Permohonan USM 2016 Online Universiti Sains Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke USM 2016 Online. Berita baik buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017, anda boleh membuat permohonan secara online melalui ketetapan dan maklumat seperti dinyatakan di bawah ini. Sumber FB USM. Untuk permohonan ke UA/ IPTA lain melalui permohonan UPU 2016, anda boleh merujuk di Permohonan UPU 2016.


Permohonan USM 2016 Online saluran perdana

PERMOHONAN SALURAN PERDANA USM 2016

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda [Sepenuh Masa] Saluran Perdana Sidang Akademik 2016/2017 akan dibuka seperti berikut :-
  • Tarikh Buka Permohonan : 18 Januari 2016 (Isnin, Jam 12 tengah hari.
  • Tarikh Tutup Permohonan : 4 April 2016 (Isnin, Jam 12 tengah malam) 
  • Applilasi Permohonan Online : sila klik https://pohon.usm.my/
Permohonan terbuka kepada :
  • 1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
  • 2. Lepasan STPM 2015.
  • 3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 1 300 888 876 atau dialamatkan kepada :
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR,
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM, PULAU PINANG

Selamat memohon dan berjaya buat pelajar yang berminat ke Universiti Sains Malaysia sesi 2016-2017.

0 comment... add one now