Soalan Lazim FAQ Permohonan UPU 2016 Online

Soalan Lazim FAQ Permohonan UPU 2016 Online. Anda ada memohon permohonan UPU ke UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA secara online? Berikut dikongsikan soalan lazim atau FAQ bagi mereka yang masih kurang pasti untuk mengisi borang permohonan UPU online. Untuk makluman, permohonan UPU 2016 online akan dibuka dari 18 Januari hingga 5 Januari 2016 (jam 400 petang). Anda ada masa yang lama untuk mengisi permohonan dan gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya. 

Disebabkan kepentingan permohonan UPU ini kepada masa depan pelajar, anda digalakan membuat permohonan menggunakan desktop dan bukannya smartphone (mobile). Ini disebabkan browser internet di telefon pintar anda tidak sama dengan browser yang ada di desktop/ notebook. Ada kemungkinan pelajar tak nampak sesuatu yang pelajar sepatut lihat semasa memohon jika menggunakan HP - yang boleh menyebabkan kesilapan yang boleh menggagalkan permohonan kemasukan ke IPTA. Sumber FB Halatuju
tips mohon upu
Grafik dan panduan adalah sumber dari UPU.

Soalan Lazim FAQ Permohonan UPU 2016 Online
SOALAN 1:
Apakah  peranan  utama  Bahagian  Pengurusan  Kemasukan  Pelajar  (BPKP) dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan   Tinggi   (KPT)   yang  menyelaras   permohonan   kemasukan   ke Program  Ijazah  Pertama,  Asasi,  Diploma  dan  Sijil  bagi  Pelajar  Lepasan STPM/  Setaraf  dan  SPM/  Setaraf  ke  Universiti  Awam  (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam?
JAWAPAN 2:
Dasar  pengambilan  dan  pemilihan  kemasukan  ke  Universiti  Awam  (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras  dengan  dasar  kerajaan  bagi  merealisasikan  Bidang  Keberhasilan Utama  Kementerian  (MKRA)  iaitu  meningkatkan  akses  dan  ekuiti  dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna  pakai  90%  markah  akademik  dan  10%  markah  kokurikulum.
Penentuan    nilai    merit    dilaksanakan    tanpa    mengira    agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya

SOALAN 3:
KPT   telah   mengambil   pendekatan   dan   inisiatif   dalam   menyebar   luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi
Negara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun. Bagaimanakah program
ini   dapat   membantu   pelajar   dalam   mencapai   cita-cita   yang   akhirnya
mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival  Pendidikan  Tinggi  Negara  (KPTN)  adalah  sebagai  platform  untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi  dalam  talian  (20  kiosk  permohonan  disediakan  kepada  pemohon  di tapak    karnival),    khidmat    runding    cara    bersama    pegawai  daripada Kementerian,  UA, Politeknik,  Kolej  Komuniti dan  ILKA  serta  edaran  bahan bercetak   mengenai   institusi,   program   pengajian,   sistem   dan   prosedur permohonan.

Selain  daripada  itu,  KPT  melalui  Bahagian  Pengurusan  Kemasukan  Pelajar,
Jabatan  Pendidikan  Tinggi  (BPKP,JPT)  juga  telah  mengambil  pendekatan
proaktif  dengan  memperkenalkan  akses  komunikasi  secara  maya  bersama
masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ di laman  sosial  Facebook.  KPM  juga  melaksanakan  taklimat  dan  seminar  di sekolah  kepada  pelajar  dan  kaunselor.  UA, Politeknik,  Kolej  Komuniti dan ILKA  juga  turut  bersama  turun  padang  menjalankan  promosi  bersama-sama Kementerian.

SOALAN 4:
Bagaimanakah  cara  untuk mendapatkan  borang  permohonan  kemasukan k
e UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 4:
Permohonan  kemasukan  ke  UA, Politeknik,  Kolej  Komuniti dan  ILKA  boleh dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui laman web http://upu.mohe.gov.my 

SOALAN 5:
Setiap   pemohon   perlu membeli   nombor   unik   ID   untuk  mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor  Unik  ID  bagi  permohonan  kemasukan  ke  UA, Politeknik,  Kolej
Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di
mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan. Panduan pembelin No Unik ID, sila klik BSN

SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat
kesilapan  dalam  mengisi  jenis  kategori.  Adakah  permohonan  tersebut  masih diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya,  masih  diproses.  Walau  bagaimana  pun  pemohon  perlu  memaklumkan
kepada   pihak   BPKP, JPT terlebih dahulu   di   talian   hotline   03-8870
6767/6777/6766/6755   kerana   kesilapan   dalam   mengisi   kategori   akan
menyukarkan proses permohonan. 

SOALAN 7:
Adakah  pemohon  perlu  sertakan  salinan  sijil  sebagai  bukti  mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum? 
JAWAPAN 7:
Pemohon   tidak   perlu   sertakan   salinan   sijil   tersebut   kerana   maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian   Pendidikan   Tinggi   (KPT)   kecuali   bagi   pemohon   lepasan
Diploma/Setaraf  dan  Lepasan  SPM  bagi  kategori C  masih  perlu  kemukakan
dokumen sebagai bukti.
 
SOALAN 8:
Adakah  pelajar  Bukan  Warganegara  boleh  memohon  untuk  kemasukan  ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Calon   Bukan   Warganegara   tidak   layak   memohon   kemasukan   ke   UA,
Politeknik,   Kolej   Komuniti dan   ILKA   bagi   Program   Pengajian   Lepasan
SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bagi  program  Pengajian  Lepasan  STPM/Setaraf  pula,  permohonan  adalah
terbuka  kepada  Bukan  Warganegara  Malaysia.  Calon perlu  memohon  terus
kepada   UA   pilihan   masing-masing   melalui   Bahagian   Akademik   dan
Kemasukan  dengan  menggunakan  borang  khas  yang  disediakan  oleh  UA
berkenaan.  Walau  bagaimanapun,  pemohon  bertaraf  Penduduk  Tetap  boleh
memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my
 
SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran
atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon  boleh  mendapatkan  cabutan  sijil  lahir  yang  hilang  atau  tercicir  di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
 
SOALAN 10:
Adakah  pemohon  diberi  peluang  untuk  membuat  kemaskini  permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Ya,  pemohon  masih  boleh  membuat  kemaskini  kerana  tiada  sebarang  had
dalam pengemaskinian  permohonan  tetapi  kemaskini  tesebut  hanya  boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan.
 
SOALAN 11:
Adakah  pemohon  perlu  menghantar  salinan  borang  permohonan  bersama
dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?
JAWAPAN 11:
Hanya    bagi    Kategori    Diploma/Setaraf    (Program    Pengajian    Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah  Pertama)  dan  Kategori  C  bagi  Program  Pengajian
Lepasan  SPM/Setaraf  sahaja  yang  perlu  menghantar  salinan  dan  dokumen
tersebut. Pemohon  perlu  mencetak  maklumat  permohonan  dan  menghantar
bersama-sama  dengan  salinan  dokumen  berketerangan  sendiri  yang  telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.
 
SOALAN 12:
Setiap  pemohon  perlu  memenuhi  Syarat  Am  dan  Syarat  Khas  Program
Pengajian yang  telah  ditetapkan  oleh  setiap  UA,  Politeknik,  Kolej  Komuniti
dan  ILKA sebelum  mengemukakan  permohonan.  Di  manakah  semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-panduan      kemasukan  di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCU
http://www.semaksyarat.info dan    pemohon    perlu    memastikan    mereka
memohon  program  pengajian  yang  mengikut  aliran  masing-masing  semasa
menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon
program pengajian aliran sains.
 
SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM
tahun semasa (tahun 2015)?
JAWAPAN 13:
Ya,  pemohon  masih  layak  memohon.  Kategori  permohonan  adalah  seperti
berikut:
Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.
Kategori  B: Pemohon  yang  menggunakan  keputusan  SPM  tahun  2013
atau 2014.
Kategori  C: Pemohon  yang  menggunakan  keputusan  SPM  tahun  2012
atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil
ulangan  SPM  2014
atau,  SPM  2013 dengan  sijil  ulangan  SPM  2015
atau, SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.
 
SOALAN 14:
Apakah  syarat am  dan  khas kemasukan  ke UA,  Politeknik,  Kolej  Komuniti
dan ILKA?
JAWAPAN 14:
Syarat  kemasukan  ke  UA, Politeknik,  Kolej  Komuniti dan  ILKA  bergantung
kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah
warganegara   Malaysia   dan   lulus   SPM.   Bagi   kursus   peringkat   diploma,
pemohon  mestilah  mendapat  sekurang-kurangnya  lima  kepujian  termasuk
matapelajaran  matematik/matematik  tambahan  manakala  bagi  peringkat  sijil, pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau    matapelajaran    sains/teknikal/vokasional/sastera.
Maklumat    secara terperinci      berkenaan      syarat      kemasukan boleh      diperolehi      di www.politeknik.edu.my
 
SOALAN 15:
Bagaimanakah  pemohon  boleh  mendapatkan  status  keputusan  permohonan
kemasukan   ke   UA, Politeknik,   Kolej   Komuniti dan   ILKA   bagi   program
Pengajian    Lepasan    STPM/Setaraf    atau    program    pengajian    Lepasan
SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon  boleh  menyemak  status  keputusan  permohonan  ke  UA/  IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
Internet :
  1. http://upu.mohe.gov.my
  2. http://jpt.utm.my
  3. http://jpt.uum.edu.my
  4. https://jpt.unimas.my
  5. http://jpt.ums.edu.my
SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
Telefon : Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870 6767
 
SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan
tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara  ini  berlaku  kerana  pemohon  tidak  mengemukakan  permohonan  dan setiap  permohonan  perlu  ‘Klik’  Sah  &  Hantar.  Oleh  yang  demikian,  setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
 
SOALAN 17:
Mengapakah  pemohon  ditawarkan  ke  program  bukan  dalam  pilihan  semasa mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17:
Pemohon  telah  bersetuju  pada  ruangan  penyataan  khas  untuk  menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).
 
SOALAN 18:
Adakah  pemohon  yang  mendapat  PNGK  tinggi  akan  ditawarkan  kursus  luar pilihan  sekiranya  pemohon  menyatakan  “tidak”  di  ruangan  penyataan  khas untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon  tidak  akan  ditawarkan  kursus  luar  pilihan  jika  menyataka
n ‘Tidak’. Pemohon  perlu  membuat  rayuan  semasa  permohonan  e-rayuan  melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
 
SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang
sama,  adakah  pemohon  berpeluang  untuk  mendapat  program  pengajian
tersebut?
JAWAPAN 19:
Kejayaan  mendapat  tawaran  tertakluk  memenuhi  syarat  dan  kekosongan
tempat.   Pemohon   dinasihatkan memohon   program   lain.   Pemohon   juga
dinasihatkan  agar  tidak  melepaskan  peluang  untuk  belajar  dalam  program
-program  kemahiran  kerana  peluang  untuk  belajar  bidang  kemahiran  adalah sangat  besar  dan  peluang  pekerjaan  juga  adalah  luas  seperti  di  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
 
SOALAN 20:
Mengapakah  pemohon  yang  mendapat  PNGK  tinggi  tetapi  masih  gagal
mendapat  tawaran  tempat  di  UA/  IPTA,  dan  sekiranya  pemohon  menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan  pemohon  untuk  memperoleh  tempat  bergantung  kepada  susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon  tidak  begitu  tinggi  dan  memohon  program  pengajian  kompetitif,
berkemungkinan besar  pemohon  tidak  terpilih  untuk  ditawarkan  program
pengajian  dalam  pilihan  mereka.  Begitu  juga  jika  pemohon  hanya  memohon di  Universiti  Awam  yang  popular,  pemohon  akan  menghadapi  persaingan yang  tinggi  dan  akhirnya  tidak  mendapat  apa-apa  tawaran  daripada  UA berkenaan. 

Kementerian  Pendidikan  Tinggi  (KPT)  amat  prihatin  dengan  pemohon  yang
memperoleh  merit  tinggi  tetapi  tidak  mendapat  tawaran  di  mana-mana  UA. Pemohon  berkaitan  berpeluang  menerima  tawaran  mengikut  tiga  (3)  bidang pilihan  pemohon  semasa  mengemukakan  permohonan.  Tawaran  tersebut tertakluk  kepada  kekosongan  tempat  di  UA  dan  penyataan  “setuju  terima” untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon yang  tidak  berjaya  ditawarkan  ke  mana-mana  UA  boleh  mengemukakan rayuan.  Antara  beberapa  sebab  mengapa  pemohon  tidak  ditawarkan  ke mana-mana UA adalah kerana:
  • i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
  • ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
  • iii. Permohonan tidak lengkap
  • iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
  • v. Memohon program luar bidang aliran
  • vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
  • vii. Pemohon sedang belajar
  • viii. Penghantaran  dokumen  yang  lewat  selepas  tarikh  tutup  permohonan
  • (bagi kategori STPM/Setaraf)

SOALAN 21:
Saya  mendapat  tawaran  melalui  BPKP,  JPT  tetapi  tidak  berminat  dengan
kursus  yang  ditawarkan.  Bolehkah  saya  memohon  untuk  menukar  kursus
lain?
JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke  UA  melalui  BPKP  tidak  dibenarkan  untuk  memohon  sebarang  penukaran kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.
 
SOALAN 22:
Pemohon  telah  mendapat  tawaran  ke  UM  atau  USM  dan  gagal  mendapat
tempat  melalui  permohonan  BPKP,  JPT.  Adakah  pemohon  boleh  membuat
rayuan melalui BPKP, JPT?
JAWAPAN 22:
Ya,  boleh  sekiranya  pemohon  telah  membuat  permohonan  melalui  BPKP
pada permohonan kali pertama.
 
SOALAN 23:
Pemohon  telah  mendapat  tawaran  ke  USM  dan  tawaran  melalui  BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?
JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon  boleh  menolak  tawaran  melalui  BPKP  dan  menerima  tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.
 
SOALAN 24:
Saya  telah  mendapat  3  tawaran  ke  UA.  Apakah  implikasi  sekiranya  saya
menolak dua daripada tawaran tersebut?
JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.
 
SOALAN 25:
Mengapakah     pemohon     yang     mendapat     keputusan     PNGK     yang
tinggi/cemerlang  tidak  mendapat  banyak  tawaran  terutama  dalam  bidang
perubatan/pergigian/farmasi?
JAWAPAN 25:
Pemohon  yang  memohon  bagi  bidang  perubatan/pergigian/farmasi  hanya
akan  ditawarkan  satu  pilihan  (perubatan/pergigian/farmasi)  sahaja.  BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini

Semoga berjaya kepad pelajar yanng membuat permohonan UPU 2016 online kali ini.

0 comment... add one now