Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 N03

Keputusan Pilihanraya Kecil PRK Tanjong Datu Negeri Sarawak 2017. Mampukah Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tanjong Datu? Semuanya akan terjawab apabila Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjong Datu N03, Sarawak akan diadakan pada 18 Februari 2017 (Sabtu). Berikut dikongsikan Keputusan rasmi PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 yang akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Result PRK Tanjong Datu Sarawak 2017

Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017

Umum sedia maklum yang pilihanraya kecil Tanjong Datu terpaksa diadakan susulan kematian penyandang kerusi iaitu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak ketika itu telah meninggal dunia pada 11 Januari 2017. 

Berikut dikongskian maklumat Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017 yang mengandungi maklumat PRK, senarai calon yang bertanding, jumlah undi dan majoriti undi.

Senarai Calon PRK Tanjong Datu, Sarawak 2017

  1. Puan Sri Jamilah Anu (Barisan Nasional : BN)
  2. Rapelson Richard Hamit (Parti Bansa Dayak Sarawak baru : PBDS)
  3. Johnny Aput (Parti Reformasi Negeri : STAR)

Maklumat Pengundian

  1. Tarikh Penamaan Calon : 4 Februari 2017 (Khamis)
  2. Pengundian Awal : 12 Februari 2017 (Ahad)
  3. Tarikh Mengundi : 18 Februari 2017 (Sabtu)
  4. Tarikh Tutup Pemohonan Kertas Undi Pos : 6 Februari 2017 (Isnin)
  5. Penyandang : Tan Sri Adenan Satem (Barisan Nasional : BN)

Keputusan Rasmi

  1. Puan Sri Jamilah Anu (Barisan Nasional : BN) : 6573 undi
  2. Rapelson Richard Hamit (Parti Bansa Dayak Sarawak baru : PBDS) : 130 undi
  3. Johnny Aput (Parti Reformasi Negeri : STAR) : 108 undi
  • Peratus Mengundi : 69.2 %

    Majoriti undi : 6443 undi

    Pemenang : Barisan Nasional : BN - Puan Sri Jamilah Anu 

Tahniah kepada calon yang berjaya memenangi kerusi DUN Tanjong Datu Sarawak 2017. Semoga anda dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat pengundi dikawasan anda.

0 comment... add one now