidikan Berkualiti Dan Pembangunan Swadaya Insan

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 6 :  MENERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PEMBANGUNAN SWADAYA INSAN


Bajet Johor 2016 Pendidikan Berkualiti


TERAS KEENAM: MENERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PEMBANGUNAN SWADAYA INSAN
AGENDA 1: JOHOR BERKEMAHIRAN
Pelan Induk Pembangunan Kemahiran
97. Merangka Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Johor (Johor Skill Masterplan).
Pembiayaan Kemahiran
98. Menubuhkan Tabung Latihan Kemahiran Johor dengan tujuan menampung sebahagian pembiayaan pelbagai kursus kemahiran khususnya kepada peserta-peserta kursus kemahiran yang telah memperoleh pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Memberi geran bernilai RM2,000 seorang kepada 4500 calon yang layak dengan syarat mereka perlu mengikuti kursus tersebut di institusi-institusi dalam Negeri Johor
- RM 10 juta
Unit Swadaya Insan
99. Menubuhkan Unit Swadaya Insan Negeri Johor sebagai Pusat Sehenti (OSC) atau pusat maklumat yang menguruskan penyelarasan rancangan, pelaksanaan inisiatif serta memberikan tumpuan kepada isu penawaran dan permintaan sumber manusia di Negeri Johor termasuklah menjadi perantara agensi kerajaan dengan sektor swasta dan pihak pelabur.
Program Kembara Kerjaya
100. Meneruskan (tahun ketiga) Program Kembara Kerjaya yang diadakan
di daerah-daerah terpilih dengan tujuan memberi maklumat pembangunan dan peluang-peluang kerjaya di Negeri Johor
- RM 200 ribu
Pembiayaan Pendidikan
101. Menambah peruntukan Pinjaman Pendidikan YPJ bagi memberi manfaat kepada 500 mahasiswa baharu dengan jumlah keseluruhan
- RM 3 juta
Rebat Pinjaman Pendidikan
102. Memberikan rebat 20% bagi pelangsaian Pinjaman Pendidikan YPJ secara penuh - RM 1.5 juta
Tuisyen Sekolah Menengah YPJ
103. Menjalankan program intervensi pendidikan bagi pelajar tingkatan 5 melalui program Tuisyen YPJ untuk subjek Sains dan Matematik Tambahan - RM 1.2 juta
Prasarana Pendidikan
104. Pembukaan Kampus Induk Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi berharga RM 120 juta, mula beroperasi pada awal 2016 dan Fasa Pertama kemasukannya menempatkan 2,500 orang mahasiswa.
Program Kepimpinan Pelajar
105. Mengadakan program Kepimpinan Generasi Ta’zim (Summer Camp) melalui YPJ - RM 400 ribu
Program Bio-Talent
106. Meneruskan Program Bio-Talent Johor bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam industri bioteknologi dengan sasaran melatih 2000 orang pelajar, graduan, belia dan lepasan sekolah di 20 buah syarikat - RM 607 ribu
Duta Jauhar
107. Meneruskan (Siri Tiga) Program Duta Jauhar di bawah fokus melahirkan lebih ramai generasi social enterprenuer – RM 1.5 juta
Tabung Pendidikan Peringkat Sarjana
108. Menyumbang RM10 ribu seorang kepada 30 mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim - RM 300 ribu
Pembinaan Kapasiti Kakitangan PBT
109. Memperluaskan penyertaan kursus-kursus jangka pendek di universiti terkemuka oleh kakitangan kerajaan Negeri oleh PDT kepada kakitangan PBT – RM 400 ribu
Pengurusan Persatuan Belia
110. Meneruskan Skim Bantuan Belia untuk kegunaan pelbagai aktiviti belia serta urusan pengurusan persatuan dan pergerakan belia yang boleh dipohon melalui Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor – RM 4.3 juta
Bakat Bola Sepak Muda
111. Melaksanakan program pembangunan bola sepak belia peringkat akar umbi – RM 2.5 juta.
AGENDA 2: MENYUBURKAN KEHIDUPAN BERAGAMA DAN BERBUDAYA
5 inisiatif utama melalui pendekatan pendidikan agama:
Transformasi Pendidikan Agama
112. Perlaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Digital (PPBTD) yang akan mengetengahkan pendekatan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi maklumat. Permulaan, 2 buah sekolah rendah agama dan 2 buah sekolah menengah agama melibatkan 155 orang pelajar dan 160 orang pelajar
- RM 5.5 juta

113. Meneruskan pembinaan 77 buah Sekolah Agama terbengkalai melibatkan 4 fasa yang akan siap secara berperingkat menjelang 2017 dengan sasaran 40 buah sekolah siap pada Disember 2016
- RM 168 juta
114. Meneruskan pemberian sumbangan RM 5 ribu kepada Badan Kebajikan di 564 Sekolah Agama Johor bagi tujuan menampung kos pengurusan dan pentadbiran sekolah – RM 2.82 juta
115. Menyelenggara Sekolah-sekolah Agama Gred A (pelajar melebihi
1,100 orang) - RM 4 juta
116. Menaikkan elaun bulanan kepada RM1,312 dan meneruskan pemberian imbuhan tahunan kepada 1850 guru KAFA di seluruh Johor (Guru KAFA turut menerima pemberian bonus setiap kali diumumkan
Kerajaan Negeri)
Warisan dan Budaya
117. Meneruskan Pentas Teater Karya Johor bantuan iaitu dana dan sokongan teknikal bagi tujuan pelaksanaan dan pementasan daripada sekretariat karya Majlis Kebudayaan Negeri Johor - RM 180 ribu
Festival Seni Muafakat Johor
118. Mengadakan acara tahunan Festival Seni Muafakat Johor yang terdiri daripada pelbagai aktiviti kebudayaan dan warisan seperti pertandingan kompang, zapin, tarian tradisi Cina dan tarian tradisi India bagi memartabatkan seni budaya warisan negeri Johor melalui
Yayasan Warisan Johor (YWJ) – RM 800 ribu
Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa
119. Menyediakan pelan halatuju (roadmap) dan kajian kesesuaian ke arah menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa oleh YWJ.

Bajet Johor 2016 Dasar Kelestarian Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 5 :  Dasar Kelestarian Johor

Dasar Kelestarian Johor


TERAS KELIMA: MENGANGKAT AGENDA JOHOR LESTARI
Dasar Kelestarian Johor
89. Melancarkan satu Agenda Besar alam sekitar yang mapan iaitu
Dasar Kelestarian Johor – RM 1.3 juta

Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim
90. Menggerakkan komitmen terhadap kelestarian melalui Majlis Teknologi Hijau & Perubahan Iklim yang akan merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan - RM 100 ribu
Masyarakat Rendah Karbon
91. Melaksana Pelan Low Carbon Society meliputi Program Pembinaan Kapasiti, Program Pemantauan Karbon dan Program Komuniti Hijau
di bawah 5 PBT di dalam kawasan Iskandar Malaysia.
Pemeliharaan Gajah
92. Membina Pusat Santuari Gajah Johor bernilai RM 15 juta dengan fokus kepada keperluan program pemuliharaan habitat alam sekitar serta pelaksanaan pendekatan pengekalan kelestarian hidupan liar terutamanya gajah. Peruntukan permulaan – RM 500 ribu
Pemeliharaan Dugong
93. Memelihara biodiversiti Johor bagi dengan menjaga kepentingan hidupan marin istimewa melalui pengwujudan Pelan Pengurusan Dugong Laut & Tapak Santuari Dugong - RM 1 juta
Tabung Amanah Hidupan Liar
94. Mewujudkan Tabung Amanah Hidupan Liar Terperangkap Negeri Johor bagi menyokong segala usaha pemuliharaan hidupan liar dengan dana melalui caj RM1 bagi setiap ekar kepada 87 buah syarikat perladangan yang beroperasi di kawasan seluas 701,046 ekar.

Sumbangan Perparitan oleh Pemaju
95. Meningkatkan 150% kadar wang sumbangan perparitan oleh pemaju:
i. Majlis Bandaraya/Perbandaran - RM10,000 setiap ekar
ii. Majlis Daerah - RM5,000 setiap ekar
Pelan Tindakan Banjir
96. Mewujudkan pelan tindakan banjir bagi tujuan mengenal pasti kawasan banjir kilat di seluruh Negeri Johor serta merangka penyelesaian jangka masa pendek dan panjang untuk menanganinya - RM 1 juta

Bajet Johor 2016 Merancakkan Keusahawanan Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 4 :  Merancakkan Keusahawanan Johor 

Merancakkan Keusahawanan Johor

TERAS KEEMPAT: MERANCAKKAN KEUSAHAWANAN JOHOR BERASASKAN INOVASI DAN PENGETAHUAN
KEUSAHAWANAN JOHOR

Tapak Perniagaan
76. Melaksanakan program Bantuan Bertapak Usahawan atau (B.A.N.T.U) melibatkan 267 lot komersial EDC-SSI dan akan memanfaatkan 500 orang usahawan.
Usahawan Asnaf
77. Program Usahawan Asnaf MAINJ dengan kerjasama Entrepreneur Development Centre (EDC) - RM 1.85 juta
i. Membangunkan Bazar Usahawan Asnaf Zakat di setiap daerah, satu telah dibuka di PPR Sri Stulang, Johor Bahru
ii. Memberi bantuan strategi pemasaran produk dan perkhidmatan, suntikan modal permulaan dan latihan keusahawanan
iii. Mewujudkan sebuah Asnaf Mart Negeri Johor.
Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME)
78. Meneruskan program Bio-SME sebagai platform bagi syarikat–syarikat Bio-SME mendapat bimbingan melalui latihan khusus mendepani masalah seperti pengurusan risiko, akses pasaran dan pembiayaan bagi perniagaan berasaskan bioteknologi:
i. Program bimbingan dan program mentor untuk syarikat-syarikat Bio-SME yang terpilih
ii. Projek perintis Program Handholding untuk 10 syarikat Bio-SME yang akan beroperasi antaranya di Johor Biotech's Park
Bio Halal dan Makmal Halal
79. Membangunkan Hab Bio Halal melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), MAINJ dan JBiotech. Melibatkan dua inisiatif utama:
i. Membangunkan Roadmap
ii. Menubuhkan Makmal Halal bagi menyokong bermacam-macam keperluan oleh pelbagai industri di Negeri Johor - RM15 juta
Insentif Merancakkan Keusahawanan
80. Merancakkan aktiviti keusahawanan di negeri Johor melalui EDC
- RM 5 juta
i. Program Jejak Mini PKS dengan sasaran menemukan 130 usahawan dengan pelbagai agensi yang mencakupi 26 Parlimen;
ii. 4 pakej rangsangan mempromosi produk usahawan iaitu Video Usahawan, Buku Direktori Usahawan Negeri Johor, Anugerah Usahawan Johor dan slot Kad Bisnes di setiap daerah
iii. Program Pembangunan Usahawan Kemahiran bagi melahirkan 1,200 orang usahawan generasi baharu yang berkemahiran tinggi turut melibatkan institut dan kolej kemahiran di negeri Johor.
Usahawan Belia Islam
81. Mempertingkatkan Program Bantuan Usahawan Belia Islam (Skim Usahawan Belia, Penjaja Kecil, Youth Collective dan Tajaan Belia)
di bawah PIJ dengan sasaran 1,812 usahawan - RM 2.25 juta
Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
82. Tabung Industri Kecil dan Sederhana bagi memperluas promosi dan pemasaran produk-produk IKS Johor sehingga ke peringkat antarabangsa serta bantuan modal dan barangan kepada yang layak
– RM 2 juta
Kemudahan Usahawan Belia
83. Menjenama semula Pekan Rabu, Johor Bahru sebagai Hab Perniagaan Belia serta menawarkan kemudahan ruang perniagaan kepada usahawan belia sebagaimana di Bangunan EDC, Bandar Baru Uda.
84. Membangunkan 3 Inkubator Usahawan sasaran mewujudkan 94 unit pejabat kecil melalui PIJ – RM 4.5 juta
i. Stulang Baru (34 unit)
ii. Pasir Gudang (30 unit)
iii. Pengerang (30 unit)
Usahawan Bumiputera
85. Mengupayakan usahawan Bumiputera dengan sasaran melahirkan
30 syarikat dan usahawan berpotensi melalui aktiviti perniagaan yang dijana oleh Koridor Utiliti Johor Sdn Bhd.
Usahawan Luar Bandar
86. Melaksanakan program latihan kemahiran dan keusahawanan kepada penduduk dan usahawan tempatan luar bandar terutamanya di kawasan pesat membangun seperti Pengerang dan Desaru melalui KEJORA
- RM 8 juta
Tanah Pajakan Untuk Diusahakan
87. Mengenal pasti dan akan mempertimbangkan 21 lot tanah (97 ekar) untuk dipajak dan dimajukan oleh pelbagai usahawan dan koperasi di Johor melibatkan kerjasama strategik antara PDT dan EDC.
88. Menaiktaraf gerai-gerai dan pasar awam agar lebih mesra pengunjung, bersih, harmoni dan sistematik - RM 36 juta
Antaranya:
i. Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang – RM 1.2 juta
ii. Gerai dan medan selera di Mutiara Rini – RM 2 juta
iii. Gerai dan pasar awam di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru
- RM 5.4 juta


SUMBER : FB MB Besar Johor

Bajet Johor 2016 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 3 :  Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup



Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

TERAS KETIGA: MENANGANI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP
64. Pembukaan 20 rangkaian Kedai Harga Patut Muafakat Johor sebelum akhir tahun 2015 melalui imCoop iaitu Koperasi yang melibatkan 60 buah koperasi dengan keahlian seramai 40,000 keahlian. Ahli-ahli koperasi yang terlibat akan menikmati tambahan diskaun sebanyak 3% secara automatik. Tambahan 50 buah akan dibuka pada tahun 2016, mencakupi kawasan di luar Iskandar Malaysia.

Penyertaan Golongan Miskin Dalam Koperasi
65. Membayar saham keahlian kepada 6500 orang golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka yang kurang berkemampuan berupaya menikmati manfaat harga patut serta diskaun 3% di Kedai Harga Patut Muafakat Johor - RM 1.3 juta
Merancakkan Aktiviti Koperasi Pelbagai Kaum
66. Menggalakan penggunaan instrumen koperasi dan konsep muafakat dalam keberdayaan ekonomi, diperuntukkan bagi penubuhan pelbagai koperasi berbilang kaum di Johor - RM 300 ribu
Koperasi Orang Asli
67. Julung-julung kalinya menubuhkan Koperasi Orang Asli Johor iaitu inisiatif social entreprise (dengan izin) bagi membangunkan cara hidup berkeusahawanan di kalangan orang asal – RM 200 ribu
Pembinaan Kapasiti Insan
68. Program Azam Kerja Muafakat Johor bagi membangun kapasiti dan menanam daya kebolehsaingan disasarkan kepada 250 orang dalam kategori 40 Terbawah (B40) - RM 1 juta
Pembasmian Kemiskinan
69. Pelbagai program pembasmian kemiskinan meliputi Program Usaha Meningkatkan Pendapatan 40 Terbawah (B40), Program Transformasi Minda Insan dan Pembangunan Modal Insan - RM 8.5 juta
Sumbangan Yayasan Pengerang
70. Menyalurkan kepada Yayasan Pengerang daripada hasil Tabung Sosial Pengerang bagi mengiatkan aktiviti sosio-ekonomi yang bermanfaat kepada penduduk – penduduk Pengerang – RM 500 ribu
Makanan Sihat Pelajar Miskin
71. Meneruskan bantuan makanan sihat kepada 10 ribu pelajar anak golongan miskin di Sekolah Rendah Agama Johor – RM 4 juta
Kebajikan Nelayan
72. Menggandakan (100%) bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas kerana pelbagai aktiviti pembangunan dan penambakan di Selatan Johor kepada RM2000 seorang (bagi yang berdaftar dan layak).
Pertanian Kota
73. Memperkenalkan program Pertanian Kota atau Urban Farming di Iskandar Malaysia meliputi empat kawasan yang dikenalpasti iaitu
Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang dan Tebrau. Urban Farming Development Centre (UFDC) akan diwujudkan oleh IRDA untuk memberi panduan, galakan dan serta sokongan kepada mereka yang terlibat - RM1 juta
Bantuan Pendidikan
74. Meneruskan Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) bagi menggalakkan pelajar dari keluarga miskin terus cemerlang dalam pendidikan dengan peruntukan tambahan RM 240 ribu. Melibatkan 400 orang pelajar baharu - RM990 ribu
75. Menambah peruntukan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan bulanan maksimum
RM4 ribu, mensasarkan 3,000 orang mahasiswa baharu – RM1.5 juta

SUMBER : FB MB Besar Johor

Bajet Johor 2016 Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 2 : Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Johor


Bajet Johor 2016


TERAS KEDUA: MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR
AGENDA 1: PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK EKONOMI JOHOR
45. Perlaksanaan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor yang melakar visi strategik dan komprehensif pembangunan di Negeri Johor secara keseluruhan bermula Januari 2016 - RM 3 juta

Setiap daerah di Johor akan dibangunkan mengikut kekuatan setempat dan lapangan kebitaraannya (niche area):
a) Johor Bahru – Pembuatan dan Perdagangan Antarabangsa
b) Mersing –Pelancongan dan Perikanan
c) Kluang – Eko-pelancongan dan Pertanian
d) Kulai – Informasi dan Teknologi Komunikasi
e) Pontian – Eko-pelancongan dan Perikanan
f) Kota Tinggi – Pelancongan, Pertanian serta Minyak & Gas
g) Batu Pahat – Pembuatan dan Pemprosesan
h) Muar – Hab Pendidikan dan Kemahiran
i) Ledang – Pelancongan dan Pembuatan Ringan
j) Segamat – Pertanian
AGENDA 2: WAQF SEBAGAI INSTRUMEN BAHARU EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN
Tabung Waqf
46. Penubuhan Tabung Waqf Rakyat Johor, akan diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang akan dilantik sebagai Nazir Khas Pembangunan oleh MAINJ. Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH) akan menyuntik kepada Tabung Waqf Rakyat Johor – RM 5 juta
Sekolah Agama Waqf Antarabangsa
47. Sebuah sekolah agama Waqf pertama yang akan mengguna pakai sukatan kurikulum pembelajaran antarabangsa akan dibangunkan dengan kerjasama Fateh College dari Turki.
AGENDA 3: MEWUJUDKAN CENTRAL BUSINESS DISTRICT (JBCBD)
DI DALAM BANDARAYA JOHOR BAHRU
48. Menyediakan Pelan Transformasi Central Business District (CBD) Johor Bahru oleh JCorp – RM 5 juta
Komponen utama ialah pembangunan Coronation Square melibatkan pembinaan pelbagai gedung komersial dan akan mendapatkan maklumbalas semua pemegang taruh dan masyarakat Johor Bahru sebelum fasa pembangunannya bermula.
AGENDA 4: REJUVENASI DESA JOHOR
Pelan Rejuvenasi Desa Johor
49. Menyediakan satu Pelan Komprehensif untuk Mencergaskan Rejuvenasi Desa Johor melalui kerjasama strategik dengan dan ditanggung kos sepenuhnya oleh Bait Al Amanah, institut pemikir milik UMNO Johor. Satu sumbangan UMNO Johor untuk rakyat negeri Johor.
AGENDA 5: MEWUJUDKAN ZON ANTARABANGSA
Pemilikan Hartanah Warganegara Asing
50. Mewujudkan Zon Antarabangsa bagi Koridor Pembangunan Selat Johor (KPSJ) bagi mengawal pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Johor dan memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan spekulasi harga hartanah serta memacu satu bentuk pembangunan yang memberi nilai tambah kepada Johor dan Malaysia. Pemilikan warganegara asing yang dibenarkan bagi pembangunan perumahan bertanah, strata bertanah dan komersial atau perdagangan di luar
Zon Antarabangsa hanya 10% hingga 30% sahaja tertakluk kepada kategori pembangunan hartanah.
Selain lima agenda besar di atas, Teras Kedua turut disokong oleh titik-titik sentuhan berikut:
Penubuhan dan Persempadanan Semula PBT
51. Tiga PBT iaitu MBJB, MPPG dan MPJBT akan disempadankan semula berkuatkuasa 1 Januari 2016 bagi mewujudkan sistem penyampaian PBT yang diperkemas dan lebih sistematik.
Penubuhan PBT Pengerang
52. Mewujudkan satu PBT khusus bagi Pengerang bagi menyokong pertumbuhan dan pembangunan pesat Pengerang Intergrated Petroleum Complex (PIPC) dan kawasan sekitarnya. JCorp akan dilantik mentadbirnya sehingga suatu masa yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri kelak.
Ekonomi Bumiputera di Pengerang
53. Membangunkan Pusat Industri Bumiputera di Pengerang melalui PIJH yang terdiri daripada taman perindustrian ringan, sederhana dan berat dengan keluasan 877 ekar.
Infrastruktur – Projek Kerajaan Persekutuan.
54. Antara projek besar di bawah RMK-11 yang telah diluluskan dan boleh menjadi ikon kawasan:
i. Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat – RM 10.5 juta
ii. Projek Taman Awam Tepian Sungai Muar – RM 11.25 juta
iii. Projek Taman Komuniti Kampung Melayu, Kluang – RM 3 juta
iiii. Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancong di Pekan Batu 4,
Kota Tinggi – RM 10.8 juta
Industri Perabot
55. Pembangunan Hub Industri Perabot dikenali sebagai Taman Perindustrian Kayu Muar (MTIP) di kawasan seluas 985 ekar berkonsepkan Kerjasama Awam Swasta (PPP) melibatkan JCorp, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Persatuan Perabot Muar (MFA) dan dijangka akan siap dalam tempoh 3 tahun. – RM 355 juta
56. Membina Pusat Pameran Antarabangsa Perabot Ledang secara penswastaan dengan dana mudahcara daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 14.68 juta.
Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa
57. Menubuhkan Johor Convention & Exhibition Bureau (JCEB) bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa (MICE).
Pelancongan
58. Membangunkan prasarana pelancongan Mersing dengan 6 projek telah diluluskan di bawah RMK-11 - RM 80 juta
Dibawah Rolling Plan 1 (RP1) melibatkan Pembangunan Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing dan Pembangunan Pelancongan Inap Desa (Homestay) Mersing. - RM 12.7 juta
59. Selari dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023) Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru akan dijadikan antara lain pusat sehenti pelancongan, pusat penjualan cenderamata, platform pertunjukkan berjadual serta pusat mengetengahkan makanan dan busana warisan Johor.
Tranformasi Kota Tinggi
60. Selari dengan Pelan Transformasi Kota Tinggi, ia akan dibangunkan sebagai satu lagi produk pelancongan untuk Johor. Program Kembara Wangsa Kota Tinggi melibatkan pembangunan secara berperingkat di kawasan tapak sejarah sekitar pinggir Sungai Johor, dimulakan dengan menaiktaraf Balai Polis Lama Kota Tinggi menjadi Pusat Informasi Pelancongan – RM 2.5 juta
Infrastruktur Taman Negara
61. Menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan di Taman-taman Negara di Johor merangkumi Taman Negara Tanjung Piai, Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara Endau Rompin (Selai) dan Taman Laut Sultan Iskandar - RM 2 juta
Agro-Pelancongan
62. Meningkatkan sektor agro-pelancongan iaitu perlancongan berasaskan pertanian – RM 1 juta
Pertanian
63. Inisiatif di bawah sektor pertanian:
i. Program Pertanian Rakyat – RM 200 ribu
ii. Program Galakan Usahawan Tani (PGU) – RM 3 juta
iii. Pemantapan kawalan penyakit dan kesihatan ternakan
- RM 1.8 juta
iiii. Pembangunan Industri Tanaman Makanan, Sayuran, Buah-buahan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
v. Pembangunan Segamat Sebagai Daerah Industri Asas Tani. Permulaan, tanah seluas 702 ekar di Tebing Tinggi, Mukim Jementah melibatkan pembangunan usahawan tani dan projek agrotani dengan kerjasama JCorp – RM 9 juta

SUMBER : FB MB Besar Johor