Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS. Berita baik buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU). Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, keputusan SPMU 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017. Semakan keputusan SPM 2017 boleh dibuat melalui kaedah semakan secara SMS. Link semakan secara online akan dikongsikan jika ada.

Seramai 12,589 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan di 22 pusat peperiksaan di seluruh negara. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.


Semakan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS

Untuk makluman, pelajar telah menduduki peperiksaan SPMU 2017 pada Jun yang lepas. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan keputusan SPMU 2017 melalui semakan secara SMS :-
  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888
Slip keputusan pelajar SPMU atau Transkript Result akan diposkan ke alamat calon setelah keputusan SPMU diumumkan atau dengan cara lain, calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU untuk mendapatkannya.

Kepada calon SPMU 2017, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan 2017 kali ini.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

This Is The Newest Post
Blogger
Leave A Reply

No comments