Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online

Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online. Model baru penajaan pendidikan JPA 2016 telah diumumkan pada 5 April 2016 dengan Program Dermasiswa B40 adalah salah satu program penajaan baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program Dermasiswa B40 2016 merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti.
Golongan B40 adalah terma yang digunapakai oleh Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.
Permohonan biasiswa Dermasiswa B40 2016 Online

Objektif Program Dermasiswa B40 2016

Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.
Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. 
Sebanyak 1,000 tempat akan diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program-program berikut:

A. Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam

Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Sebanyak 700 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

B. Program Diploma UNITEN & MMU

Program Diploma UNITEN & MMU merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma samada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau Multimedia University (MMU). Bidang pengajian yang ditaja adalah kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan dan pentadbiran perniagaan. Sebanyak 200 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

C. Program Sijil Profesional (PSP)

Program Sijil Profesional (PSP) adalah penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan. Pelajar yang dipilih akan ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur bagi Program sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan, dan Kolej Poly-Tech MARA bagi pengajian Certified Accounting Technician (CAT) . Sebanyak 100 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

Cara Buat Permohonan Program Dermasiswa B40 Online

Menurut Portal Rasmi e-Sila, permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my bermula dari 23 Mei hingga 30 Mei 2016. Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan
  7. Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).
Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi e-Sila untuk pengumuman dan tarikh terkini Permohonan Program Dermasiswa B40 2016 Online. 

0 comment... add one now