Contoh Karangan Laporan Aktiviti Gotong Royong

Laporan Aktiviti Gotong Royong. Berikut dikongsikan contoh karangan laporan aktiviti Gotong Royong buat panduan pelajar semua. Gotong royong adalah satu aktviti kerja yang dibuat secara bersama-sama atau dengan kata lain saling membantu dan bekerjasama ketika membuat sesuatu.

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Contoh 1 : Laporan Aktiviti Gotong-Royong

Pada 1 Mei 2016 yang lalu, Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai. Aktiviti ini diadakan di Kampung Seri Lama dan aktiviti tersebut dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi. Aktiviti ini disertai oleh tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.

Sebelum memulakan aktiviti tersebut, penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Seri Lama tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong.

Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung. Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza. Antaranya termasuklah mengumpul sampah, menyapu, mebakar sampah dan sebagainya.

Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah. Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam. Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.

Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan, kaum wanita telah manyediakan hidangan tengah hari. Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera. Selain itu, wakil penduduk Kampung Seri Lama turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami membersihkan kawasan sungai.

Aktiviti ini tamat pada pukul 5.00 petang. Meskipun keletihan, namun kami  berasa sungguh gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Contoh 2

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA

Pada 1 April 2016, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan bagi tahun 2016. Aktiviti ini melibatkan beberapa persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Ali. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu dan berus.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang di hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas. Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Azrina. Beliau juga turut membantu.

Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami telah diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan gotong-royong ini telah ditaja oleh PIBG.

Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung bantal baru, memasang langsir, dan memasang tikar getah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik Ahmad Abu telah menyampaikan ucapan. Beliau menyeru seluruh warga sekolah agar mengamalkan budaya ‘ Sentiasa Bersih’.


Disediakan oleh,                                                                                                     
Semoga Contoh Karangan Laporan Aktiviti Gotong Royong ini boleh dijadikan panduan dan idea kepada pelajar semua dalam menyediakan satu laporan yang terbaik dan berkualiti.

0 comment... add one now