Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Datang Sekolah. Berikut dikongsikan contoh Karangan UPSR Surat Kiriman Rasmi kerana Tidak Hadir Ke Sekolah. Untuk makluman, peperiksaan UPSR 2016 akan diadakan dari 1 September dan 5 hingga 8 September 2016. Adik-adik semua masih mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran dari sekarang dengan tekun agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti.

Surat Rasmi Tidak datang Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Soalan Karangan UPSR

Anda tidak dapat hadir ke sekolah semalam. Sila tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda dan maklumkan tentang ketidakhadiran anda ke sekolah. Sila berikan alasan yang munasabah.

Kelas 6 Bijak Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,

81300, Skudai,
Johor.



                                                                                                                      

Cikgu Amira Binti Karim
 
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,
81300, Skudai,
Johor.                                                                            14 April 2016

Cikgu,

PERKARA : Tidak Hadir Ke Sekolah

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya, saya Ali Bin Ahmad ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana menziarahi datuk yang sakit tenat di kampung.

2. Keluarga saya telah menerima panggilan telefon lewat malam semalam. Keluarga saya telah bertolak ke kampung di Batu Pahat sejurus selepas menerima panggilan itu. Masa yang sudah lewat malam menyebabkan saya tidak sempat untuk menghubungi dan memaklumkan cikgu atau rakan-rakan sekelas perkara ini.

3. Saya berharap penjelasan saya ini diterima dan berharap agar cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



--------------------------------
(ALI BIN AHMAD)

Kelas 6 Bijak Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka


Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah juga boleh dirujuk di Contoh surat rasmi. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar semua.

0 comment... add one now