Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS

Semakan Daftar Pemilih SPR. Anda sudah bersiap sedia untuk mengundi di Pilihanraya (PRU) yang akan datang? Berikut adalah panduan cara membuat semakan daftar pemilih SPR secara online dan SMS buat mereka yang yang telah membuat pendaftaran pemilih. Kepada pengundi yang berdaftar juga, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara Online dan SMS.


Semakan Daftar Pemilih spr

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

Berikut dikongsikan beberapa langkah yang mudah dalam membuat semakan daftar pemilih SPR kepada pengundi yang ingin mengetahui lokasi tempat daerah mengundi (DUN dan PARLIMEN) :-

1. Semakan Secara Online

Terdapat beberapa kaedah semakan yang boleh dibuat :-
  1. Klik Semakan Daftar Pemilih SPR. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-” atau “space”). Nota : Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 1 Tahun 2016 yang diwartakan pada tarikh 6 September 2016.
  2. Semakan Bagi Isi Rumah. Klik ISI RUMAH. Untuk semakan lebih dari seorang pemilih yang telah disahkan secara serentak

2. Semakan Melalui SMS

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Daftar Pemilih spr

Pendaftaran Pemilih SPR

Buat mereka yang layak untuk mengundi tetapi masih belum membuat pendaftaran pemilih, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda hendaklah :-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sudah mencapai umur 21 tahun;
  3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Anda boleh membuat pendaftaran pemilih SPR di lokasi tempat berikut :-
  • (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya. No. Telefon: 03-88927000
  • (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
  • (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
Selamat membuat Semakan Daftar Pemilih Online Dan SMS. Kepada mereka yang layak untuk mengundi tetapi masih belum mendaftar, lekas-lekaslah membuat pendaftaran pemilih SPR secepat mungkin.

0 comment... add one now