Lirik Lagu Aku Negaraku Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah

Download Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video Nyanyian. Apakah lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017? Untuk makluman, Lagu "Aku Negaraku" adalah lagu perhimpunan sekolah yang dipilih . Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku beserta video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lagu Aku Negaraku

 

Aku Negaraku Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah 

Berikut dikongsikan Lirik Lagu Aku Negaraku yang merupakan lagu wajib perhimpunan mingguan bersama-sama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari. Lagu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. 

 

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah Ulang

[Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku 

 

Muat Turun Lagu Aku Negaraku

Untuk kemudahan pelajar atau guru, sila klik link yang disertakan untuk memuat turun atau download lagu dalam pelbagai versi :-
  1. Versi Penuh 
  2. Instrumental 
  3. MMO 
  4. STEM BV 
  5. STEM LV 

 

Video Nyanyian Lagu Aku Negaraku 

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik :-

Semoga perkongsian Lirik Lagu Aku Negaraku boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar dan guru semua.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments