Permohonan Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC April 2016

Permohonan Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC 2016. Berita baik buat pelajar lepasan SPM, STPM dan SPMV seperti dikongsikan dari FB Insep Programme Course, Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus kemahiran secara percuma (Biasiswa) kepada mereka yang tidak mendapat tempat atau tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS seperti mandat yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dalam Bajet Baru 2016.

Untuk makluman kursus ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Tabung PTPk dan akan dijalankan di Mantin, Negeri Sembilan.
Permohonan Kursus Kemahiran NSSDC April 2016

Permohonan Kemasukan Ke NSSDC April 2016

Sesi kemasukan Terkini adalah pada April 2016.
Kouta Tajaan hanya 100 permohonan terawal sahaja

Syarat-syarat kemasukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur lingkungan 18-25 Tahun
  • Bujang
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Bahasa Malaysia - Wajib lulus sahaja
  • Sains atau Matematik - Salah satu matapelajaran lulus sahaja.

Kursus-Kursus Yang Di tawarkan (SKM)

  • Industrial Electronik (IE) Tahap 2 dan 3
  • Industrial Automation (MECHATRONICS) Tahap 2 dan 3
  • Automative Engineering (AUTO) Tahap 2 Sahaja

Kelebihan Kursus

  • Ditaja sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Malaysia
  • Tanpa Pinjaman PTPTN
  • Kemudahan Asrama / makan 3x sehari dan transport disediakan
  • Elaun sara diri sepanjang tempoh latihan (RM 300)
  • Sijil SKM tahap 2 dan 3 yg diiktiraf oleh JPK.
  • Tempoh belajar 12-18 bulan ( Bajet Baru 2016)
  • Tidak terikat sekiranya ditawarkan belajar dalm tempoh berkursus.
  • Ada hubungan baik dengan industri di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor

Cara Memohon

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Borang Permohonan kursus sila hubungi En. Saiful di talian 012-6580923 atau Whatsapp untuk tempahan tempat dan pengeluaran surat tawaran (Sekiranya Berkelayakan ).
Peg.Pengambilan Jabatan HEP NSSDC
SAIFULHAZLAN RAMDAN
012-6580923
Pejabat :06-7587404 sambungan 104
Email : saiful_nssdc@yahoo.com

Website : www.nssdc.org.my


Selamat memohon Kursus Kemahiran Percuma Di NSSDC April 2016 kepada mereka yang layak untuk masa depan yang cerah buat anda.

0 comment... add one now