Semakan Tawaran Matrikulasi KPM 2016/ 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran Kolej Matrikulasi KPM 2016/ 2017 Online.  Buat pemohon yang telah membuat permohonan Matrikulasi sesi 2016/ 2017, semakan keputusan tawaran Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam masa 30 hari waktu bekerja selepas keputusan SPM 2015 diumumkan secara rasmi. Semakan Tawaran Matrikulasi KPM 2016/ 2017 Online akan dibuka untuk semakan pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula jam 1200 tengahari.

Untuk makluman, keputusan Matrikulasi pada tahun lepas telah diumumkan pada 13 April 2015. Tarikh Semakan tawaran Matrikulasi 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa dan pemohon diingatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM untuk tarikh sebenar. 

Semakan keputusan Tawaran Matrikulasi KPM 2016/ 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2016/ 2017 Online & SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan beserta panduan membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 :-

1. Semakan Online

  • Semakan boleh di buat melalui applikasi semakan TAWARAN MATRIKULASI. Tarikh semakan 14 April 2016, bermula 1200 tengahari.

2. Semakan Melalui SMS

Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip :-
  • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Maklumat Penting Tawaran Matrikulasi 2016

Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya dikehendaki untuk mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi.
Rayuan Program Matrikulasi 2016/ 2017 bagi calon yang gagal boleh terus dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my (Tarikh akan dikemaskini kemudian). 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

Selamat membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 dan semoga anda berjaya. Sumber

0 comment... add one now