Pendaftaran MUET Sesi November 2017 Online

Cara Daftar MUET Sesi November 2017 Online. Perhatian buat pelajar yang berhajat untuk menduduki peperiksaan MUET sesi November 2017 (Bulan 11). Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2017 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi November 2017 kini di buka bermula dari tarikh 2 Jun 2017.

Calon yang berhajat untuk menduduki peperiksaan MUET perlu daftar sesi November 2017 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Calon peperiksaan adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Tarikh tutup pendaftaran MUET November 2017 pula adalah pada 1 Ogos 2017.


cara daftar muet november 2017

Cara Daftar MUET Sesi November 2017 Online


Berdasarkan kepada Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2017 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi November 2017 adalah seperti berikut:-

  • 2 Jun 2017 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 1 Ogos 2017 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 4, 5, 8, 10, 11 dan 12 Oktober 2017 : Tarikh Ujian Speaking
  • 4 November 2017 : Tarikh Ujian Bertulis

kalendar peperiksaan muet 2017

Pendaftaran MUET Sesi November 2017 Online


Calon peperiksaan boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online di laman sesawang MPM seperti informasi berikut :-
PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Selamat membuat pendaftaran MUET sesi November 2017. Semoga calon berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi November 2017 nanti.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments