Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online. Berita baik buat pelajar UPSR apabila permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 boleh dimohon secara online bermula 1 April 2016. Pengambilan murid SSEM adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk Tingkatan 1 sahaja. Dimaklumkan bahawa, TIADA pengambilan untuk kemasukan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan Ssem 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online :-
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui applikasi permohonan berikut :-
  • Applikasi Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 : Klik eSSeM
  • Tarikh Buka : 1 April 2016
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2016

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kemasukan hanya untuk Tingkatan 1
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  5. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga
Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online, sila hubungi :-
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, 
Unit Pengurusan Sekolah Seni 
Talian No : 03-88721620 
Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my. 

Senarai Lokasi Dan Alamat Sekolah Seni Malaysia

Berikut adalah senarai lokasi dan alamat sekolah seni di Malaysia

1. SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

Jalan Persiaran,
Sinaran Ilmu Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor

Tel :07 3870215
Fax : 07 3860215
Web /Blog : http://sekolahsenijohorbahru.webs.com/
email : senijb@yahoo.com.my

2. SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK

Jalan Demak
93050 Kuching
Sarawak

Tel : 082-449586
Faks : 082-449605
Web / Blog : http://sskuching.blogspot.com/
E-Mel : sskuching@yahoo.com

3. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR

d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
Jalan Persiaran Anjung Seri
U8/80, Bukit Jelutong Timur
40000 Shah Alam
Selangor


Semoga berjaya buat pelajar yang membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2017 Online.

0 comment... add one now