Semakan Keputusan STAM 2016 Online Dan SMS

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2016. Berita baik buat pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM 2016). Menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tarikh rasmi semakan keputusan STAM adalah pada 19 Januari 2017 (Khamis). Pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing serta semakan melalui kaedah online dan SMS.

keputusan stam 2016

Semakan Keputusan STAM 2016 Online Dan SMS

Tarikh rasmi semakan keputusan STAM 2016 adalah pada 19 Januari 2017 (Hari Khamis). Mengikut rekod, berikut adalah tarikh keputusan STAM diumumkan untuk tahun-tahun sebelumnya. Ini bermakna keputusan STAM kelazimannya diumumkan sekitar minggu ketiga/ keempat bulan Januari.
 

  • 2015 : 21 Januari 2016
  • 2014 : 28 Januari 2015

Cara Buat Semakan Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan bagaimana pelajar boleh mendapatkan keputusan STAM 2016 mereka. Untuk makluman, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan mereka. Selain itu, pelajar boleh membuat semakan dengan 2 kaedah iaitu secara online dan melalui SMS. Walau bagaimanapun, semakan ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

A. Semakan Online

Semakan keputusan peperiksaan STAM secara online disediakan di link applikasi di bawah ini.
  • Klik SPPAT
  • Masukkan No Kad Pengenalan dan No angka giliran

B. SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui MySMS:-
  • Taip STAM<jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888

Untuk makluman, perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, 19 Januari 2017 sehingga 1159 malam 25 Januari 2017. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan STAM 2016. Moga dengan keputusan STAM yang cemerlang dapat membantu pelajar untuk memasuki IPTA/ UA melalui permohonan UPU 2017 online.

0 comment... add one now