Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Online

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Online. Bagaimana hendak memohon kemasukan ke Sekolah Kawalan 2017? Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan KPM Tingkatan 1 tahun 2017 secara online. Permohonan akan dibuka bermula dari 1 September hingga 30 September 2016 untuk pelajar UPSR 2016.

Permohonan Sekolah Kawalan 2017

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Online

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 Tingkatan 1 SMKA SABK KRK Dan KAA boleh di mohon secara Online seperti langkah berikut :-
  • Permohonan dibuka kepada pelajar Darjah/ Tahun 6 tahun 2016 (UPSR)
  • Tarikh Buka Permohonan : 1 September 2016
  • Tarikh Tutup : 30 September 2016
  • Sila Daftar Masuk>Sekolah Kawalan>Pendaftaran Baru di Applikasi SPAT di https://public.moe.gov.my/

Senarai Sekolah Kawalan Di Malaysia

Berikut adalah diantara senarai sekolah kawalan di Malaysia:-
  1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  4. Kelas Aliran Agama (KAA)
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Kawalan/ Kelas Premier

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan serta panduan dalam memohon, sila rujuk di link di bawah ini

  • Cara menggunakan Sistem pendaftaran atas talian – klik Public MOE
  • Pertanyaan Umum atau FAQ – klik FAQ

Sila pastikan maklumat kokurikulum pemohon dikemaskini. Sebarang pertanyaan berkaitan syarat dan permohonan ke Sekolah Kawalan boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon. Jika terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan, sila rujuk ke :-


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, 

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849443 & 03-88849458
E-mel :apdm.team@moe.gov.my

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman terkini mengenai permohonan Sekolah Kawalan 2017 di Portal Rasmi KPM dan Applikasi SPAT. Selamat memohon dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now