Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Malaysia. Umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa pada 6 Jun 2016. Berikut dikongsikan Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Setiap Negeri untuk tahun 2016 bersamaan dengan 1437H. Bayaran zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil zakat yang bertauliah di sesuatu kawasan. 

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2016

Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Malaysia

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia. Zakat Fitrah adalah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Bayaran fitrah dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

NoNegeriTahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)Tahun 2014 (RM)
1Perlis7.006.56.5
2Kedah7.0077
3Pulau Pinang7.0077
4Perak7.0077
5Selangor7.0077
6Negeri Sembilan6.506.56.5
7Melaka6.706.76.7
8Johor6.00/8.00*5.00/8.00*5.00/8.00*
9Pahang7.0077
10Terengganu7.60 / 7.00 / 4.50*7.40 / 6.80 / 4.60*7.60/7.00/4.50*
11Kelantan7.0077
12Sarawak7.0077
13Sabah7.0077
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.0077
* Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Malaysia adalah berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan

Waktu mengeluarkan zakat adalah seperti berikut :-

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengeluarkan zakat.

0 comment... add one now