Syarat Kelayakan Permohonan Ke SMKA Tingkatan 4

Syarat Permohonan Kemasukan Ke SMKA Tingkatan 4. Anda berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SMKA atau KAA di Negeri Selangor? Berikut adalah syarat asas permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Kelas ALiran Agama (KAA) Tingkatan 4 yang dikongsikan dari Portal Jabatan Pendidikan Selangor. Untuk makluman, tarikh tutup permohonan ke SMKA Tingkatan 4 tahun 2016 adalah pada atau sebelum 11 Januari 2016. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat dan dipaparkan di web Jabatan Pendidikan Selangor pada 15 Februari 2016. 

syarat asas permohonan ke smka tingkatan 4

SYARAT ASAS PERMOHONAN KE SMKA TINGKATAN 4

1. Syarat Umum:
  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Murid dari:
  • - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
  • - Kelas Aliran Agama (KAA);
  • - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  • - Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);
  • - Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
  • - Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS);
  • iii. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).

2. Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA adalah seperti berikut:

  • i. Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga  (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
  • a. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran;
  • b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik
  • dan Sains;
  • c. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab;
  • d. Lulus dalam mata pelajaran lain;
  • e. Syarat-syarat yang telah ditetapkan hanya tertakluk kepada permohonan baru dari luar SMKA; dan
  • f. Pemilihan  yang  dibuat  oleh  negeri-negeri  tidak  mengubah  dasar  yang ditetapkan oleh BPI tetapi menentukan kedudukan pemohon.
  • ii. Cemerlang dalam PAJSK.
  • iii. Cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • iv. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

Semoga panduan Syarat Kelayakan Permohonan Ke SMKA Tingkatan 4 ini bermanfaat buat semua pelajar yang berminat ke SMKA.

0 comment... add one now