Pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Online

Borang Pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor Online. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor kerana perihatin kepada peningkatan kos sara hidup di bandar besar masa kini. Berita baik apabila Bas Muafakat Johor, perkhidmatan Bas Muafakat Johor yang diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara kini di buka untuk Pendaftaran bagi Kad Muafakat Johor seperti dikongsikan dari FB MB Johor

Apa Itu Bas Muafakat Johor?

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan (MBJB, MPJBT, MPPG dan MPKu) yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.
Bas percuma Muafakat Johor Online
Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor. 

Pendaftaran Kad Muafakat Johor

Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.

Untuk pendaftaran kad, pemohon akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi.

Cara Mendaftar Kad Muafakat Johor

Terdapat dua kaedah pendaftaran iaitu secara online dan manual.
Kad Muafakat Johor boleh diambil ketika pembukaan kaunter seperti jadual yang tertera.

Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di tempat-tempat berikut mulai April 2016. Tarikh akan diberitahu kemudian. Sila periksa laman sesawang dari semasa ke semasa. 
  1. Terminal MPKu     
  2. Dewan Bandar Putra, Kulai 
  3. Econsave Kulai
  4. Terminal Taman Universiti  
  5. Skudai Parade 
  6. Sutera Mall    
  7. Dewan Raya Bandar Selesa Jaya  
  8. Tesco Mutiara Rini
  9. Pasaraya Kip Mart  
  10. Larkin Sentral / Terminal Larkin
  11. City Square  
  12. Plaza Angsana  
  13. SMK Kempas   
  14. AEON Permas Jaya  
  15. Giant Plentong   
  16. Today’s Mall Seri Alam
  17. Tesco Plentong   
  18. Terminal Pasir Gudang  
  19. Dewan Taman Cendana 
  20. Surau Taman Desa Rakyat  
  21. Terminal Kota Masai 
  22. Terminal Pasir Gudang 
  23. Dewan PPR Sri Stulang 
  24. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Cara Penggunaaan Kad Muafakat Johor

Penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka menaiki bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang perlu untuk membayar jumlah tambang yang sebenar mengikut destinasi. Caj minimum tahunan akan dikenakan bagi mendapatkan Kad Muafakat Johor anda. 

Tahniah sekali kepada Kerajaan Negeri Johor. Semoga perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini mampu meringankan kos sara hidup rakyat disamping dapat menambah baik sistem perkhidmatan awam di Negeri Johor.

SUMBER : BAS MUAFAKAT JOHOR

0 comment... add one now