Keputusan Liga Super 2016 Jadual Dan Kedudukan Terkini

Keputusan Liga Super 2016 Jadual Dan Kedudukan Terkini. Pasukan mana bakal juara Liga Super tahun ini? Liga Super Malaysia tahun 2016 untuk edisi yang ke 13 akan bermula pada 13 Februari 2016 dengan aksi perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT (Juara Liga Super 2015) dan Selangor (Juara Piala Malaysia 2015). Pada musim 2016 kali ini, JDT boleh mencipta sejarah sebagai pasukan pertama di Malaysia untuk merangkul takhta Liga Super buat tiga tahun berturut-turut. Untuk rekod, belum ada satu pasukan yang pernah memenangi Liga Super buat tiga tahun berturut.

Dua belas pasukan akan bersaing dalam aksi Liga Super 2016 dengan T-Team merupakan pasukan terakhir yang layak selepas menewaskan ATM dalam perlawanan Play-off selepas pasukan Lions XII dari Singapura tidak lagi beraksi di Liga Malaysia bermula tahun ini. 


Liga Super 2016 Malaysia

Senarai Pasukan Liga Super 2016

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang bertanding dan nama jurulatih pasukan :-
  • 1    Felda United FC :  Irfan Bakti   
  • 2    Kedah FA  :   Tan Cheng Hoe   
  • 3    Johor Darul Ta'zim (JDT) :  Mario Gomez   
  • 4    Sarawak FA :  Datuk K.Rajagopal       
  • 5    Kelantan FA : K. Devan        
  • 6    PDRM FA  : Ahmad Fauzi Pilus       
  • 7    Pahang FC : Ahmad Shaharuddin Rosdi  Razip Ismail     
  • 8    Perak FA : Syamsul Saad   
  • 9    Pulau Pinang FA : Jacksen F. Tiago       
  • 10  Selangor FA : Zainal Abidin Hassan       
  • 11  Terengganu FA : Ahmad Yusoff       
  • 12  T-TEAM : Rahmad Darmawan   

Keputusan Liga Super 2016 Jadual Dan Kedudukan Terkini

Berikut adalah widget jadual, keputusan dan carta kedudukan terkini Liga Super 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, berdasarkan jadual perlawanan Liga Super 2016 yang dikeluarkan oleh FAM, musim Liga Super 2016 akan berlangsung dari perlawanan pertama pada 13 Februari 2016 hingga perlawanan terakhir 22 Oktober 2016.




Semoga pasukan yang anda sokong berjaya dalam Liga Super 2016 kali ini.

0 comment... add one now