Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Online

Semakan UiTM 2016 Online. Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk semakan keputusan kemasukan ke UiTM Sesi 2016/ 2017 secara online. Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Online ini mengandungi tarikh semakan keputusan/ tawaran kemasukan dan panggilan temuduga yang boleh disemak di Portal Kemasukan Pelajar UiTM. 


Tarikh-tarikh yang dinyatakan akan dikemaskini dari masa kesemasa dan pemohon dinasihatkan untuk merujuk applikasi semakan untuk tarikh yang sebenar.
Semakan UiTM 2016 Online

Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Online

Tarikh semakan keputusan permohonan/ panggilan temuduga ke UiTM Sesi  2016-2017 online untuk program pengajian yang dinyatakan adalah seperti berikut :-
  1. Keputusan permohonan ke Program Asasi Undang-Undang, Diploma dan AP243 untuk lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2 2016/2017 (NOVEMBER 2016) boleh disemak bermula dari 3 November 2016 (Khamis) Jam 12.00 tengahari
  2. Semakan panggilan ujian MEDSI (Malaysia Educators Selection Inventory bagi Program Sarjana Muda (Pendidikan) Sesi 1 2016/2017 bagi lepasan STPM/ Setaraf, Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) : Bermula 17 Mei atau 18 Mei 2016 selepas jam 12.00 tengahari.
  3. Keputusan permohonan Pra Diploma Sesi 1 2016 (Sesi Jun 2016) boleh disemak bermula 20 Mei 2016 (Jumaat) Jam 5.00 petang
  4. Semakan keputusan permohonan Program Asasi, Diploma dan AP243 untuk lepasan SPM/ Setaraf dan Penerapan Pra Diploma ke Diploma Sesi 1 2016/2017 (Kemasukan bulan Mei 2016) boleh di semak bermula 16 Mei 2016 (Isnin) Jam 12.00 Tengahari
  5. Semakan keputusan panggilan temuduga Program Sarjana Muda (Kecuali Program Pendidikan) Sesi 1 2016/2017 untuk lepasan STPM/ Setaraf, Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) boleh disemak bermula 16 Mei 2016 (Isnia) pada jam 5.00 petang
  6. Semakan Panggilan temuduga Program Diploma/ Asasi TESL bermula pada 15 April 2016 (Jumaat) jam 300 petang

APPLIKASI SEMAKAN


Selamat membuat semakan kepada pemohon dan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke UiTM Sesi 2016/ 2017.

0 comment... add one now