Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS

Keputusan Peperiksaan UPKK 2016 Semakan Online Dan SMS. Makluman untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2016 pada Oktober lalu. Semakan Keputusan UPKK 2016 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) boleh disemak secara online dan SMS pada hari Rabu, 15 Februari 2017. Tarikh ini diumumkan di FB Bahagian Kemajuan Islam (BKI) JAKIM.

Keputusan UPKK 2016

Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS

Untuk makluman, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru semakan keputusan UPKK tahun 2016 iaitu secara online dan SMS bermula tahun 2017.
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS buat panduan pelajar dan ibu bapa.

  • Tarikh Semakan : 15 Februari, Rabu (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)
  • Link Applikasi Semakan Online : http://semakan.islam.gov.my/
keputusan upkk 2016 online

Semakan Keputusan Melalui SMS

Pelajar juga boleh membuat semakan keputusan UPKK 2016 melalui kaedah SMS. Semakan SMS  boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017.

  • Cara Buat Semakan : UPKK <jarak> RESULT <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888 
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

atau

  • UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

keputusan upkk 2016 sms

Nota Penting

  1. Sila pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  2. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  3. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
  4. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Selamat membuat semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang lulus cemerlang.

0 comment... add one now