Syarat Kelayakan BR1M 2017

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017. Umum sedia maklum yang permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 kini dibuka dari 5 hingga 31 Disember 2016. Untuk pemohon baru, berikut dikongsikan syarat kelayakan BR1M 2017 untuk mereka yang ingin membuat permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat kelayakan BR1M sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan ditolak. 

Syarat mohon BR1M 2017

Syarat Kelayakan BR1M 2017

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M tahun 2017 yang dikongsikan dari e-BR1M, Laman Web Rasmi BR1M 2017. Pemohon  yang  layak untuk membuat permohonan perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal  serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan  jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika
berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 

Semoga perkongsian Syarat Kelayakan BR1M 2017 ini bermanfaat kepada mereka yang bercadang untuk membuat permohonan BR1M. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments