Langkah Mengatasi Masalah Jerebu

Langkah Mengatasi Masalah Jerebu. Berikut dikongsikan contoh karangan PT3 yang bertajuk Langkah Mengatasi Masalah Jerebu atau Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu. Semoga contoh karangan Bahasa Melayu (BM) yang disertakan ini dapat memberikan idea kepada pelajar dalam menghasilkan hasil karangan yang bermutu.

Langkah Menangani Masalah Jerebu

Langkah Menangani Masalah Jerebu

Pengenalan

Semua orang menginginkan keindahan alam semulajadi kerana ianya amat penting dalam kita menikmati kehidupan ini. Namun kebelakangan ini, masalah  jerebu mula melanda negara kita saban tahun. Senario ini mestilah kita tangani  kerana natijahnya amat buruk. Masyarakat terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan penyakit lelah dan pelbagai lagi.

Idea-idea Utama

Pembakaran secara terbuka antara faktor utama jerebu berlaku. Para petani membakar jerami-jerami padi setelah musim menuai berakhir. Kuantiti asap ini makin betambah dan menyeliputi ruang  angkasa.  Justeru, sistem yang lebih  praktikal  untuk  membuang  jerami padi ini mestilah disediakan. Antaranya,  mengitar  semula  jerami  padi yang ada untuk dibuat baja ataupun makanan haiwan ternakan. 

Pada  masa  yang  sama,  pihak  berkuasa  seperti  pihak  jabatan  alam  sekitar  perlu  peka terhadap  pembebasan  asap-asap  terutama  dari  kenderaan  berat  seperti  lori  dan  bas.  Operasi  demi operasi perlu dijalankan untuk menyaman pemandu yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka hanya memikirkan  keuntungan  semata-mata  tanpa  memikirkan kesan  asap  yang  dikeluarkan  secara berlebihan daripada kenderaan mereka. 


Denda dan hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap golongan yang mencemarkan alam sekitar. Senario ini untuk memberikan  pengajaran  kepada  masyarakat  supaya tidak  mencemarkan  keindahan  alam  semula  jadi.  Mereka  perlu  lebih  peka  dan  sayang  akan  alam sekitar  yang  ada.  Jerebu  contohnya,  menyebabkan  banyak  aktiviti  harian  kita  terjejas  dan  berlaku penutupan sekolah. 


Langkah yang terbaik boleh dilakukan dengan peranan pihak media-media  massa  di negara  kita. Penyiaran  rencana  mahupun  dokumentari tentang  penjagaan  mahupun  pemuliharaan alam sekitar perlu ditanam dalam sanubari mereka. Jika minda mereka telah tertanam sikap sayang akan  alam  sekitar,  mereka  pastinya  tidak  mudah  untuk  melakukan  sesuatu  aktiviti  seperti  yang menyebabkan jerebu terjadi.

Penutup

Konklusinya,  langkah  yang  efektif  perlu  dijalankan untuk  menangani  masalah  jerebu.  Saban  tahun rakyat di negara kita pasti dihidangkan dengan fenamena ini. Pada masa yang sama negara-negara jiran juga perlu melakukan  kaedah  yang  sama.  Jika  permuafakatan  berlaku,  bukan  sahaja  masalah
jerebu  dapat  diselesaikan  tetapi  pelbagai  masalah  yang  berkaitan  alam  semul  jadi  pasti  dapat ditangani. 

Kredit  : Andrewchoo

0 comment... add one now