Hidup Sepakat Membawa Berkat Contoh Karangan Syarahan

Contoh Karangan Syarahan - Hidup Sepakat Membawa Berkat. Berikut dikongsikan Contoh Karangan Syarahan Bahasa Melayu (BM) yang bertajuk Hidup Sepakat Membawa Berkat. Tulis syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 

Contoh Karangan Syarahan Hidup Sepakat Membawa Berkat

Soalan

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat
Membawa Berkat”.

Rangka Karangan Hidup Sepakat Membawa Berkat

1. Pengenalan

  • Kata-kata aluan
  • Memberitahu tajuk syarahan – jelaskan ungkapan tersebut

2. Isi-isi karangan

  • Kerjasama perlu diamalkan – dalam semua aspek kehidupan
  • Hidup dalam keadaan harmoni – saling bekerjasama
  • Kerjasama perlu dipupuk sejak kecil/ sekolah rendah
  • Hasil kerjasama rakyat hidup aman – pembangunan dilaksanakan

3. Penutup

  • Masyarakat mesti hayati
  • Wujud kesepakatan setiap lapisan masyarakat
  • Terima kasih

Contoh Karangan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati sekalian. 


Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”.

Para hadirin yang dihormati,
Hidup sepakat bermaksud hidup yang ada sikap bekerjasama dikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini, nescaya hidup kita sentiasa dalam aman dan damai. Amalan bermuafakat perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.


Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah contoh semangat
permuafakatan dalam masyarakat. Rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalam keadaan harmoni. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya ”.


Hadirin sekalian,
Amalan bantu-membantu dan bekerjasama akan membawa banyak kebaikan. Kehidupan menjadi aman dan damai serta pembangunan yang dijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Oleh itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana akan mendatangkan banyak kebaikan. 


Sekian sahaja syarahan saya - Hidup Sepakat Membawa Berkat. Terima kasih.

0 comment... add one now