Soalan Lazim FAQ Permohonan IPG 2016 Online

Soalan Lazim FAQ Permohonan IPG 2016 Online. Umum sedia maklum yang Permohonan IPG 2016 secara online telah di buka mulai 10 Mac 2016 (Khamis) sehingga 27 Mac 2016. Pemohon yang sedang atau akan mengisi permohonan PISMP 2016 (dahulunya Maktab Perguruan) yang menghadapi masalah ketika mengisi borang bolehlah merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) bagi Permohonan yang dikongsikan dari Applikasi Permohonan IPG.

Permohonan IPG 2016 Online

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan IPG 2016 Online

1. Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan.
Sila Klik pada ikon Lupa Kata Laluan   dengan masukan nombor kad pengenalan serta alamat emel yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah dilampirkan.

2. Dimana saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pengisian borang permohonan terutamanya syarat khusus bidang pengajian yang dipohon.

Anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my. Semua maklumat seperti syarat kelayakan, struktur program, dan syarat khusus bidang pengajian yang dipohon boleh didapati daripada menu yang disediakan.

3. Berapa kali saya boleh mengemaskini borang permohonan.

Kemaskinian borang boleh dibuat seberapa banyak yang diperlukan selagi anda belum mengesahkan permohonan. Anda boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

4. Apakah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
iii. Sesi Ujian Amali.
a. Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

5. Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.

Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon. Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.

6. Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.

Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.

7. Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.

Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

8. Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.

Anda dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus.

Semoga Soalan Lazim FAQ Permohonan IPG 2016 Online ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan, sila hubungi :-               

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769
Semoga berjaya buat pemohon IPG 2016 online yang merupakan langkah utama sebelum menjadi guru atau cikgu.

0 comment... add one now