Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah

Laporan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Berikut dikongsikan Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang buat panduan semua pelajar. Diantara isi kandungan laporan yang perlu ada adalah tarikh, nama sekolah, tujuan diadakan, kronologi acara dan penyedia laporan.

karangan Hari Anugerah kecemerlangan Sekolah

Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

        Pada 23 April 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Majlis yang bermakna ini telah diadakan di Dewan Pendidikan. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini serta tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan contoh para pelajar cemerlang ini sebagai model. 

       Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada para guru. Guru-guru ini pula dibantu oleh beberapa orang pelajar. Urusan hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

       Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Halim bin Mohd Kadir. Selepas bacaan doa selesa, Pengetua dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menyampaikan ucapan. Seterusnya, tetamu kehormat, iaitu Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin bin Sharif menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis. 

       Seterusnya, acara penyampaian hadiah diadakan. Seramai 52 orang pelajar telah menerima pengiktirafan berdasarkan kepada kategori tertentu. Antaranya termasuk pelajar terbaik setiap kelas, pelajar terbaik bagi setiap tingkatan, pelajar terbaik dalam mata pelajaran tertentu, pelajar cemerlang kokurikulum, pelajar contoh, pelajar cemerlang PT3 dan pelajar cemerlang SPM. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan pentas seperti sketsa, nyanyian, nasyid dan sebagainya oleh para pelajar. Selepas itu, hadiran dipersilakan menikmati jamuan ringan.

      Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar. Tuan pengetua mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak jawatankuasa penganjuran majlis yang bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dangan lancar. Pengerusi jawatankuasa pula mengucapkan termia kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang.

Disediakan oleh,                                              27 April 2017

Mohd Aziz Bin Abdul Rahman
Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran,
Majlis Hari Anugerah Cemerlng,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

Contoh Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 


     Pada hari Sabtu, 12 Mac 2017, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Senai, Johor telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis.

     Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. 

     Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengurusi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan pelajar untuk rajin belajar. Beliau juga prihatin terhadap pendikan anak-anak.

      Beberapa persembahan oleh murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik persembahan dikir barat oleh murid tahun 6, petikan gitar oleh murid tahun 6, adik Suria Md Ali dan persembahan deklamasi sajak oleh ketua murid, Saudari Firhad Bin Nordi. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

      Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.   

      Majlis ini berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Para jemputan dan tetamu di jemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada muri-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang. sumber

Disediakan oleh, 

________________________________

Imran Hakim Bin Salim
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Senai
Johor

Semoga perkongsian Contoh Laporan Hari Anugerah Cemerlang bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam membuat satu laporan yang terbaik.

0 comment... add one now