Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah. Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 yang perlu disiapkan dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah Kajian Bangunan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda. 

cara buat Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh 1

Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

Contoh 2

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan–rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 3

Selepas saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia. Saya juga merasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka.

Contoh 4

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga kerana dapat hidup sejahtera dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa/ kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan perasaan dan semangat muhibbah atau semangat masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Via BS


Buat pelajar Tingkatan 3, selamat menyiapkan Contoh Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Semoga anda berjaya.

0 comment... add one now