Pendaftaran SPMU 2016 Calon Persendirian Online

Pendaftaran SPMU 2016 Calon Persendirian Online. Menerusi makluman rasmi KPM, Pendaftaran Calon Persendirian bagi peperiksaan PT3, Peperiksaan SPM, SPM Ulangan (SPMU), BJBJ dan STAM bagi Tahun 2016 akan dibuka dari 1 Mac hingga 31 Mac 2016. Pendaftaran peperiksaan hendaklah dibuat secara online melalui applikasi pendaftaran yang disertakan di bawah ini :-

Applikasi Pendaftaran SPMU Online 2016


Berikut dikongsikan cara membuat dan syarat-syarat pendaftaran peperiksaan SPMU 2016 online.
Pendaftaran SPMU 2016 Online

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN

Berikut adalah maklumat penting berkenaan dengan pendaftaran SPMU 2016 merangkumi tarikh buka dan tutup, jumlah bayaran dan sebagainya.
  • 1. Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPM U bermula 1 Mac hingga 31 Mac.
  • 2. Calon hendaklah mendaftarkan peperiksaan SPMU secara dalam talian
  • melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mendaftar secara dalam talian selepas tamat tempoh pendaftaran adalah dikira tidak mendaftar SPMU walaupun telah membuat bayaran. Segala bayaran tidak akan dikembalikan.
  • 3. Calon  yang  belum  memperolehi Persijilan SPM  atau  melebihi  tempoh  tiga  (3)  tahun  SPM/ SPMU terakhir,  calon  wajib melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) bagi mata pelajaran 1103 Bahasa Melayu.
  • 4. Calon  yang  membuat pembetulan  maklumat  mata  pelajaran antara  15  April  hingga  15  Mei  tahun  peperiksaan  akan dikenakan bayaran  RM30.00  bagi setiap  mata  pelajaran.  Calon tidak dibenarkan membuat  sebarang pembetulan  maklumat mata pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
  • 5. Calon yang membuat pembetulan maklumat calon selepas 15 April tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap permohonan pembetulan.
  • 6. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Peperiksaan dengan menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos.

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPMU 2016

Calon  hendaklah  membaca  semua arahan  dengan  teliti  sebelum  mengisi  Borang  Pendaftaran  Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tang
an calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.


1. Tahun - Tulis tahun calon menduduki peperiksaan SPMU semasa.
2. Nama Calon - Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan.  Gunakan satu petak bagi setiap satu abjad. 
3. Nombor Kad Pengenalan - Tulis nombor kad pengenalan calon.  Gunakan satu petak bagi setiap satu angka kad pengenalan. Tulis dari petak pertama sebelah kiri.
4. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit. 
5. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:-

  • 1 – Lelaki
  • 2 – Perempuan.
6. Keturunan – Tulis keturunan calon.
7. Agama – Tulis agama calon.
8. Jenis Kemasukan - Pilih dan tulis kod seperti berikut:- 9 – Calon mengulang.
9. Kod Peperiksaan Terakhir - Pilih dan tulis kod seperti berikut:-

  • 1 – Mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC.
  • 2 – Pernah menduduki SPM/ SPM (V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC atau mempunyai sijil SAP/ GCE/ Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu.
  • 3 – Pernah menduduki SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC atau mempunyai sijil SAP/ GCE/ Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Sejarah.
  • 4 – Pernah menduduki SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC atau mempunyai sijil SAP/ GCE/ Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu dan Sejarah.
10. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:-
  • A - Terencat Akal
  • B – Buta
  • C - Pelbagai Kecacatan/ Ketidakupayaan Lain Disleksia/ Attention Deficit
  • Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder (ADD)/ Autisme/ Learning Disabilities (LD) D – Bisu
  • P – Pekak
  • R – Rabun
  • S – Spastik/ Cerebral Palsy.
11. Tahun Peperiksaan SPM/ SPMU Terakhir.     
12. Angka Giliran SPM/ SPMU Terakhir - Tulis tahun dan angka giliran yang calon gunakan dalam peperiksaan SPM/ SPMU terakhir. 
13. Warganegara – Tuliskan negara asal bagi calon bukan warganegara.
14. Alamat
15. Poskod
16. Bandar
17. Negeri - Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman/kampung, poskod, bandar dan negeri
18. Nombor Telefon – Tulis nombor telefon rumah atau telefon bimbit calon yang boleh dihubungi.
19. Alamat Emel – Tuliskan alamat emel calon yang boleh di hubungi.
20. Pendaftaran Mata Pelajaran - Isikan kod kertas dan nama kertas mata pelajaran dalam ruangan yang disediakan.
21. Keterangan Bayaran - Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang calon daftar. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang atas nama Pengarah
Peperiksaan untuk bayaran tersebut. 
Bayaran Asas RM20.00, mata pelajaran tanpa PBS* - RM10.50 dan mata pelajaran dengan PBS** - RM12.00.  Tuliskan jumlah bayaran.
22. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan pengakuan calon. Calon dinasihat untuk menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran. Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.


Selamat membuat Pendaftaran SPMU 2016 Calon Persendirian Online.

1 comment... add one now

Nurfathin Ilyyin Aspar Nurfathin Ilyyin Aspar April 10, 2016
assalamualaikum . saya nak tukar lokasi sekolah untuk menduduki spm ulangan 2016 .siapa yg harus saya hubungi ?