Showing posts with label geografi. Show all posts
Showing posts with label geografi. Show all posts

Nota Ringkas Geografi SPM Tingkatan 4 Dan 5

Nota Ringkas Geografi SPM Tingkatan 4 Dan 5.

TAJUK SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI SPM TINGKATAN 4


  • 1 Sistem Bumi 
  • 2 Proses pembentukan dan Taburan Bentuk Muka Bumi 
  • 3 Perubahan Pandang Darat Fizikal 
  • 4 Laut dan Lautan 
  • 5 Sistem Suria 
  • 6 Unsur-unsur Cuaca dan Iklim 
  • 7 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia danSebaliknya
  • 8 Jenis dan taburan Tumbuh-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar
  • 9 Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semulajadi
  • 10 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar
  • 11 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semulajadi
Geografi SPM Tingkatan 4 Dan 5

TINGKATAN 5

Tajuk Sukatan Pelajaran


  • 1 Taburan Penduduk 
  • 2 Perubahan Penduduk dan Implikasinya 
  • 3 Fungsi Petempatan 
  • 4 Bandar 
  • 5 Kepentingan Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan 
  • 6 Kesan Perkembangan Pengangkutan dan Perhubungan 
  • 7 Kepentingan Pelbagai Sumber
  • 8 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar -
  • 9 Pengurusan Sumber 
  • 10 Sektor Pembuatan 
  • 11 Sektor Perkhidmatan 
  • 12 Sektor Pertanian, Penternakan, Perikanan dan Perhutanan 
  • 13 Sektor Perlombongan 
  • 14 Sektor Pembinaan 
  • 15 Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa 

Nota Ringkas Geografi SPM Tingkatan 4 Dan 5



Kesan Peningkatan Suhu Terhadap Alam Sekitar

Skema jawapan Geografi. Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar.

Kesan Peningkatan Suhu Terhadap Alam Sekitar

 

a. kesan terhadap alam sekitar fizikal

• Penggurunan

  • apabila suhu meningkat proses luluhawa fizikal akan meningkat, struktur tanah menjadi peroi dan longgar dan ini akan meningkatkan hakisan layangan angin. Di kawasan gurun kombinasi antara lulu hawa fizikal dan hakisan layangan angin membolehkan kawasan pinggiran gurun membesar. Contohnya di Gurun Sahel.

• Peningkatan aras laut/air

  • akibat pencairan ais meningkatkan paras laut dan meningkatkan kadar hakisan ombak di pinggir pantai

• Kemusnahan sistem ekologi

  • tumbuhan, hidupan laut/ plankton dan polip karang

• Menganggu keseimbangan hidrologi

  • kadar sejatan yang tinggi dan cepat akan menyebabkan fenomena kemarau, paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapan dengan ketara

• Mengganggu kelembapan atmosfera

  • seterusnya mewujudkan udara kering. Peningkatan suhu sekitar lazimnya menyebabkan cuaca menjadi panas. Di bandar fenomena pulau haba berlaku terutama di bandar-bandar besar 
skema jawapan geografi

b. Kesan terhadap alam sekitar manusia

• Ketidakselesaan/dehidrasi

  • kehilangan air dari badan secara berlebihan menyebabkan badan cepat letih dan tidak bermaya

• Penyakit

  • suhu meningkat menyebabkan penyebaran penyakit misalnya taun dan denggi

• Menjejaskan kegiatan pertanian

  • mengurangkan bekalan makanan kerana produktiviti pertanian khususnya padi sawah akan terjejas

Gangguan-Gangguan Terhadap Sistem Atmosfera Dan Perubahan Cuaca

Skema Jawapan Geografi. Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera.

1. Letusan gunung berapi 

Pelbagai jenis gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida, hidrogen, sulfida, klorin, flurin yang mengandungi 65-95% wapair (stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi asid sulfurik lemah yang membunuh tumbuhan di kawasan sekitarnya. Hujan yang turun menjadi berasid dan tanih menjadi tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi

2. Aktiviti manusia

Berlaku pencemaran, pembakaran bahan api, penebangan hutan dan sebagainya

3. Menjadi Penebat

Bahan-bahan pencemar ini akan menjadi penebat kepada gelombang pendek (cahaya matahari) dari angkasa masuk ke atmosfera bumi dan juga menebat gelombang panjang (Bahang bumi) daripada keluar ke angkasa

Sistem Atmosfera


Putaran Bumi

Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?


1. Kejadian fros

  • Angin timuran kutub Utara menyebabkan fos di kawasan prairie Kanada tiba lebih awal musim bunga. Ini menyebabkan tanaman gandum rosak. Hal ini juga berlaku di kawasan penanaman anggur di Perancis

2. Hujan lebat

  • Pada musim angin monsun timur laut/angin timuran utara membawa hujan lebat ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Angin timuran selatan ke Bangladesh dan India, badai selari di pantai timur Johor 

3. Banjir dan kemarau

  • Angin timuran selatan menyebabkan keadaan kemarau di Equador dan hujan lebat di Asia Tenggara iaitu fenomena La Nina dan EL Nino

4. Ribut taufan dan tornado

  •  Taufan di kawasan lautan tropika dan tornado dilembangan Missisippi

5. Laut bergelora

  • Pertemuan angin timuran utara dan angin timuran selatan menyebabkan gelombang besar di Filipina dan hurikan di Amerika Tengah

Jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini :-
  • 1. Projek sistem pengairan dan telaga
  • 2. Program sistem perparitan dan sungai
  • 3. Membuat kerja sampingan alternatif 
  • 4. Penyelidikan benih hadapi ancaman fros
  • 5. Projek pembenihan awan
  • 6. Stesen ramalan cuaca

Langkah Terbaik Mengatasi Pencemaran Udara

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan yang terbaik bagi mengatasi masalah pencemaran udara yang menjadi masalah utama kepada penduduk dan generasi dunia sekarang.

Langkah Terbaik Mengatasi Pencemaran Udara

  • 1. Penampalan ozon
penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

  • 2. Memperkenalkan undang-undang
undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

  • 3. Penggunaan teknologi
penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
  • 4. Kitar semula
kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Via Masalah Pencemaran Global