Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN

Senarai Perbelanjaan Individu Yang Diberikan Pelepasan Cukai. Berikut dikongsikan senarai terkini pelepasan cukai pendapatan individu atau senarai perbelanjaan individu yang diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Senarai pelepasan cukai ini mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda. Dengan syarat anda seorang individu pemastautin di Malaysia, anda layak menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di bawah ini. 

Senarai Perbelanjaan Individu Yang Diberikan Pelepasan Cukai

Untuk makluman, tarikh akhir untuk memfailkan borang cukai tahunan BE samada secara manual atau e-filling adalah seperti berikut :-
  • Penghantaran secara manual (Borang Nyata) : 30 April 2016
  • E-Filling : 15 Mei 2016

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai jenis pelepasan cukai pendapatan individu pemastautin di Malaysia yang mengandungi maklumat tentang dengan jenis potongan individu, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia.

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin : Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja.
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)


i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)
6,000 (Terhad)
12
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
13
Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)
500 (Terhad)
14
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
15
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
16
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
17
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
18
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
1,000
19
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)
20
Anak Kurang upaya



Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015


21
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
22
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021
1,000 (Terhad)

23
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
24
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

Selamat menghantar borang cukai pendapatan mengikut tarikh yang ditetapkan disamping merujuk kepada Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Terkini LHDN sebagai panduan.
Sumber : LHDN

0 comment... add one now