Jadual Dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 Untuk Pesara Kerajaan. Perhatian dan panduan buat pesara kerajaan yang ingin mengetahui tarikh bayaran pencen 2017. Berikut dikongsikan Jadual Pembayaran Pencen 2017 yang memaparkan tarikh pembayaran pencen bulanan kepada pesara kerajaan. Jadual pencen ini telah diumumkan oleh Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Semoga Jadual Pembayaran Pencen 2017 ini bermanfaat buat pesara kerajaan. Moga ianya dapat digunakan dalam merancang perbelanjaan kewangan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.
Jadual Pembayaran Pencen 2017 Pesara Kerajaan
Berikut dikongsikan jadual pembayaran pencen tahun 2017 untuk pesara kerajaan yang memaparkan maklumat seperti tarikh, bulan dan hari. Untuk makluman, bayaran pencen bulanan akan dibayar lebih awal dari pembayaran gaji kakitangan awam 2017. Penyata bayaran pencen juga boleh di semak dan di print cetak di link Applikasi JPA Pencen.- Januari : Tarikh bayaran pada 18/01/2017, Hari Rabu
- Februari : 21/02/2017 (Selasa)
- Mac : 21/03/2017 (Selasa)
- April : 20/04/2017 (Khamis)
- Mei : 18/05/2017 (Khamis)
- Jun : 14/06/2017 (Rabu)
- Julai : 20/07/2017 (Khamis)
- Ogos : 21/08/2017 (Isnin)
- September : 20/09/2017 (Rabu)
- Oktober : 10/10/2017 (Selasa)
- November : 21/11/2017 (Selasa)
- Disember : 20/12/2017 (Rabu)
Grafik Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2017
Semoga Jadual Pembayaran Pencen 2017 ini bermanfaat buat pesara kerajaan. Moga ianya dapat digunakan dalam merancang perbelanjaan kewangan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.