Kepentingan Kitar Semula

Kepentingan Kitar Semula. Apa itu Kitar Semula dan kepentingannya kepada manusia dan alam sekitar? Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama.

Kepentingan Kitar Semula kepada manusia dan alam sekitar

Kepentingan Kitar Semula

Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Kenapa Kita Perlu Kitar Semula?

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

  1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa
  2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa 
  3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak

Kepentingan Kitar Semula Kepada Alam Sekitar

  1. Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
  2. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. 
  3. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  4. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  5. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

Kepentingan Alam Sekitar Terhadap Manusia

  1. Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  2. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  3. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  4. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Selain itu amalan kitar semula amat penting dalam kehidupan kita. Semua rakyat di Malaysia haruslah menjimatkan penggunaan sumber seperti petroleum, gas asli, minyak  dan lain-lain lagi. Hal ini demikian supaya dapat mengelakkan kehabisan sumber-sumber di Malaysia.


Dengan mengitar semula barang-barang yang boleh dikitar semula, seperti surat khabar lama dan tin aluminium, kita dapat menambah pendapatan kita. Hal ini kerana kita dapat mendapatkan duit dengan menjualkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.


Di samping itu, kita haruslah memupuk sikap berjimat cermat. Dengan ini, kita
tidak akan membazir sumber-sumber di bumi dan sumber-sumber ini juga tidak akan dihabiskan dalam masa yang singkat. 


Justeru, kerajaan juga harus mengekalkan tong-tong sampah yang mencukupi
untuk dijadikan tong kitar semula. Sampah harus dibuang ke dalam tong-tong sampah ini mengikuti bahan. Contohnya tong yang berwarna coklat merupakan tong yang disediakan untuk pembuangan kaca, manakala tong yang berwarna oren pula merupakan tong yang khas disediakan untuk pembuangan tin aluminium.


Kita haruslah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan
kawasan persekitaran kita sentiasa bersih dan ceria.

0 comment... add one now