Contoh Ulasan Piramid Makanan

Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan. Berikut dikongsikan contoh ulasan karangan mengenai Piramid Makanan untuk panduan pelajar semua. Ulasan karangan yang ditulis panjangnya hendaklah sekitar 80 hingga 100 patah perkataan.

Piramid Makanan

Soalan

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Contoh Jawapan 1:

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Nasi, mi, roti, bijirin dan ubi boleh diambil banyak kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan supaya mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran secara minimum 3 hingga 5 hidangan untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita disyorkan supaya makan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Seterusnya, pengambilan susu dan produk tenusu mestilah dikurangkan untuk mengelakkan risiko obesiti. Akhir sekali, penggunaan lemak minyak, gula dan garam mestilah dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Tegasnya, kita haruslah mematuhi piramid makanan agar kesihatan lebih terjamin.

Contoh jawapan 2

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

0 comment... add one now