Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG. Buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPG 2016 dahulunya Maktab Perguruan, langkah seterusnya selepas memohon seperti tarikh penting permohonan IPG adalah untuk membuat semakan nama calon yang berjaya untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
Pemohon boleh membuat semakan UKCG secara online bermula dari 5 hingga 14 April 2016. Untuk makluman, UKCG akan dijalankan dari 10 hingga 15 April 2016. Contoh soalan UKCG boleh dirujuk di INSAK
Langkah seterusnya adalah semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian bermula dari 3 Mei hingga 19 Mei 2016. Pemohon yang berjaya di panggil temuduga dikehendaki untuk mencetak Surat Panggilan Temu Duga dan Borang butiran Diri di laman sesawang KPM. Pelaksanaan Sesi temuduga akan diadakan pada 9 Mei hingga 20 Mei 2016.

Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG

Untuk panduan pemohon semua, berikut adalah ringkasan cara membuat semakan nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG beserta tarikh penting dan link applikasi:-
  1. Tarikh Semakan UKCG : 5 April hingga 14 April 2016
  2.  
  3. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.  

Maklumat Penting UKCG

Berikut adalah maklumat penting mengenai UKCG yang dikongsikan dari Applikasi Permohonan PISMP 2016.  
1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.
2.  Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  1. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  2. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani. 
  3. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan

C. SESI UJIAN AMALI

Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3.  SESI TEMU DUGA

  1. Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  2. Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
4.  PEMILIHAN

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).  


Kepada pemohon, selamat membuat Semakan Keputusan UKCG 2016 Online Permohonan IPG dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now