Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar Belakang Bangunan/ Binaan di tempat bersejarah yang anda pilih merupakan salah satu isi kandungan yang diperlukan dalam esei laporan Sejarah PT3 2016 (Kerja Kursus). Berikut dikongsikan latar belakang beberapa lokasi terpilih bangunan/ binaan bersejarah secara ringkas sebagai panduan pelajar PT3 2016.

kerja kursus sejarah pt3 2016 Bangunan Bersejarah

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Isi Kandungan

  1. Latar belakang bangunan/ binaan
  2. Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  3. Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  5. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur sejarah. Setiap negeri mempunyai tempat bersejarah yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri. Sebagai contoh Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Melaka pada suatu dahulu adalah sebuah pelabuan yang maju dan moden. Melaka mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti bangunan A Famosa, Makam Hang Li Po, Makam Hang Jebat, Muzium Negeri dan Kota Melaka. 

Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Oleh itu, pemeliharaan bangunan bersejarah memang penting di Malaysia dan patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja. Cikgu Razak

Contoh Latar Belakang Bangunan/ Binaan Bersejarah

1. Bangunan A'Famosa, Melaka

Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota A’ Famosa bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis. Ianya juga dikenali sebagai “Fortaleza de Malaca” dan merupakan antara seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). 

Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de-Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Sumber

2. Bangunan Sultan Abdul Samad

Lokasi : Jalan Raja, Kuala Lumpur
Dibina pada tahun 1894-97
Akitek : A.C Norman
Asalnya Setiausaha Negeri Selangor. Bangunan ini menempatkan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Persekutuan, Pejabat Peguam Negara, Pejabat Akauntan Negara dan Pendaftar Perkahwinan.

Menjadi latar belakang bagi upacara penting seperti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan pertunjukkan Tahun Baru. 

Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. PNM

3. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

Juga dikenali sebagai "Istana Lama". Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah
berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut   senibina masyarakat Minangkabau.


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah  dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana
lama.


Istana ini setinggi empat  tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang  tukang Melayu  bernama Kahar dan  Taib.  Tukang Kahar telah dianugerahkan  gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. DocSlide

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.


Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Islam Grid

5. Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah)

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Malaysia.


Ini adalah sebahagian daripada Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Latar belakang bangunan/ binaan lain boleh didapati di wikipedia dan sumber lain.

2 comments.. read them below or add one

Kelvin Chan Kelvin Chan June 23, 2016
Saya nak maklumat lanjut istana seri menanti
Krishven Sharma Krishven Sharma June 26, 2016
saya nak maklumat tentang Bangunan Sultan Ibarhim....