Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 Online

Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018 Online Dan SMS. Untuk makluman pelajar lepasan SPM, pelajar yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Pelajar hanya perlu membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan dijangka akan diumumkan pada minggu kedua April 2017.
Pelajar dinasihatkan untuk merujuk laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa kesemasa di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk tarikh sebenar semakan. Semua murid calon sekolah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016 disarankan membuat penyemakan pada tarikh yang dijadualkan.

Semakan Tingkatan 6 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017

Berikut dikongsikan tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018 yang boleh disemak secara online ataupun SMS.
  • Semakan Tawaran Kemasukan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 14 April 2016)
  • Semakan Keputusan Rayuan : Akan dikemaskini (14 Jun 2016)

1. Semakan Online

Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari (akan dikemaskini) di Semakan Tingkatan 6. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. 

Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

2) Semakan melalui SMS

Pelajar juga boleh menggunakan kaedah semakan melalui SMS :-
  1. Taip MOE T6 (No KP atau Angka Giliran)
  2. Hantar SMS ke 15888
Mereka yang gagal menerima tawaran ke Tingkatan 6 tahun 2017, pelajar boleh merayu secara online. Klik Rayuan Tingkatan 6
Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2017. Bagi mereka yang gagal, anda masih mempunyai peluang dengan membuat rayuan pada masa yang ditetapkan.

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2017

Tarikh semakan keputusan rayuan buat pelajar yang telah merayu kemasukan ke Tingkatan 6 adalah pada (jangkaan pada minggu pertama/ kedua Jun 2017) Tahun lepas adalah pada 14 Jun 2016. Sila klik applikasi semakan  untuk membuat semakan

Selamat membuat Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke Form 6 nanti.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments