Semakan Keputusan SPM 2015 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2015 Online Dan SMS. Calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 pasti tertunggu-tunggu keputusan SPM mereka. Tarikh jangkaan adalah sekitar awal Mac 2016 di mana pada tahun lepas keputusan SPM telah diumumkan pada 3 Mac 2015. Tarikh keputusan rasmi akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi makluman rasmi di Portal KPM (Applikasi Perkhidmatan Berkala). Result SPM yang cemerlang akan membolehkan pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UA melalui UPU dimana tarikh tutup adalah pada 5 April 2016.

Keputusan SPM 2015 Online SMS
Untuk makluman pelajar,  ringkasan keputusan peperiksaan pelajar boleh disemak secara online dan melalui SMS. Keputusan penuh atau slip keputusan peperiksaan boleh didapati di sekolah masing-masing selepas jam 1000 pagi pada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Buat calon persendirian, keputusan akan dimaklmumn melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda mendaftar peperiksaan dulu.

Semakan Keputusan SPM 2015

Semakan online keputusan SPM 2015 boleh disemak secara online melalui appliaksi semakan di bawah ini bermula 1000 pagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

1. Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online

Applikasi Semakan Keputusan SPM 2015 - Klik LPM

2. Semakan Keputusan SPM 2015 Melalui SMS

Semakan boleh di buat melalui kaedah berikut :-
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semoga anda semua mendapat result yang terbaik untuk meneruskan pengajian tinggi di UA/ IPTA atau IPTS.


0 comment... add one now