Borang Pendaftaran MUET Julai 2016 Online

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online. Anda berhasrat untuk menduduki peperiksaan MUET Julai 2016 nanti? Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting meliputi tarikh pendaftaran, tarikh tutup dan link ke borang pendaftaran MUET secara online. Jika merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2016 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2016 adalah ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh Penting MUET Sesi Julai 2016

Berikut adalah maklumat penting mengenai tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2016 :-
  1. Tarikh buka pendaftaran : 15 Mac 2016
  2. Tarikh tutup pendaftaran : 11 Mei 2016
  3. Tarikh Ujian Speaking : 18, 19, 20, 21, 25 & 26 Julai 2016
  4. Tarikh Ujian Bertulis : 30 Julai 2016

Bagi calon yang ingin mengetahui Rahsia lulus cemerlang MUET, anda boleh rujuk panduan ebook di Rahsia Lulus Cemerlang MUET

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Julai 2016 boleh mendaftar di laman sesawang MPM seperti dinyatakan di bawah ini. Adalah diingatkan bahawa calon dinasihatkan untuk mendaftar awal Peperiksaan MUET secara online kerana permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.  :-

  • eSubmission MPM online  
  • * Nota -  Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian klik SINI atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’ 
  • PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Tarikh Semakan Slip Daftar Ujian MUET 2016 Online

Untuk kemudahan calon semua, berikut dikongsikan tarikh penting untuk membuat semakan slip daftar MUET 2016 secara online. Semakan Slip Daftar ini penting kerana ianya perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. 


Calon diingatkan untuk membuat semakan Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET bermula pada tarikh-tarikh berikut :-

  1. MUET MAC 2016 - Bermula 22 Januari 2016
  2. MUET JULAI 2016 - 18 Jun 2016
  3. MUET NOVEMBER 2016 - 9 September 2016

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2016



jadual Peperiksaan MUET 2016 MPM

Selamat mendaftar Borang Pendaftaran MUET sesi Julai 2016 Online bagi mereka yang ingin menduduki peperiksaan MUET pada Julai nanti. Ingat, daftarlah awal untuk kemudahan anda.

0 comment... add one now