Permohonan Program Bursary 2016 Online

Permohonan Program Bursary 2016 Online. Berita baik buat pelajar SPM 2015 yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan Biasiswa Bursary 2016 secara online mengikut maklumat di bawah ini. Program Bursary Tahun 2016 adalah program penajaan ke atas pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan. 
Permohonan biasiswa Program Bursary 2016 Online
Program ini merupakan kesinambungan Program Bursary yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2012 hingga 2015. 
Program ini diteruskan pelaksanaannya oleh JPA pada tahun 2016 secara one off sebelum dimansuhkan pada tahun 2017.
Bilangan penajaan yang akan ditawarkan adalah sebanyak 250 tempat dengan penajaan bagi peringkat persediaan adalah dalam bentuk biasiswa. 

Permohonan Biasiswa Program Bursary 2016 Online

Permohonan akan dibuka secara online di 
  • Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my 
  • Tarikh Permohonan : Bermula 11 April hingga 30 April 2016
  • Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditaja mengikuti kursus persediaan di IPT dalam negara yang ditetapkan seperti di Senarai Universiti.

Syarat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan Program Bursary 2016 :-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 buat kali pertama;
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  6. Mendapat keputusan 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2015

Maklumat Penting Permohonan

Hanya program pengajian yang telah diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan ditaja oleh JPA. Semakan pengiktirafan boleh dibuat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) atau melalui talian 03-88704308/5199/6700 atau emel kepada recognition@moe.gov.my.

Selain program yang tidak diiktiraf, JPA juga tidak menaja Program pengajian berikut:

  1. Pendidikan
  2. Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang
  3. Program Kejururawatan / Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan
  4. Kursus-kursus Profesional seperti ACCA, CLP dan Linux
  5. Program berkembar dengan institusi luar negara
  6. Program Double Degree

Selamat memohon Permohonan Biasiswa Program Bursary 2016 Online dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now