Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Raya 2016 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Raya 2016 Kakitangan Awam. Berita baik buat penjawat awam apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan 2016 (BKK) menjelang Hari Raya Aidilifitri sebanyak RM500 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pemberian "Bonus" ini diberikan atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.
Tarikh Pembayaran bonus raya 2016 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2016 Kakitangan Awam 

Merujuk kepada pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2016 (Bantuan Khas Kewangan), berikut dikongsikan maklumat penting mengenai jumlah dan tarikh pembayaran :-
  1. Pembayaran RM500 kepada Pegawai Perkhidmatan Persekutuan
  2. Pembayaran RM250 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen
  3. BKKK diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang masih berkhidmat pada 8 Jun 2016, tertakluk kepada syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji  penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016 
  4. BKK sebanyak RM500 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan RM250 kepada pesara akan dibayar pada 13 Jun 2016
Untuk maklumat lanjut mengenai pegawai yang layak dan tidak layak menerima BKK 2016 serta maklumat lanjut, sila muat turun pekeliling dalam PDF di JPA. Semoga pemberian BKK 2016 ini mampu meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

0 comment... add one now