Punca Gagal Permohonan UPU Online

Sebab Permohonan UPU Ke IPTA Tidak Berjaya. Tahniah kepada pelajar lepasan SPM yang telah ditawarkan kemasukan ke Universiti Awam (dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier sesi 2016-2017. Kepada yang gagal dalam permohonan ke UA (IPTA)/ Politeknik, anda masih berpeluang dengan membuat rayuan UPU bermula dari 26 Mei sehingga 31 Mei 2016. Apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU?

Gagal Permohonan UPU Online

Punca Gagal Permohonan UPU Online

Untuk makluman, semakan keputusan UPU Online lepasan SPM/ setaraf untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier telah diumumkan pada 16 Mei 2016 manakala Kolej Komuniti, ILKA dan Politeknik Konvensional, keputusan akan diumumkan pada 26 Mei 2016. Untuk lepasan STPM/ setaraf, keputusan dijangka diumumkan pada minggu kedua Ogos 2016. Dikongsikan dari FB Rasmi UPU, berikut adalah analisa keputusan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier bagi program pengajian Asasi dan Diploma.
Sebanyak 181,317 permohonan telah diterima dan seramai 68,914 atau 33%,  pemohon lepasan SPM/ setaraf telah ditawarkan tempat. Sebanyak 62% pemohon telah diberikan tawaran berdasarkan kepada 3 pilihan utama mereka dalam UPUOnline. Daripada jumlah tersebut, 36.9% pemohon telah diberikan tawaran mengikut pilihan pertama.

Tawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
sebab Gagal Permohonan UPU Online

Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Pemohon Yang Gagal

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA masih berpeluang dengan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnIine yang bermula 26 Mei (1200 tengahari) sehingga 31 Mei 2016 jam 1159 malam. Layari Laman Web UPU untuk membuat rayuan.

0 comment... add one now